KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.
Menjawab dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib Melayu.
"Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera, menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.
"Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri," katanya.
Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.
Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.
Biarpun tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia," katanya lagi.
Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah.
"Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang," jelasnya.
Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.
Ianya boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.
"Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.
"Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?", soalnya.
Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti "menyuruh serigala menjaga kambing".
Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno./Harakahdaily
|
zahid bukan zaid , harap maklum
BalasPadamUntuk makluman dan benak Zahid Hamidi:
BalasPadamSejarah: Buka buku sejarah,sebelum tahun 1948,orang Melayu semua jadi rakyat Sultan-Sultan.Tidak ada seorang pun "bukan Melayu" yang pegang kerakyatan Sultan-Sultan.Dato Onn dan UMNO terima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dari British,semua yang ada diTanah Melayu waktu itu jadi rakyat Tanah Melayu.Sepatutnya soal "kerakyatan" ni dikaji oleh UMNO selepas 1948 tapi UMNO buat tak kisaqh aje.1957,soal kerakyatan ni diterima bulat-bulat oleh Tengku Abdul Rahman dan UMNO sehingga dijadikan syarat oleh British untuk merdeka."Kalau mau merdeka,3 kaum mesti datang keLondon,baru boleh merdeka".Ini yang Sukarno katakan "Medeka Separuh Masak".
Dasar Ekonomi Baru - Siapa yang Ali-Babakan,kalau bukan orang UMNO.MCA dan MIC tak bantah pun DEB sebab depa tau UMNO akan gadaikan juga pada depa.Apa jadi pada DAB,hancur dan musnah sebab ketamakan orang UMNO.
Maruah: Melayu hilang maruah sebab UMNO -rasuah,menipu,membelit,membunuh,menghalalkan cara,zalim,memfitnah dan Perdana Menteri UMNO tidak faham apa itu,"seperation of power" ikut sistem parlimen Westminister.Semua ini menjadikan bangsa asing hilang hormat kepada pemimpin Melayu.Bukan sahaja yang hilang hormat tu dalam negeri,malah dunia luar pun mencemuh pemimpin Melayu UMNO.
Kalau Zahid hendakkan senarai yang lebih panjang dan detail kita boleh beri.Tapi buat apa,buang masa aje.
Terima kasih atas pembetulan dari saudara 18:35 di atas. Pembetulan nama pada tajuk adalah ZAHID HAMIDI bukan ZAID HAMIDI. Maklum.
BalasPadam