RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 4 Oktober 2009

KES TUMBUK - POLIS BELUM SIASAT, MUHYIDDIN SUDAH TUDUH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH pun diduga, Umno pastinya akan menimbulkan berbagai cerita karut dan lawak bodoh mereka apabila menjelang sesuatu pilihanraya. Tidak cukup dengan media `pencacai' seperti TV dan akhbar, lebih malang lagi seorang yang dikatakan cerdik berjawatan TPM pun terikut menjadi `pencacai' murahan. Tidak menghairankan ini semua berlaku kerana Umno khususnya begitu terhina, malu dan tertekan setelah 7 pilihanraya kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum Ke 12, kesemuanya Umno `terlangkang' serta `terlondeh kain'.

Cuba sebut mana satukah kawasan yang diadakan pilihanraya kecil yang Umno tidak pernah membuat tuduhan karut dan bodoh terhadap pembangkang? Apa yang berlaku di Bagan Pinang semalam yang menyaksikan peristiwa kononnya Ketua Putera Umno ditumbuk oleh seramai 9 orang benar-benar menambahkan lagi keyakinan kita bahawa Umno sememangnya tidak pernah dan tidak akan berubah. Tentunya kita dapat membayangkan betapa hancur, parah dan berkecainya muka dan tubuh badan Ketua Putera Umno tersebut jika benar ianya ditumbuk oleh seramai 9 orang. Tapi bila melihat wajahnya muncul dikaca TV, hendak ketawa pun ada, hendak muntah pun ada. Mungkin kulit wajah yang berwarna hitam itu adalah kesan lebam dari tumbukan 9 orang seperti yang diperkatakannya. Semenjak bila pula Ketua Putera Umno itu putih?

Persoalannya, sudahkah pihak Polis menyiasat? Jika siasatan belum dibuat, mengapa TPM Muhyiddin tidak sabar-sabar hendak menyebut bahawa penyokong PAS sememangnya ganas dan tidak melambangkan parti Islam. Sedap mulut beliau bercakap begitu. Tumbuk orang saja, bukan cara Islam. Bagaimana pula dengan meletupkan tubuh badan orang? Jika penyokong PAS memang benar melakukan perbuatan tersebut, mengapa Muhyiddin tuding jari pada Mursyidul Am Pas pula? Semua orang tahu bahawa Mursyidul Am Pas sememangnya anti keganasan dan mulutnya tidak pernah berhenti menyeru manusia berbaik-baik dan berdakwah secara berhemah. Sebagai contoh, kisah Ketua Pemuda Umno yang ditangkap terlibat dengan dadah seperti yang berlaku di Terengganu baru-baru ini bolehkah kita menuduh Najib atau Muhyiddin mengajar Ketua Pemuda Umno berbuat demikian?

Bukan sedikit ahli-ahli Umno bahkan pemimpin mereka yang terlibat di dalam berbagai kes yang lebih besar dari kes tumbuk. Umno kah yang mengajar itu semua? Seandainya, jika ada mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang terlibat dengan kes bunuh atau meletupkan orang, adakah ini kerja yang diajar oleh parti Umno? Lu pikirlah sendiri!!/kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. Akibat dari kesan tumbukan, itu pasal hitam satu badan bro!... sebab lebam2.

    BalasPadam
  2. Dulu aku ingat muhyidin yasin ni bagus dan cerdik orang nya. sejak-sejak pasang cita-cita nak jadi PM, rupa-rupanya tambah bengong. Kalau nak lihat KPI lah, sejak dulu tak lulus pun. tak satu pun projek berjaya. nak selesai cetak rompak pun tak mampu. masa jadi menteri pertanian tak dak satu pun projek yang berjaya. sekarang jadi menteri pelajaran pulak. hai...jahanam lah budak-budak sekolah.... anyway mak datin dia bagus.... bertudung.

    BalasPadam
  3. Umno ni tak ada ke orang lain yang lebih cerah sikit untuk dipilih jadi ketua putera umno...ini ada ke mat black yang kau pilih...kelabu asap punya otak....

    BalasPadam
  4. Hati-hati dengan komen diberi. Komen tu mencerminkan peribadi kita sendiri.

    BalasPadam