RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 22 April 2010

SELINGKAR KISAH DI SEBUAH CERAMAH ANWAR DI HULU SGOR

Kira-kira 30 orang pemuda UMNO berada di luar pagar padang Pekan Kerling, memekik dan mengganggu sepanjang ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat, yang membariskan ahli panel seperti Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup, EXCO Selangor Xavier Jeyakumar, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan sebagainya.

Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR. Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR.

Lantas beberapa orang penyokong PR meluru ke arah kumpulan pemuda tersebut, walaupun cuba dihalang dan ditenangkan oleh rakan PR-nya. Pada ketika ini, polis yang sebelum ini membiarkan kelakuan tersebut masuk campur tangan untuk meleraikan kedua-dua pihak. Keadaan hanya reda sepenuhnya selepas ketibaan sebuah trak Light Strike Force, kira-kira lima minit kemudian.

"Menyorok belakang punggung Saiful"

Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang. Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak. Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu】

Ceramah politik PR pula diganggu sepanjang perjalanannya. Melihat kepada gelagat pemuda UMNO, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar menyindir, "Kita ubah dari yang buruk kepada yang baik. Bukan berubah daripada yang buruk, kepada yang macam beruk."

Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa? Ini saya nak bagi tahu. Terjerit macam orang gila. Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..."

Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat. "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful."

"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"

Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai."

"Dia boleh jerit. Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya. Dia ingat saya rasa apa? Tahu siapa yang pertahankan saya? Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari.

Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."

Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka. Tanya saya, jangan lawan cara mereka. Orang ini jahil. Orang ini tak ada ilmu. Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki. Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)."

Sumber: *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

1 ulasan: