RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 23 April 2010

NYANYOK MAHATHIR TERSERLAH DI HULU SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA parti pimpinan Najib diserang di setiap penjuru terutamanya berkaitan APCO dan juga isu moral, tergerak pula hati mantan PM Tun Mahathir ingin menyelamatkan maruah Bn di Hulu Selangor. Pada mulanya beliau menyatakan tidak akan berkempen di Hulu Selangor, tetapi cakap-cakap Mahathir semenjak dari dahulu tidak boleh dipercayai. Sifat pembohong sudah sebati bagi pemimpin di dalam Umno terutamanya termasuklah Najib, Muhyiddin serta calon dari parti sekutu mereka iaitu MIC itu sendiri. Bukankah salah satu sifat Yahudi itu adalah pembohong dan putar belit? Dan, bukankah APCO itu penasihat kerajaan sekarang? Jadi tidak pelik jika kesemua mereka itu kaki pembohong dan putar belit.

Mahathir yang suatu ketika pernah digelar `Mahafiraun' dan `Mahazalim' sewaktu di era reformasi kini sudah tua tetapi perangainya tetap sama. Bezanya, jika dahulu sifat pembohong dan putar belitnya sukar dibaca, tetapi oleh kerana telah dimakan usia maka apa sahaja yang beliau perkatakan tidak sedikitpun menampakkan Mahathir itu pemimpin yang cerdik. Mungkin bak kata orang secerdik mana sekali pun tetapi bila sudah nyanyuk terserlahlah kebodohan. Saya ingin mengulas sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir seperti yang dilaporkan di sini.

Beliau menyebut calon dari PKR Dato' Zaid boleh diumpamakan seperti katak kerana dahulunya dari Umno. Kini Dato' Zaid berjuang di dalam parti PKR dan dijadikan sebagai calon di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor pada 25hb ini nanti. Mahathir mungkin lupa bahawa beliau juga pernah keluar dari Umno sebelum ini. Keluar dari lubuk Umno, masuk kembali ke lubuk yang sama. Ini bermakna Mahathir adalah sejenis katak juga tetapi `katak selubuk'. Mungkin kerana nyanyoknya beliau, maka dia lupa bahawa dia juga adalah spesis katak yang lebih teruk dan dhaif kerana masih ingin memasuki lubuk yang sama yang pernah didiaminya walaupun diketahui bahawa lubuk tersebut teramatlah busuknya. Manakala Dato' Zaid tinggalkan lubuk yang busuk, jijik dan hanyir itu dan mencari tempat lain yang lebih baik, indah dan jauh dari pencemaran. Siapa lebih hina, Mahathir atau Dato' Zaid?

Mahathir merasa pelik kenapa Dato' Zaid mempunyai kuda lumba tetapi tidak berjudi? Ini menunjukkan bahawa Mahathir beranggapan sesiapa yang mempunyai kuda lumba mestilah berjudi. Mungkin juga anak beliau yang terlibat di dalam Litar F1 Sepang perlumbaan kereta lumba itu juga lagi kuat judinya? Saya rasa Tuanku Mirzan juga mempunyai kuda lumba, apakah mahu kita guna pakai tafsiran bodoh Mahathir itu? Jika Mahathir beranggapan bahawa anaknya di Litar Sepang itu terlibat di dalam perjudian secara langsung atau tidak langsung, jangan pula anggap orang lain pun sama dengan anaknya.

Sebelum ini Mahathir juga memberi komen terhadap serangan peribadi terhadap calon. Itu biasa, katanya. Sebab itulah juga Mahathir turut memainkan isu peribadi Dato' Zaid dengan menyindirnya dalam isu mabuk.

Paling melucukan, Mahathir berkata beliau tidak mahu orang tahu bahawa beliau akan berkempen di Hulu Selangor. Sebab itulah kununnya sebelum ini beliau berkata beliau tidak akan turun berkempen. Apakah beliau merasa perasan atau syok sendiri seolah-olah PR takut sangat dengan kehadirannya di Hulu Selangor? Pembangkang bahkan rakyat sudah tidak hairan lagi dengan Mahathir kerana beliaulah punca segala masalah politik di negara ini. Beliau jugalah punca perpecahan orang-orang Melayu bahkan beliau juga adalah punca di mana suatu ketika kedaulatan raja Melayu dipermainkan.

Tiada siapa yang lupa segala dosa-dosa Mahathir. Oleh itu, kehadiran Mahathir sedikit pun tidak memberi kesan kerana cakap orang yang telah nyanyuk hanya layak dijadikan bahan ketawa beramai-ramai./wfauzdin.bogspot.com

7 ulasan:

  1. Kununnya......Anwar tumbuk mata sendiri. Nak tipu sapa. Satu Malaysia akhirnya tahu bahawa DR M menipu kerana siasatan mendapati KPN yang tumbuk mata Anwar.

    Pelik. Kenapa Dr M sanggup kempen utk MIC walhal perwakilan MIC telah kalungkan selipar dlm perhimpunan mereka yang lepas.

    BalasPadam
  2. ANAK MAMAK SIKANDAR KUTTY KAKI KELENTONG NI MEMANG MAU POPULAR WALAU MACAMANA PUN ! WALAU BOHONG & NYANYUK TETAP BERDEGIL MACAM YAHUDI ZIONIS YANG RAMPAS TANAH PALESTIN ,TAPI MAMAK NI RAMPAS KUASA SECARA LICIK & PERKOSA UNDANG-UNDANG MESIA MASA DIA JADI MAHATAIK PUNYA PM ! DIA AKAN BANTU NAJISKAN UMNOI-BN ! LAGI CEPAT BN JAHANAM DENGAN BANTUAN MAMAK KELENTONG NI ! ALLAHU AKBAR !

    BalasPadam
  3. Daddy BN dah nak mampus ni,so daddy kena tolong.Daddly kena turun juga kempen,kalau tak turun mungkin BN bolih menang.Bila daddy turun kempen,sure BN akan lingkop macam Bkt Selambau dan Bkt Gantang dulu.
    Ayat diatas adalah satu babak dalam drama dimana pelakonnya adalah keluarga judi Mukhriz dan bapanya Mahadhir.Ia tidak kena dengan yang hidup atau telah mampus

    BalasPadam
  4. Adakah BN Terdesak sampai kena bawa turun si Tua Nyayok ini,... kesian UMNO... idea Muhyiddin kee,.. Ni sekor lagi Timbalan yang Tak dok telor,.. masa hentam Pak Lah dulu dia guna Mahathir juga

    BalasPadam
  5. katanya KATAK pada Zaid, nyanyoknya dah berapa ekor KATAK yang dah kena beli sampai pergi melencong dgn Najid ke Amerika, hebatkan.

    Lain kali kalau nak berucap selidik la dulu, pungkok ada taik ka tarak.

    kalau nak kutuk PKR/PR pasal katak, tengok bapak katak dan anak-anak katak apa kerja mereka. RAKYAT tak lah bodoh sepertimana tanggapan merka.........

    BalasPadam
  6. Hei Dey,

    Cukuplah tu, dulu kata nak beribadat, tenangkan fikiran dan merenung kembali segala kesalahan yang dilakukan ke atas Malaysia. Pse for mamak sake, taubatlah. Janganlah nak mengata orang lagi. anyway God is great kerana panjangkan umornya so that he can see kehancuran yang telah dilakukan selama 23 tahun memerintah.

    BalasPadam
  7. aku setuju tu jamilnor...arwah uztaz fadhil nor pernah mohon supaya org tua nyanyok ni panjang umur biar dia tgk apa yg dia dh buat...

    BalasPadam