RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 6 September 2017

WARKAH DARI PENJARA DAN IMEJ KEADILAN


ISU warkah dari penjara telah disalah ertikan oleh pihak2 yg ingin terus bersenggama dengan Pas yg tidak sudi pun untuk bersama kita.

Kalau kita fikir dengan matang dan bijaksana, apakah benar Anwar mahu teruskan rundingan dengan Pas sedangkan dia sedar bahawa masa yg diberi untuk Pas menimbang samada berada di pihak kita (PH) menentang Umno/Bn atau di pihak yg membantu Umno/Bn sudah terlalu lama diberikan samada oleh PH mahupun Keadilan itu sendiri.

Kalau warkah dari penjara itu satu arahan, ya, Keadilan khususnya telah cuba sedaya upaya melaksanakan arahan Anwar. Bahkan, rakan2 di dalam PH sendiri turut mencuba nasib untuk berunding dengan parti para Ulamak itu. Rundingan dengan Pas tidak semudah rundingan di antara Nabi dan puak Musyrikin Quraish Mekah dulu. Lebih sukar berunding dengan Pas yg meletakkan kesemua syarat adalah untuk keuntungan partinya semata2. Jauh berbeza dengan siri rundingan Nabi S.A.W dengan Kaum Musyrikin Mekah yg memperlihatkan di pihak Nabi Muhammad S.A.W lebih bertolak ansur sehingga mendatangkan kerisauan para sahabat dengan sifat Nabi yg terlalu berlembut.

Sifat ini tiada langsung pada Hadi Awang dan gerombolannya. Syarat Pas adalah jika mahu berunding dengan parti 'suci'nya itu, jauhi dari Dap dan Amanah. Semua Kerusi Pas yg telah menang adalah hak Pas dan yg kalah pun hak Pas juga. Pas mesti mengetuai Pakatan yang tanpa Dap dan Amanah. Sebelum berunding, Keadilan mesti 'bertaubat Nasuha' terlebih dahulu. Dan, banyak lagi syarat2 yang dikenakan oleh Pas sepanjang proses pujuk memujuk selama ini yang mana jika mahu disenaraikan sehingga bubar Parlimen pun tidak habis dicatatkan. Itu lah Pas, parti politik matang.

Keadilan lebih awal mencuba nasib memujuk Pas iaitu seawal perundingan meja bulat untuk penubuhan PH lagi. Pas dijemput turut serta perundingan tersebut, namun tiada seorang lebai pun yang hadir kecuali MP Pokok Sena, Mahfuz Omar yang nampaknya amat berminat. Malangnya, Mahfuz waktu itu orang buangan. Kehadirannya tidak membawa apa2 makna kepada Pas. Keadilan tidak berputus asa kerana Anwar begitu mengharapkan parti yang dulunya di bawah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor yang banyak berjasa kepada beliau mesti dibawa bersama di dalam Pakatan Pembangkang. Semua tahu, Anwar juga terlalu banyak jasanya kepada Pas yang sebelum ini Pas hanya dikenali di Pantai Timur dan Kedah, selebihnya Pas selalu menguntungkan SPR apabila hilang deposit bertanding di banyak kawasan. Pas mula mencanak naik bermula di era reformasi. Tiada siapa boleh nafikan. Sebelum reformasi, Pas hanya kuat di Kelantan, itu pun di bawah Almarhum Tok Guru Nik Aziz yg sememangnya Murobbi hebat, seorang ahli politik yang amat pintar, tambahan pula waktu itu Pas dibantu oleh Parti Melayu Semangat 46. Pas tidak pernah berkuasa secara bersendirian semenjak parti itu wujud pada tahun 1951.

Usaha Keadilan untuk memujuk Pas berterusan, kemudiannya turut dicuba oleh Parti Amanah. Di Kelantan, Dato' Wan Rahim selaku Pengerusi Amanah Kelantan pernah cuba mengajak Pas untuk bersama di dalam PH. Belum kering air liur Dato' Wan Rahim, dengan angkuh TMB Nik Amar menyatakan Pas sanggup hilang kuasa asalkan tidak bersama Amanah. Lama selepas itu, Husam Musa dipecat dari Pas yang kemudiannya Adun Salor itu menyertai Amanah. Dalam banyak ucapan Husam, seringkali beliau tawarkan perdamaian demi pertahankan Serambi Mekah dari dirampas rejim Umno/Bn yang pernah berjanji untuk membantu Pas melaksanakan Hudud di Kelantan. Semuanya sia-sia bahkan Husam diperlekehkan sehingga melibatkan soal peribadi dan maruah beliau sekeluarga dengan membawa isu "Bai'ah Cerai Talak Tiga" yang didendangkan di pentas2 para olamak bersyarah. Husam tabah bahkan berani sehingga tampil secara mengejut di atas pentas Pas duduk di belakang Exco Agama yang digelar "Sudin Cecopong" untuk menjawab isu Bai'ah tersebut, malangnya tidak diberi peluang untuk menjawab walau sepatah.

Akhirnya Amanah sedar, bahkan Amanah sebenarnya lebih kenal Pas seperti kenalnya Tar Senik dengan Fikah. Kebanyakan pemimpin Amanah telah berpuluh tahun bergelumang di dalam Pas sewaktu Pas tengah dhaif sehinggalah Pas maju jaya dengan berbagai plet kenderaan mewah masing2. Boleh dikatakan mereka kenal dan cam benar bunyi dan bau kentut seorang2 dari pemimpin Pas sekarang ini. Auta dan muslihat mereka di dalam poket Mat Sabu, Husam, Salahuddin Ayub, Dato' Wan Rahim, Dr Hatta dan ramai lagi. Sebab itu Amanah tarik 'hand brake' dan Amanah terus mara ke hadapan tanpa menghiraukan Pas lagi.

Amanah sempat berpesan kepada Keadilan, kamu boleh mencuba memujuk dan berunding dengan Pas, tapi kami lebih kenal lama Pas dari kamu. Bagusnya Amanah, parti yang baru berusia lebih kurang dua tahun itu tidak pula menghalang usaha Keadilan yang tidak henti2 memujuk Pas. Amanah berpegang kepada kaedah dan ajaran Islam, jika kita bermusuh dengan seseorang, jangan kita hasut orang lain agar bermusuh dengan musuh kita. Itu tidak adil. Tidak adil bermakna zalim. Amanah bukan parti yang menyokong kezaliman. Amanah parti "Rahmatan Lil Alamin". Usaha Amanah 'Failed". Kegagalan yang menggembirakan banyak para penyokong parti Mat Sabu itu.

Dap, melalui Kit Siang pernah cuba untuk melupakan sengketa dengan Pas dan bersedia untuk kembali bersama seperti dahulu. Bersuara sahaja Kit Siang, bertambah tegak dada Pas kerana terasa betapa hebatnya parti berlabel Islam mereka itu sehinggakan Kit Siang dikatakan cuba melutut dengan Pas. Maka diungkit berbagai cerita untuk menjadi dalil agar pelawaaan Dap itu tidak diterima. Akhirnya, usaha Dap juga gagal dengan cepat.

Muncul pula parti Tun Mahathir. Mahathir sedar beliau bukan orangnya yang boleh memujuk Pas. PPBM diwakili oleh Presidennya, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir cuba untuk berunding dengan Pas. Hampir2 berjaya perundingan bahkan dikatakan telah pun ada perjanjian atau persefahaman telah dibuat di antara PPBM dengan Pas. Pas waktu itu diwakili oleh Ustaz Tuan Ibrahim dan beberapa pimpinan Pas yang lain. Seperti biasa, jika bukan Hadi yang hadir pertemuan maka jangan dianggap berjaya. Mengejutkan, apabila Pas memberitahu rupa2nya pertemuan dengan PPBM itu hanya jumpa sembang2 saja. Tiada rundingan pun. Waktu itu, mungkin pimpinan Amanah hanya mampu tersenyum kerana mereka telah pesan awal2 bahawa mereka amat mengenali parti lebai itu. Tergencat di situ rundingan di antara PPBM dengan Pas. PPBM terus 'move On' dengan gerak kerja mereka tanpa menghiraukan Pas lagi.

Keadilan masih tidak berputus asa. Amanat Anwar bagi Keadilan wajib ditunaikan. MB Selangor berkorban amat besar apabila terus mengekalkan ketiga2 Exco Pas di Selangor meskipun di dalam Muktamar Pas, dipersetujui oleh Majlis Syura dan AJK Pas Pusat bahawa Pas secara resminya putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan. Alasan syarie Pas adalah Keadilan menolak RUU Akta 355 tolak Hudud, bersekongkol dengan Dap dan Amanah serta Keadilan itu Islam Liberal. Besar sungguh 'dosa' Keadilan di mata Pas. "Fatwa" dari Majlis Syura sewajarnya dipatuhi oleh semua ahli2 Pas kerana Majlis Syura itu bukannya terdiri dari Ustaz2 Bekam atau Ustaz2 Mahir Bertahnik semata2. Kesemua mereka adalah 'Alim Ulamak" pewaris Nabi. Tentulah ada nas dan dalil mereka apabila menghukum Keadilan sedemikian rupa.

Pelik bin ajaib. Ketiga2 Exco Pas di Selangor selamba saja berada di Kerusi Exco atas alasan tunggu Istana pecat. Mereka kata MB Selangor boleh pecat mereka jika mahu, itu pun jika Istana izinkan. Pulak. Ulamak mereka yang buat 'fatwa' mengapa MB Selangor pula yang perlu turuti fatwa tersebut? Bukankah kewajipan ke atas mereka untuk wala' kepada Ulamak mereka sendiri? Berbeza dengan Mat Sabu, apabila di dalam Muktamar Pas putus saja hubungan dengan Dap, tidak sampai 24 jam Mat Sabu umumkan meletakkan jawatan lantikan politiknya di P.Pinang, kerajaan yang ditadbir oleh Guan Eng. Walaupun Mat Sabu bukan ustaz, jauh lagi lah dari Ulamak, namun Mat Sabu ada maruah diri. Duit dan pangkat boleh dicari, tapi maruah diri tiada nilai yang boleh ditukarganti.

Exco2 Pas kekal di Selangor, kata pak lebai adalah kerana menghormati pilihan rakyat Selangor yang mengundi mereka di dalam PRU13 yang lalu. Alasan ini menjadi bahan ketawa orang ramai. Rakyat Selangor mengundi Pas waktu itu atas nama Pakatan Rakyat yang disertai oleh Pas. Rakyat Selangor bukan mengundi mereka untuk jadi Exco. Pakatan Rakyat waktu itu terdiri dari Keadilan, Dap dan Pas. Apabila Pas campak Dap, kemudiannya campak Keadilan, di mana datangnya Pakatan Rakyat? Ertinya, Pakatan Rakyat dah mati. Mengapa sebelum Muktamar buat keputusan buang Dap dan kemudiannya Keadilan, kamu tidak terfikir tentang mandat rakyat mengundi Pakatan Rakyat di Selangor? Mengapa bila berada di kerusi empuk selaku Exco, kamu jual nama mandat rakyat?

Rupa2nya baru kita tahu 'fatwa' Majlis Syura boleh saja dipadamkan apabila ada kepentingan fulus dan jawatan. Siapa tidak sayang gaji dan elaun Exco puluhan ribu sebulan? Siapa mahu tinggalkan jawatan2 di dalam GLC di Selangor serta jawatan2 lain seperti Ahli2 Majlis, Ketua-Ketua Kampong, Pengerusi Masjid dan banyak lagi di Selangor itu? Andainya semua di dalam Ahli Majlis Syura itu diberi jawatan besar di Selangor, mereka pun akan buta mata tidak jumpa nas dan dalil untuk mengharamkan Keadilan. Besarnya pengaruh duniawi.

Keadilan lakukan yang terbaik untuk Pas demi untuk melihat satu gabungan Pembangkang yang bersatu untuk berdepan dengan rejim Kleptokrasi. Malangnya, Pas tetap Pas. Ini bukan zaman Almarhum Us Fadzil Noor atau Tok Guru Nik Aziz. Ini era politik matang bawah Hadi Awang yang menetapkan Pas hanya mahu 4 atau 5 negeri sahaja untuk diperintah, selebihnya jika Umno mahu, serahkan kepada Umno. Pas hanya mahu jadi "King Maker", bak kata Ustaz Tuan Ibrahim. Apalah gunanya jatuhkan Umno/Bn yang sekular itu jika kerajaan baru yang naik nanti (PH) adalah kerajaan Liberal?, kata pimpinan Dewan Ulamak mereka.

Adakah Anwar tahu situasi yang berlaku sekarang? Atau, adakah ada maklumat yang berbeza sampai kepada Anwar? Saya yakin, Anwar yang kita kenali amat pemaaf orangnya tahu apa yang berlaku walaupun berada di dalam jeriji besi di Sg Buloh.

Anwar cuma tidak tergamak untuk menyatakan secara terang agar Keadilan atau PH putus hubungan dengan Pas. Adakah ini bermaksud Anwar mahu Keadilan terus berunding, memujuk atau lebih lagi sehingga melutut kepada Pas? Tidak mungkin Anwar selemah itu.

Apabila Presiden Keadilan yang juga isterinya, Wan Azizah menandatangani persetujuan bersama dengan semua pimpinan PH untuk memutuskan hubungan dengan Pas, ini jelas membawa maksud Anwar merestui tindakan Wan Azizah. Warkah dari penjara secara jelas menyatakan sokongan Anwar terhadap tindakan bijak Wan Azizah. Mustahil Wan Azizah sanggup 'derhaka' dan mengengkari arahan Anwar, suaminya yang juga Ketua Umum Keadilan dan PH. Ertinya, putus hubungan dengan Pas itu di bawah pengetahuan dan persetujuan Anwar, maka sebab itu Wan Azizah tanpa banyak karenah terus menandatangani persetujuan bersama PH.

Sewajarnya tiada sesiapa lagi yang boleh memutarbelitkan isu ini apatah lagi menjual nama Anwar seolah2 Anwar mempunyai keputusan yang berbeza dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Anwar bukan bersikap seperti Hadi Awang yang sering membelakangi keputusan bersama sewaktu Pas berada di dalam PR dulu. Jangan burukkan nama Anwar atas apa jua agenda peribadi.

PH harus kotakan hasrat Anwar iaitu perkukuhkan PH untuk hadapi PRU14 akan datang. Keadilan wajib berjalan seiring sejalan bersama PH, samada diwaktu susah mahupun senang. Imej Keadilan akan dipandang tinggi jika kita memegang kepada janji yang kita meterai.

SELAMAT MAJU JAYA PAKATAN HARAPAN

12 ulasan:

  1. Buat apa cerita panjang2? Kan PAS dah tolak kerjasama dengan PKR, kalian tak sedar lagi ke?

    Anwar amat perasan kedudukan PKR tanpa PAS, berkemungkinan PKR akan keluar dari Pakatan Haprak dan menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS.

    Hidupkan kembali semangat reformasi yang telah mati setelah Mahafiraun menyertai pakatan pembangkang dan diangkat pula menjadi "top dog".

    Tertubuhnya PKR adalah dari semangat reformasi seorang individu yang dianiaya dan dizalimi oleh individu yang kalian angkat menjedi "top dog" kalian pula, bodohnya.

    PAS sentiasa membuka pintu rundingan dengan PKR asalkan PKR tidak bersama PH.

    Itu saja pilihan terbaik buat Anwar dan PKR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama demgam mahathir hari nie beliau di zalimi oleh ahli umno yg mkn dedak...senasib lah dgn anwar

      Padam
  2. Din, kau memang buat2 tak tahu kan bhw dap yg bubarkan Pakatan Rakyat tapi pas pula yg dituduh memyebabkan PR terbubar.. takpe teruslah hidup dalam kepura2an kau tu din..

    Pinggan tak retak Nasi tak dingin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas PRU 14 ni tengok le apa jd pas selangor..pengundi akan bg pinggan pecah + nasi tengin..kah,kah,kah..kesiaan wala'oon bodoh piang

      Padam
    2. Sama2 lah kita tunggu apa akan jadi pada Pakatun Harampan yang penuh dengan huru hara dan pemimpin hipokrit.....bengapnya pengikut haprak sehingga mudah diperbodohkan oleh Mahazalim....

      Kahkahkahkah....dah takde lagi orang lain lagi dah mahazalim pun mahazalim....

      Padam
  3. PAS yang diterajui oleh Hadi bewok mereng adalah parti kera sumbang, sanggup bermukah dengan UMNO dan meliwat agama untuk keduniaan sahaja. Aku yakin pasti jika sikap PAS berterusan begini, selepas PRU14 nanti, PAS is nowhere even though in Kelantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn kesah sgt pasal kelantan. lobai jubow boleh uruskan. pakatan kena tumpukan kerusi2 di felda dan kws2 yg mana umngok menang tipis. juga kemungkinan undi hantu2 pun akan bertambah.. mandat rakyat spr kena tunaikan. pru yg adil!

      Padam
  4. undi Pas sama mcm undi umno.
    Tidak mengundi Pas bukan bermakna kita tolak agama tetapi kita tolak kerana politik yg tidak matang yg di bawa oleh haji hadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pan politik matang bagi tanah 1000 hektar kpd sekolah cina.. dasar barua cina..

      Padam
  5. Usah sembang kencang la... Mana jentera PKR masa mengundi PRU13? Semuanya bergantung pada PAS

    BalasPadam
  6. Tumpang lalu:
    RM60 kalau disimpan tidak akan jadi kaya.
    Kalau dilabur, tidak mungkin rugi.
    Kalau diwakafkan lagilah banyak hasilnya.

    Sila layari:

    Wakaf RM60

    Tkasih.

    BalasPadam