RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 3 Oktober 2009

BAGAN PINANG - BALASAN ORANG BELOT, SILAP PILIH PENCADANG

Mengaku ramai penyokong, tapi nak cari seorang pencadang pun tak mampu...tak malu ke?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALKISAH, maka tanpa berfikir panjang dengan rasa ego dan tamak serta tidak memikirkan prinsip perjuangan, Shahruddin Abdul Hamid pun dengan bangganya mengistiharkan keluar dari PKR semata-mata untuk bertanding sebagai calon Bebas di dalam PRK Dun Bagan Pinang, Port Dickson. Meskipun telah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian oleh pemimpin-pemimpin PR khususnya dari PKR, namun merasa dirinya hebat walaupun hanya berjawatan AJK dalam PKR kawasan sahaja beliau tidak peduli segala nasihat yang diberi.
Justify Full
Bahkan, beliau dengan bangganya memberitahu beliau punyai ramai penyokong yang setia bersamanya. Hari ini, padan dengan muka pengkhianat parti ini kerana ketamakannya, beliau umpama `yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran'. Yang dikejar jawatan Adun, yang dikejar tak dapat, hilang pula keahlian dalam PKR. Mungkin yang sanggup terima spesis orang seperti beliau ini adalah Umno sahaja atau `parti katak' Ibrahim Ali. Shahruddin mengaku beliau punyai ramai penyokong setia, tetapi amat memalukan bila hendak mencari seorang pencadang pun tak mampu. Pagi tadi, Shahruddin sudah siap bergaya kononnya bakal YB, tapi dengan tebal muka keluar awal dari Pusat Pencalonan akibat kejahilan `bakal YB' tersebut.

Ini merupakan satu pengajaran buat mereka yang cuba untuk khianat kepada perjuangan rakyat. Contoh telah banyak kita lihat. Kita lihat apa sudah jadi pada raja sesumpah Ezam, ke mana akhirnya? Sebelum itu, ke mana Roslan Kassim dan Zahid Md Arip? Kemudian apa yang terjadi kepada `Minah Ronggeng' Kak Min? Semua mereka dihina dan terhina. Siapa mereka yang belot kepada perjuangan rakyat yang dimuliakan?

Kini, persaingan di Bagan Pinang hanya menyaksikan dua calon sahaja. Seorang calon adalah yang tiada rekod buruk, jauh dari skandal rasuah dan beriman iaitu dari parti PAS mewakili PR. Seorang lagi adalah seorang calon yang pernah dibuktikan terlibat di dalam rasuah politik wang iaitu calon dari Umno mewakili Bn. Terpulanglah kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang samada mahu yang bersih atau yang menjijikkan. PR cuma mampu menawarkan calon terbaik dan terbukti bersih. Umno hanya mampu menawarkan calon yang pernah terlibat di dalam rasuah. Jadi, fikir-fikirkanlah./kembali ke laman asal di sini.

6 ulasan:

  1. Dalam semak ada duri
    Ayam kuning buat sarang
    Orang tamak selalu rugi
    Seperti anjing dengan bayang

    Ayam kuning buat sarang
    berelur sebiji atas kapas
    Dalam parti tunjuk garang
    Masuk bebas semua terlepas

    Bertelur sebiji atas kapas
    Cukup masa jadi empat
    Keluar PKR nak jadi bebas
    Kendung tercicir kejar melepas

    BalasPadam
  2. cantik sungguh pantun tu...

    BalasPadam
  3. harap-harap shahruddin kidaus bacolah pantunmu itu siap dongan maknonyo sokali, sarmili... sarmili.. (suami-suami takut istri, astro aruna121)

    BalasPadam
  4. hahaha.... dia ni sekali tenguk macam tok mudim yang bawa segala assesori nak potong konek budak-budak. nasib baik tak pikul batang pisang. dah lah dulu keluar UMNO, sekarang kena buang PKR pah tu nak lawan PAS. hahaha.... langsung tak ada parti sekarang. kata ramai penyokong akar umbi desak nak bertanding, tapi takdak sorang pun nak jadi pencadang dan penyokong. ish...ish...ish. ayah sapa lah ni. minta tolonglah anak-anak dia jaga sikit. kesian. tak berapa comel dah otak tok mudim kita ni... takut-takut nanti, potong sendiri punya. nanti tinggal tunggul. nanya mak..... viagra pun kena pass kat jiran. hahaha.

    BalasPadam
  5. Dari Tampin pergi ke Pedas,
    Singgah beli lemang sebatang,
    Jika nak jadi calon bebas,
    Untung masuk walau tak menang.

    Pergi ke Pedas untuk menjaja,
    Modal banyak jualan perlahan,
    Calon bebas Umno/BN yang taja,
    Apa nak kisah hilang pertaruhan.

    Habis menjaja pergi ke Tampin,
    Badan letih modal bersepai,
    Apalah malang nasibmu Pak Din,
    Nak beradu lawan hajat tak sampai.

    BalasPadam
  6. "Seorang calon adalah yang tiada rekod buruk, jauh dari skandal rasuah dan beriman iaitu dari parti PAS mewakili PR. "

    Part ni nak tergolak dulu jap. hahahah.
    jauh dr skandal rasuah tu insyallah dan jugo beriman...tp tang tiado rekod buruk tu kona timbang 2-3 kali.

    Den sokong PRK ni kerano PAS kalo kerano ZUL baik den duduk umah tido. Zul byk skandal dengan PAS seromban. xtaula ado tak org PAS Seromban nak tolong dio ko tak. Kok ado pun pemikiran mungkin samo ngan den, sokong kerana PAS yg bertanding bukan kerano dio.

    Wallhuaklam

    BalasPadam