Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.
Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan. Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang.
Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam ini berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu?
Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.
Sumber: mandor.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan