Muhyiddin: Kerajaan BN bukan kerajaan zalimi rakyat | ||
|
Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tak beri perhatian kepada nasib rakyat, adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di Hulu Selangor, hari ini.
Muhyiddin berkata Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti dirinya sering berkata bahawa kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi apabila sudah menjadi pembangkang, Anwar berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jika kerajaan BN menzalimi rakyatnya, sudah pasti akan berlaku kebuluran dan demonstrasi menentang kerajaan seperti di negara jiran.
"Kalau kita sudah zalimi rakyat, sudah banyak rakyat keluar beramai-ramai berarak seperti di negara jiran, mereka akan sengsara, tidak makan, tidak minum. Siapa rakyat yang ada di Hulu Selangor ini mati kebuluran kerana dizalimi oleh kerajaan BN.
Beliau berkata tahun ini merupakan tahun yang penting bagi memastikan tiada rakyat yang miskin tegar supaya mereka dapat hidup lebih baik dan selesa.
"Kalau ada kelompok miskin tegar di Hulu Selangor kita akan bantu, sejak merdeka sebanyak 60 peratus rakyat miskin, tetapi sekarang hanya tiga peratus sahaja yang miskin," katanya.
- Bernama
Blogger:
Beginilah jika kita ada pemimpin yang hanya tahu pasal perut dan makan. Mereka tidak hirau soal rasuah, penyelewengan, masalah sosial dan berbagai lagi kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Mereka hanya mahu rakyat kenyang seperti ayam daging, kemudian boleh disembelih. Rakyat tidak lagi bertanya pasal mati tidak makan kerana rakyat sudah biasa dengan susah mencari rezeki sendiri. Rakyat mahu tahu benarkah kamu memerintah tidak berlaku rasuah yang berleluasa?
Bagaimana pula dengan kisah APCO dan Israel itu? Kisah injin pesawat yang hilang dan komisyen kapal selam beratus juta itu? Kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kesusahan golongan peneroka di Felda bagaimana? Bagaimana sehingga kaum Orang Asli sekarang sudah berani memberontak? Mengapa? Bagaimana pula kami yang tidak mati kerana lapar ini boleh melihat kamu mentedarah hasil bumi di negara ini dengan hidup mewah dan senang lenang?
Terlalu banyak perkara yang patut kamu ceritakan pada kami, bukan masalah mati tidak makan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan