RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 9 Mei 2015

KEBIJAKSANAAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI PERMATANG PAUH WAJAR DIPUJI

AZIZAH akhirnya menang di Permatang Pauh dengam majoriti menghampiri 10K juga.  Calon yang menentang Kak Wan adalah seorang lelaki, kontraktor muda berjawatan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.  Lojik di atas kertas, tentulah tokoh muda ini boleh menang mudah apatah lagi dibantu oleh segala jentera kerajaan termasuk media kawalan Umno.

Kak Wan sedar dia bakal menghadapi kesukaran di Permatang Pauh bukan kerana Umno kuat di situ tetapi terdapat sedikit masalah persefahaman di dalam PR di Permatang Pauh.  Awal-awal lagi Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Yusni Piah telah memberikan amaran dan 'ugutan' kepada KEADILAN yang bertanding.  Walaupun isu tersebut telah lama, peliknya sengaja diungkit sewaktu menjelang PRK Permatang Pauh.  Mengapa tidak cuba ditimbulkan lebih awal?  

Apakah benar kritikan dari AMK P.Pinang kepada Presiden PAS itu boleh dianggap menghina?  Apakah selama ini PAS tidak pernah mengkritik KEADILAN atau Ketua Umum mahu pun Presiden?  Bolehkah kita anggap PAS menghina?  Presiden PAS pernah menjaja ke merata-rata tempat memberitahu Kak Wan tidak layak sebagai MB Selangor.  Beliau juga pernah menuduh calon-calon dari KEADILAN terlibat dengan mengedar pil kuda tetapi sehingga kini gagal dibuktikan.  Kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Hj Hadi menang kes bukan kerana beliau tidak melakukan 'fitnah' tetapi beliau menang kes kerana beliau tidak sebut nama siapa pengedar pil kuda itu.  KEADILAN tidak pernah meletakkan syarat agar PAS memohon maaf sewaktu kempen PRK di Dun Pengkalan Kubur, Dun Chempaka dan juga di Rompin baru-baru ini.

Aku tidak menyalahkan PAS kesemuanya kerana PAS Pusat secara resmi menyokong calon KEADILAN di Permatang Pauh seperti juga KEADILAN menyokong calon-calon PAS di PRK kawasan-kawasan tersebut.  Aku hanya terkilan di atas sikap beberapa pimpinan yang hanya mementingkan diri dan masih ada perasaan dendam kesumat.  Dukacita sekali, sikap ini ada pada pimpinan sebuah parti Islam.  

Alhamdulillah, PAS Pusat tidak jumud dan tidak termakan provokasi yang dibuat oleh beberapa ahli mereka di Permatang Pauh.  Kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Syura PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dengan tegas menyebut PAS menyokong Kak Wan di Permatang Pauh kerana KEADILAN bukan menolak Hudud seperti yang disalahertikan oleh beberapa pihak.  Dalam kenyataan resmi KEADILAN sendiri jelas menyebut KEADILAN tidak menolak hukum Allah ini tetapi KEADILAN mempunyai perbezaan pendapat dari segi uslub dan keutamaan tindakan.  
 
Apabila kesemuanya ini berjaya kita jelaskan di Permatang Pauh, Alhamdulillah, kekeliruan dapat diselesaikan dan mereka terutamanya para penyokong PAS di Permatang Pauh menyedari bahawa tindakan beberapa pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi bagi memudahkan kerja Umno di Permatang Pauh akhrnya gagal.  Di Permatang Pasir, kubu kuat penyokong PAS terbukti solid menyokong KEADILAN dan PR.  Ertinya, provokasi mereka yang masih memainkan isu hudud tidak berjaya.  Mereka sedar hukum Allah ini tidak boleh 'dijual' untuk menjayakan dendam kesumat mereka.
 
Tahniah Kak Wan, tahniah semua jentera PR yang bertungkus lumus di Permatang Pauh.  Pengalaman di PRK Rompin dan Permatang Pauh sudah cukup untuk mengajar kita betapa PR harus diperkuatkan lagi dan tiada parti yang boleh menjatuhkan Umno/Bn secara bersendirian.  
 

12 ulasan:

  1. Mungkin ahli pas bawahan lebih faham dan berilmu dari pimpinan dan ustaz pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Analisa selepas prk...

      p.pauh.. tanpa pas pkr tetap menang

      Rompin... tanpa pkr pas kalah!

      Walaupun isu untuk pr menang kuat... gst, serangan tun M keatas najib, th bailout 1mdb.... ini menunjukkan org x suka pas hj hadi kuda.

      kesimpulannya, pas harus insaf!

      Padam
  2. PAS kini dah melampau. Semua dia nak control, adakah patut dia mempetikaikan calun di PRK Permatang Pauh ( kawasan milik PKR ). Setengah dari pemimpin PAS tak mahu DSWA atau keluarganya jadi calun. Apa ni, rumah tangga PKR biarlah PKR yg menentukannya. Di kawasan PAS PKR tak campur tangan pun. Bagi aku keadaan ni tersgt teruk. Kepada perwakilan PAS dimuktamar nanti berpolitiklah secara matang kalau inginkan PAS maju kehadapan.

    BalasPadam
  3. Apa pun rakyat semakin sesak dengan Umno dan BN, jadi siapa yang menentang Umno dan BN kami sokong.

    BalasPadam
  4. Din,aku ni penyokong kuat blog kau.tapi cara kau menulis menyokong penyokong2 pas aku rasa nak muntah.menyampah aku kau puji Pas.

    BalasPadam
  5. Alamat baru DCM: www.duniacacamarba2.blogspot.com. Harap dapat dikemas kini di blog tuan. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. hj hadi perlu berlapang dada..jangan cakap banyak laa.LETAK JAWATAN HABIS CERITA.

    BalasPadam
  7. 80% pengkomen adalah totok umno....kihkihkih,kenal sgt bila berkokok hehe

    BalasPadam
  8. Apabila pemegang amanah mengingkari amanah maka berlakulah kekecohan dan berakhir dengan kehancuran.

    Rakyat amanahkan duit rakyat mereka salah guna bail-out syarikat kroni. Akibatnya negara tanggung hutang berbillion.

    Rakyat amanahkan mereka syarikat rakyat (kerja kerajaan) mereka khianat ambil anak dan saudara bukan kerana kelayakan. Akibatnya servis kerajaan lembap dan mengecewakan.

    Rakyat amanahkan mereka ipt mereka khianat pilih awek lawa lawa atau anak kenalan dan saudara yang gagal periksa masuk course sukan sedangkan wakil sekolah pun tak pernah. Akibatnya sukan Malaysia merudum.

    Rakyat amanahkah mereka maktab mereka khianat memilih anak dan saudara bukan kerana kepandaian akibatnya akhlak dan bahasa inggeris anak didik di tahap mengecewakan.

    "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui (Al Anfaal : 27)

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

    BalasPadam
  9. betui kata hang anon 9 Mei 2015 5:41 PTG...

    pas kena insaf...

    kena siasat kena buat post mortem...

    kena cari siapa yang bertanggungjawap...

    macamana buleh hilang 25 undi kat rompin nih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawak betul pkr nih.. yg kurang majoriti x disuruhnya insaf.. yg tambah majoriti berdasarkn kurangnya bilangan keluar mengundi di suruhnya insaf.. patut ucapkn tahniah pd pas dan takziah pd pkr..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam