RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 5 Februari 2010

SAYA TIDAK BUANG AIR BESAR DUA HARI - SAIFUL

05 Februari, 2010

Kes Liwat Anwar Ibrahim Ditangguh Ke Isnin Depan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan ke Isnin depan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pemeriksaaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.

Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian Khamis.

Terdahulu, semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini Mohd Saiful Bukhari memberitahu bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, beliau berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan