RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

ADUAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR TARIK BALIK BEBERAPA DASAR KEBAJIKAN, MB SELANGOR AKAN DIPANGGIL MENGADAP ANWAR

Banyak aduan telah mula kita dengar di Selangor tentang beberapa keistimewaan atau dasar kebajikan kepada rakyat Selangor telah ditarik di bawah MB Selangor sekarang.

Akhirnya, malam tadi sewaktu sesi dialog/forum bersama DSAI di Ceras, aduan ini ditimbulkan oleh salah seorang hadirin. Anwar di dalam jawapannya berkata, beliau akan menyiasat isu ini dan selaku Presiden KEADILAN, beliau akan memanggil MB Selangor untuk beri penjelasan. DSAI berkata, kalaupun Selangor kini hadapi masalah kewangan, janganlah sampai rakyat melihat mereka semakin dipinggirkan.

Betulkah ada masalah kewangan? Apakah rizab Selangor yang dahulunya dikatakan berlebihan telah habis dikaut tanpa ada penambahan? MB sekarang buat apa? Khabarnya terlalu kuat bekerja hingga ponteng mesyuarat atau program parti?

2 ulasan:

  1. Kesian dan‘Simpati’ Pada Anwar, Bakal PM8 Tak Dijemput Mesyuarat PH – Khairuddin

    Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan melahirkan rasa simpati dan kasihan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat ketua-ketua parti komponen semalam.

    Mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Khairuddin berkata, sepatutnya sebagai individu yang digelar perdana menteri kelapan (PM8), Anwar sepatutnya dijemput menghadiri mesyuarat seumpama itu, bagaimanapun keadaan perkembangan semalam menyaksikan perkara sebaliknya.

    “Saya simpati dengan Anwar Ibrahim seolah-olah dirinya tidak diiktiraf dan saya mohon maaf di atas kenyataan saya!” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.


    Khairuddin berkata, konco-konco Anwar amat yakin beliau bakal menggantikan Dr Mahathir dan golongan tersebut disifatkan sebagai kurang sabar dan tidak bernas sehingga membuatkan rakyat menyampah dengan agenda perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan.

    “Puak-puak rakus kuasa ini juga tidak pernah mahu mempelajari kesilapan silam dan masih mengulangi kesilapan.

    “Golongan ini memberi sokongan yang bakal membawa rebah buat selamanya kepada bos mereka.

    ‘Kini, saya rasa Brader Anwar Bin Ibrahim kena cerminkan mukanya dengan cermin yang paling besar!” katanya lagi

    BalasPadam
  2. Khairuddin ni munafik, baru balik haji pun mulut masih celupar buat fitnah. Astagafar wahai broder khai. Org yg suka tutup mulut dan bercakap perkara2 yg tidak mengaibkan org akan mendapat rahmat dari Allah. Apa yg broder dpt di makkah tempuh hari. Adakah kamu mendapat hidayah bila balik supaya buat fitnah dan mengata org. Ini yg di kata haji makbud (kosong pengisian ibadah nya)

    BalasPadam