RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 Februari 2010

KERANA MULUT BADAN BINASA, SEPATUTNYA DIPECAT TETAPI LETAK JAWATAN SAJA

02 Februari, 2010

Datuk Nasir Safar Akan Letak Jawatan Sebagai Pegawai Khas PM

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka Selasa.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa malam berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." "Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.

"Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak.

"Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya," menurut kenyataan tiga perenggan itu.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu, yang menyelar Nasir bagi kenyataannya itu berkata ia tidak mencerminkan pendirian kerajaan dan ia telah menyinggung perasaan kaum India Malaysia.

"Pandangan beliau jauh bertentangan dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di bawah gagasan 1Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata Nasir patut dihukum mengikut Akta Hasutan bagi kenyataan menghina itu.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC Shivarraaj malam ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu di Balai Polis Sentul di sini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan segera yang diambil oleh Najib sebagai respon kepada kenyataan menghina oleh Nasir menunjukkan keseriusan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia.

"Ini seharusnya menjadi pengajaran bagi memastikan kenyataan serupa tidak diulangi oleh mana-mana pihak. Kerajaan hari ini amat terbuka kepada sensitiviti semua kaum," kata Naib Presiden MIC.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan