RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 3 Oktober 2009

TERKINI- PENAMAAN CALON DUN BAGAN PINANG

Calon BN, PAS serah borang pencalonan
Okt 3, 09 8:45am
9am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkifly masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".

8.56am: Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".

8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.

8.45am: Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun.

8.40am Hujan lebat menyebabkan orang ramai lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.

8.30am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun

Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson.

8.23am: Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA".

Ada penyokong yang memakai baju-T bertulis "Tak Nak ISA", dipercayai merujuk kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad.

Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .

Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

8.09am: Seorang penunggang motosikal yang memakai jaket biru BN tersilap tempat dan mendapati dirinya berada bersama sekumpulan penyokong PAS.

Dia terus dikelilingi dan diboo oleh penyokong berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad - tempat perhimpunan untuk penyokong Pakatan Rakyat sebelum berarak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson.

Turut kelihatan di situ ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin ALi (MP Gombak) dan S Manikavasagam (MP Kapar)./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan