RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 12 Julai 2013

TAZKIRAH LAGI.....TAZKIRAH TV3 SUKU LEBIH AFDHAL?

MASIH lagi aku mahu memperkatakan tentang isu "Tazkirah yang boleh merosakkan Ibadat Solat" sepertimana 'fatwa' oleh seorang makhluk yang tinggi jawatannya di dalam bidang agama.  Benarlah kata orang, ilmu tidak boleh dipandang melalui jawatan atau zahirnya tetapi boleh dilihat daripada amalan dan kata-kata.

Soalnya benarkah Tazkirah itu boleh merosakkan ibadat Solat?  Bukankah kewajipan Solat itu sendiri pun bermula dari ilmu yang dipelajari serta tazkirah juga?  Bila kita dituntut menuntut ilmu tentang Solat semenjak kecil lagi, ibu bapa kita dan guru agama kita selalu mengingatkan kita agar jangan tinggalkan Solat yang telah kita pelajari itu.  Bukankah itu juga satu 'tazkirah'?  Bagaimana mungkin Tazkirah ini boleh merosakkan ibadat Solat melainkan yang lojiknya Tazkirah ini boleh menjahanamkan hasutan-hasutan Syaitan dan ejen-ejen mereka.  Sebab itu, kerja-kerja Syaitan ini akan berterusan sehingga Kiamat melalui ejen-ejen mereka termasuk yang berkopiah dan berjawatan agama.

Aku mahu sebut, seandainya anda benar-benar 'yakin' bahawa Tazkirah itu boleh merosakkan Solat anda, maka anda WAJIB menjauhkan diri dari Tazkirah kerana benda yang "memudharatkan" itu wajib dijauhi.  Anda mungkin boleh pergi ke program Jom Hebuh atau Pertandingan Suara Emas jika pun tidak mahu peri ke Genting Highland untuk bermain daun kerana semua perkara itu tiada yang berani sebut hukumnya.  Tentulah tiada 'mudharat' di situ.

Apa yang aku pelik, belum dengar lagi Jemaah yang terang-terang mengkritik Tazkirah sewaktu Solat Tarawikh walaupun ada seorang dua yang mungkin tidak setuju dengan amalan tersebut.  Malangnya, belum pun terdengar suara Jemaah yang mengeluh tentang Tazkirah ini, Tok Peti pula yang awal-awal lagi bersuara mengkritik dan menentang amalan tersebut.  Mengapa jadi begitu jika tidak untuk menunjukkan sifat 'ampu sana ampu sini"?

Syabas kepada pengurusan-pengurusan Masjid dan Surau yang meneruskan amalan yang baik ini tanpa menghiraukan suara-suara Syaitan yang mahu mencari makan ini.  Sekarang terpulang kepada kita, jika kita mahu diri dan keluarga kita sentiasa diperingatkan oleh orang lain, kita boleh hadir mendengar Tazkirah tetapi jika kita merasakan bahawa kita dan keluarga kita sudah cukup sempurna dan yakin boleh ke Syurga maka eloklah kita duduk di rumah sahaja menanti berita TV3 Suku yang kita rasakan banyak memberi 'tazkirah' berharga buat kita.

1 ulasan:

  1. ajaran ayah pin kot? astaga apa nak jadi dengan mangkuk-mangkuk yang dilantik jaga agama Allah ?

    BalasPadam