RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 6 Januari 2020

ATAS ISU RAKYATLAH MAKA ISU PERALIHAN KUASA DIPERKATAKAN - JAWAPAN KEPADA RAIS YATIM DAN DR AFIFF


Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rais Yatim 'orang baru' di dalam Bersatu dan PH serta kenyataan Dr Afiff (Keadilan) Exco P.Pinang tentang isu peralihan kuasa jawatan PM, saya melihat kedua-duanya meletakkan asas tentang ' menangani masalah rakyat dan janji-janji manifesto' untuk memberikan hujah tidak perlu memperkatakan tentang isu peralihan kuasa.

Jika isu rakyat dan janji manifesto dijadikan sebagai hujah utama untuk memperkatakan tentang peralihan kuasa, maka itulah juga asasnya ramai pihak bercakap tentang perlunya Tun M mengotakan janjinya untuk menjadi PM sekitar dua tahun sahaja iaitu sehingga Mei 2020 atau lebih awal lagi.

Oleh kerana banyak perkara yang telah di'langgar' oleh Tun M yang bertentangan dengan semangat reformasi dan janji-janji manifesto sehingga kini, maka semakin kuat rakyat akan memperkatakan tentang bila Tun M mahu serah jawatan kepada Anwar? Sekiranya rakyat semakin selesa dan Tun M dilihat tidak melanggar beberapa janji manifesto dan kehendak rakyat sebelum PRU14 yang lalu, saya tidak fikir isu peralihan kuasa ini begitu lantang disebut. Bahananya kita lihat PRK terakhir tahun 2019 di Tg Piai di mana PH telah diaibkan begitu teruk sekali. Amaran telah diberikan kepada PH bahawa apa yang telah dilakukan di bawah kepimpinan Tun M sekarang tidak disenangi oleh rakyat.

Bagaimana kita boleh sebut utamakan masalah rakyat terlebih dahulu dan jangan fikir soal peralihan kuasa, sedangkan ibu segala permasalahan yang tidak diselesaikan itu terletak di bawah PM sekarang. Bagaimana kamu mahu menutup mulut rakyat dari berbicara soal peralihan kuasa sedangkan mulut Tun M sentiasa menyebutnya di dalam berbagai bahasa dan maksud yang berbeza serta memeningkan kita semua. Jika isu peralihan kuasa itu adalah hak mutlak Majlis Presiden untuk menentukan, mengapa Tun M bebas bercakap tentang isu ini mengikut sesuka hatinya? Beliau bercakap soal dua tahun, beliau bercakap soal memulihkan ekonomi terlebih dahulu dan beliau bercakap juga tentang selepas persidangan APEC. Apakah kita mahu beliau terus bercakap sesuka hatinya tanpa memperdulikan kuasa Majlis Presiden?

DR Rais Yatim di dalam kenyataannya lebih menunjukkan kebodohan bekas Menteri Umno itu. Beliau cuba berhujah dengan mengungkit kembali soal pengampunan Agong terhadap Anwar. Mengapa sewaktu proses ini sedang berjalan atau lebih awal dari itu beliau tidak menyentuh atau mengulasnya? Mengapa disaat Anwar semakin disebut untuk mengambil alih jawatan PM dari Tun M, baru sekarang Dr Rais Yatim mahu mengulasnya? Apakah beliau suka sekiraya kes beliau berkaitan Amah Indonesia pada tahun 2007 itu diungkit dan dipertikaikan kembali? Apakah kerana melihat ada kekosongan jawatan Menteri Pendidikan yang ditinggalkan oleh Mazlee Malik, maka Dr Rais harus muncul sebagai 'hero jadian' agar namanya turut dijeling oleh Tun M?

Rakyat memilih PH kerana manifestonya walaupun Tun M sebut manifesto bukan kitab suci. Benar, manifesto bukan Al-Quran, tetapi menunaikan janji itu disebut di dalam Al-Quran. Rakyat pilih PH kerana mahu melihat reformasi ke atas semua institusi kerajaan bukannya membuang Menteri yang beriltizam untuk melakukan reformasi. Rakyat tidak mahu melihat PH menang, Bn yang senang. Usah bicara soal permasalahan rakyat, janji-janji manifesto atau reformasi sekiranya PM yang ada sekarang cuba untuk kembali menjadi PM ke 4 dahulu.

Seperti kata Dr Afiff, memetik dari kajian 70% rakyat mahu berbicara tentang kos sara hidup dan janji-janji manifesto. Kajian dari Merdeka Centre berakhir Nov 2019 juga turut menyatakan 62% mahu Anwar menjadi PM. Di kalangan 70% yang disebut oleh Dr Afiff itu berkemungkinan besar berada di dalam 62% yang mahu peralihan kuasa berlaku tidak lebih dari dua tahun seperti yang Tun M sendiri pernah janjikan.

7 ulasan:

  1. Kenapa hasil siasatan kes azmin oleh pakar usa masih belum sedia selepas berbulan2. Kecendurangan Atok utk tutup kesalahan(cover-up) berkaitan orang kesayangan/kepercayaan beliau menjurus kpd salahguna kuasa dan tak menghormati rule of law. Ingat lagi kes sama melibatkan rahim tamby chik. Atok dah hilang moral integrity utk kekal sebagai PM berdasarkan kesalahan ini.

    BalasPadam
  2. Apa bakal PM ke-8 Malaysia Brother Anwar Bin Ibrahim boleh buat..!? Bisu

    ini dakwaan Yuktes

    Anwar Ibrahim pengikut JESUIT
    Lokasi : Strawberry Cafe, PJ New Town

    Acara : Sidang media oleh Yuktes Vijay

    Tarikh : 2/1/2014



    Anwar Ibrahim adalah pengikut JESUIT ... itu lah dakwaan Yuktes Vijay... Anwar Ibrahim hanya berlakun solat di masjid ketika bersama umat Islam yang lain (bertakiyah ala ala Syiah) kerana itu yang digalakan dalam gerakan JESUIT ... ini adalah dakwaan serius oleh seorang kafir yang mengaku kenal rapat dengan Anwar..
    kalau tak benar cepat cepat lah ambil tindakan undang undang...

    FB entry - https://www.facebook.com/minaq.jinggo/posts/10152116785014663?notif_t=like

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Mazlee membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.

    Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?

    Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?

    SIAPAKAH GERANGAN BENDAHARA ITU..!?
    BANG NON KAH ATAU RETIS SUAM KUKU..!?
    PRASAN DIRI HULUBALANG TUAH TAK GITU.!?
    ATAU KRONI ATOK BELASAH SAMPAI KAMU.!?

    kikikiki...!!!

    Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat?

    FORMULAELAKPERASANHEBAT = TEPUK + POP CORN TAMBAH + SUPPORT BMF

    BalasPadam
  5. AJOM PERANG USA VS IRAN DAH MULA
    VIDEO SEMBURIT PUN DAH MENJELMA
    VIDEO BANG NON AKAN MENYUSUL NNTI YAA
    WAWASAN 2020 DH JDI FOSSIL PURBA & PH PERANG JUGA


    HAHAHAH.. MEH LA KITA PERANG KITE BOSAN HIDUP AMAN TAPI ASYIK KENA BANGANG DNG FITNAH JIJIK...

    FORMULAJOMPERANG = BMF

    BalasPadam
  6. NAMPAK HEBAT MACAM HERO TAPI BANGANG..!!

    Nampak pelik pula bila Latheefa Koya buat sidang akhbar dan merujuk kepada rakaman suara yang tidak tahu ketulinannya.

    Kes masih berjalan di mahkamah tetapi bukti yg belum tentu sahih diwar2kan dikhalayak umum...kenapa x terus beri kepada pendakwa jadi bahan bukti... nampak hero tapi bangang

    NAMPAK MACAM HERO HEBAT TAPI BANGANG
    INI LAH KERAJAAN PH MAMAK PH ALJUBORI
    NNPK MACAM TERORR CAKAP PUNYA LAH GEBANG
    ORANG BANGANG TUDUH TAK ADA FAKTA DAN BUKTI

    Kita pun tidak tahu sumbernya.
    “Kita baru terima rakaman audio ini,” kata Lateefa Koya tanpa mendedahkan sumber rakaman itu, yang diterima beberapa hari selepas tahun baru 2020.
    Lateefa dakwa rakaman itu tulen setelah disiasat unit forensik SPRM. Hebat kerana hanya beberapa hari sahaja Lateefa Koya sudah tahu kesahihan rakaman suara itu.

    Mungkin rakaman suara lebih mudah tapi video HD semburit pun perlu masa berbulan-bulan untuk ditentukan kesahihannya dan penyemburitnya. Ironi juga, cerita ini timbul semasa PRK Kimanis.

    Lebih pelik lagi apabila Lateefa Koya sendiri mengaku perlu ambil masa untuk menganalisis rakaman itu.
    1. Jika begitu, kenapa Lateefa tidak selesaikan dahulu analisis itu dan pastikan bukti-bukti itu sah?

    2. Jika ada rakaman suara itu tiada kena mengena dengan rasuah, kenapa Lateefa pula yang umumkan 'bukti-bukti' itu dan tidak diberikan kepada pihak polis, pihak yang bertanggungjawab bukan Lateefa?

    3. Bagaimana pula pandangan pihak polis kerana Lateefa Koya telah mendahului siasatan polis, jika ada?
    Kita juga pelik kerana tiada pula perbualan telefon Jho Low. Kenapa yaa..!?

    Kerajaan mamak@fossil purba yang bangang namernya nihhh..!!

    Tak ke babi namernyer tuhh..!!!

    Paling mengejutkan adalah pendedahan perbualan antara DSN dan Syeikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Ia merupakan satu pencerobohon dan kebiadapan terhadap sebuah pemimpin negara luar yang tidak sepatutnya berlaku. Bear in mind, Syeikh Mohammed bukan sahaja Putera Mahkota UAE, tetapi beliau juga adalah Timbalan Panglima Angkatan Tentera negara tersebut.

    Betapa berpengaruhnya beliau sehinggakan The New York Times telah menamakan Syeikh Mohammed sebagai 'The Most Powerful Arab Ruler' pada tahun lepas.

    Soalan, adakah berbaloi kita memalukan DSN dalam keadaan merisikokan hubungan diplomatik dengan negara luar? Pemimpin negara mana lagi yang akan percaya terhadap integriti pihak berkuasa negara kita selepas ini?

    DARI DOLU DAH JGN MRMAIN DENGAN SUMPAH LAKNAT
    SEKOR SEKOR MAKAN SUMPAH LAKNAT TU BHAI..!!
    ITU BARU CUMA ORANG KELILING RENTA SI LAHANAT
    SI LAHANAT TUNGGU MASA KARMA SUMPAH SAMPAI

    Tak pakai otak ke..!!? Atau tak ke babi namernyer kerajaan mamak nihh...!!!!

    Pendedahan ini merosakkan keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dilihat tidak berpihak. Bagaimana sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menegakkan keadilan untuk semua menjadi begitu mudah menyebarkan bukti kepada awam tanpa sebarang konklusi konkrit?

    Pendedahan ini akan lebih merosakkan PH daripada menghancurkan DSN. Rakyat akan melihat PH terdesak selepas kegagalan impeachment dan SD Azilah bagi memalukan musuh. Timing pendedahan yang hampir dengan PRK Kimanis hanya menambah syak bahawa ia bermotif politik

    Rakyat akan melihat bahawa ini hanya semata mata cubaan untuk menutup kegagalan. Kerana jika ia sebenar-benar bukti, PH sudah lama akan membawa ia ke mahkamah untuk mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut.

    Rakyat benci. Negara luar benci. Sumpah laknat bossku sudah menjadi semakin nyata

    Begitulah nasib PH. Mereka sedang membunuh diri sendiri. Satu lagi isu yang sangat besar ialah jika Perdana Menteri pun boleh dirakam perbualan telefonnya tanpa kebenaran, apa lagi kita rakyat biasa ini. Rakyat tidak berasa selamat lagi!

    INI LAH KERAJAAN PH MAMAK KUTTY ALJUBORI
    SAMPAI MATI FITNAH JIJIK DI JAJA SI BINGAI
    KAU INGAT ANAKCUCU SELAMAT SUDAH KINI..!?
    ARI INI KO MATI ESOK ANAK CUCU KAU LUNYAI

    Kerajaan mamak bangang untuk macai bangang....!!

    Nampak Hero Tapi Bangang...!!!!

    FORMULAELAKKENABANGANG = SUPPORT BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUKK

    BalasPadam
  7. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam