Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.
Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?
Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.
Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?
Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.
Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita.
Lain-lain artikel berkaitan klik sini
ulama yg memimpin berpandukan alquran dan hadis tidak akan memudaratkan umat islam.pemimpin yg berpegang kepada fahaman sekular yg memudaratkan umat islam kerana tidak meletakkan alquran dan hadis sebgai asas perjuangan dan perlembagaan negara islam.puak-puak sekular spt pkr dan umno perlu bubarkan parti dan masuk pas berjuang bersama-sama memartabatkan alquran dan hadis.
BalasPadamOi weh! Ade ke dalam Quran kata pemimpin Islam kena gabung dengan golongan yang mengaku Islam tapi menentang hukum hudud? Yong paling menyampah golongan yang berselindung di sebalik nama Islam dalam tindaktanduk yang nyata didorong oleh nafsu. Ingat lagi apa kata Dr M tentang janggut Nabi Muhammad? Ingat Memali!!! Pemimpin PAS yang nak sokong penentang hukum hukum hudud dan mengiakan penghinaan terhadap Islam pergile masuk UMNO.
BalasPadamAPA PASAI PERLU TERHEGEH-HEGEH NAK JILAT UMNO/BN PARTI YANG TERUK & TERKENAL DENGAN 'KEDAJALAN'NYA TERHADAP PERJUANGAN PAS YANG BERLANDASKAN AL QURAN & HADITH ! APAKAH SEBENARNYA YANG KALUT NAK SANGAT 'KERAJAAN PERPADUAN ' ? SAMPAI KONON 'TERBUKA' UNTUK TERIMA SESIAPA SAJA WALAUPUN SYAITAN BESAR MACAM UMNO ! TANDA-TANDA PAS AKAN HANCUR JIKA TERUSKAN 'PERPADUAN' DENGAN PARTI KARAT BIRU YANG LEBIH ZALIM DARI ZIONIS ! TUNGGULAH MASA BERDUYUN-DUYUN AHLI PAS AKAN TINGGALKAN PAS DENGAN 'SAHABAT' KARIBNYA UMNOI !
BalasPadamkpd pkr dan umno,bubarlah parti dan berjuang bersama-sama pas menegakkan alquran dan hadis.jgn bercakap soal keadilan jika diri masih berpaksi pada fahaman sekular yg jelas memisahkan agama dari politik.jgn jd sepeti ketam yg mengajar anak berjalan lurus..
BalasPadamPolitik Islam juga mesti ada strategi. PKR telah berjaya meyakinkan bukan Islam kepada Pas. Tapi apa strategi Pas yg ingin berpadu suara bersama Umno setelah Umno terbukti lebih zalim dari PKR dan DAP? Kenapa bila Pas dah merasa kuat, maka baru nak berkata PKR itu sekular? Pas kena bijak untuk memilih kawan yg boleh bantu Pas perjuangkan Islam. Tapi Pas tetap nak pilih Umno juga.....aduhaiiii...
BalasPadampolitik adalah sebahagian drpd islam.islam merangkumi segenap aspek kehidupan-politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.apa2 pegangan selain daripada alquran dan hadis adalah zalim.pkr dan umno menzalimi diri sendiri kerana tidak mahu membebaskan pemikiran dan pegangan politik daripada ideologi sekular ciptaan yahudi.ideologi ciptaan manusia tak bawa manusia kemana-mana selain kehancuran sendiri.dinasihatkan pkr dan umno bubarlah parti dan berjuang bersama pas memartabatkan alquran dan hadis.
BalasPadamku percaya tiada langsung niat pemimpin PAS untuk mengkianati apatah lagi bertindak menyalahi perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat. PAS telah membuktikan kejujuran perjuangan mereka dan tidak sekalipun mengkianati kawan. PAS adalah Parti Islam dan setiap keputusan diambil pasti berdasarkan tuntutan Islam dan apa yang telah diajar oleh Nabi kita.
BalasPadamDalam beberapa keputusan penting yang dibuat oleh nabi kita sendiri banyak juga yang bertentang dengan sahabat yang lain namun banyak juga keputusan yang dibuat oleh nabi kita adalah keputusan yang disyurakan.Semuanya diatas kepentingan umum dan Islam.
Dalam keputusan kita manusia yang lemah ini,perwakilan PAS misalnya bersembahyang hajat dan istiharah memohon Allah agar diberikan petunjuk dalam membuat apa jua keputusan agar tidak ia mendatangkan keburukan kepada semua.
Aku yakin pemimpin Pakatan akan mengerti dan teramat memahaminya nanti kerana aku pasti semua pemimpin2 ini akan mendapat penerangan yang jelas dari pimpinan PAS. Kerana itu mereka tidak gopoh dan melatah tak tentu pasal.
Apatah lagi sepeti Lim Kit Siang dan DSAI yang tersangat matang dalam hal ehwal politik dan stratejik politik. Macam aku kat tadi, PAS bukan pengkianat walaupun sering cuba dikianati.
Cuma aku minta semua saudaraku dalam PAS,PKR dan DAP bertenang dan tidak mudah melatah kerana disana nanti pasti ada sesuatu yang memberikan kekuatan yang lebih kepada kita semua dalam mengeratkan ikatan persahabatan ini. Kerana kita akan mempelajari sesuatu yang penting yang mungkin tak semua kita boleh membaca akan kebaikan dan hikmah dari isu ini.
Mmg byk hikmahnya. Tentu ada hikmah apabila PR menawan Selangor tiba2 ada `ulamak' berjumpa dan berpakat dengan Umno di belakang tabir. Ada hikmahnya tu. Ada hikmahnya juga bila MB Perak dari Pas diturunkan dari takhta secara zalim dan rakan2 dlm PR yg lain bertungkus lumus selamatkan MB Ir Nizar, dan tentunya ada hikmahnya juga bila kerajaan Perak masih dlm genggaman mereka, kita pun nak wujudkan Kerajaan Perpaduan dengan siperampas itu. Mungkin ada hikmahnya....kita akan tetap bermain dgn hikmah sehingga kita semakin jauh dihati rakyat.. Kita tidak pernah nak belajar dari hikmah sewaktu Pas diterajang keluar oleh mereka yang ingin kita dampingi itu...
BalasPadam