TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Ahad, 24 Oktober 2010

SIMPATI DENGAN NASIB MAHASISWA, GABUNGAN MAHASISWA UKM BERI KATA DUA

Isu Mahasiswa Sertai Perhimpunan Agung Umno, GMUKM Beri Kata Dua

SHAH ALAM 24 OKT: Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini wajar dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kelmarin berkata kedua-dua mahasiswa berkenaan, dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno.

"Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka.

"Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM.

GMUKM seterusnya mendesak pentadbiran UKM menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini.

Keduanya, menurut kenyataan itu lagi, pihak pentadbiran UKM digesa memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka.

GMUKM juga meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana didakwa membabitkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu.

Disamping itu, kenyataan GMUKM juga menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini.

Akhir sekali, gabungan mahasiswa berkenaan juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM secara terang pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM.

"GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik," sebut kenyataan itu lagi.

Menurut GMUKM, mereka amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

TVSelangor, pada 21 Oktober lalu menyiarkan laporan dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyertai raptai Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra namun sehingga kini ini tiada tindakan dikenakan kepada mereka.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan berlaku dwi-standard terhadap mahasiswa yang terlibat dalam politik terutama yang membabitkan parti pembangkang dengan mengenakan Akta AUKU terhadap mereka namun menutup sebelah mata sekiranya melibatkan Umno.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata kerajaan tidak memandang serius perkara ini walaupun disokong oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional(BN) termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri terhadap cadangan pindaan AUKU.

"Kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membuka ruang kepada pelajar universiti. Kedua, syarat-syarat yang ditetapkan banyak berlaku 'double-standard'," kata beliau lagi

Dalam sidang parlimen 20 Oktober lalu, Anthony meminta penjelasan Menteri Pengajian Tinggi berhubung cadangan membenarkan penuntut universiti menganggotai parti politik dalam masa terdekat namun ditolak.

Beliau menambah AUKU yang dikuatkuasakan di institut pengajian tinggi tempatan seharusnya tidak bersifat pilih kasih jika kerajaan mahu akta tersebut dihormati semua pihak./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini