http://misabah.blogspot.com |
Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara. Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak. Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat. Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN. Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media. Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN. Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi. Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.
|
Sabtu, 6 Februari 2010
ANWAR DIAIBKAN, PELIKNYA SOKONGAN TERHADAPNYA BERTAMBAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UMNO perlu ditumbangkan. tiada jalan lain yang lebih baik.
BalasPadamPOOraaah.................
BalasPadamMokhtar!!
BalasPadamRamai pi pasai nak tenguk muka Bro Anwar Bin Ibrahim yg tak tau malu tu!!
Ramai yg dah sedar tpi ade gak yg masih belum terima kenyataan atau buat2 tak tau.
Progrem gulingkan BN/UMNO dilancarkan dalam senyap.
BalasPadamJom rakyat semua hancurkan UMNO.....
Anon 708 dan 905 tu dari jenis beruk agaknya sbb ada otak tapi tak boleh fikir...
BalasPadambetullah pr semakin kukuh disebabkan pas sanggup sujud kepada dap. kalau bersendirian, macamana nak tumpang sekaki di perak.
BalasPadamdah la pakngah,sembang kencang yg umno bn duk jilat pungkoq mca mic apa citar?hangpa bela melayu sgt ka?aku tgk rmai ja melayu yg melarat..hangpa tgk rangking org2 yg terkaya kt malaysia dah la...klu ada melayu pn tue anak mahatdet tue,tue pn abis angpa rembat harta dlm malaysia nie bg kt anak bini angpa,cettt podahhhh!!!sembang kencang!!!
BalasPadamhang duk kutuk pakngah watpa....sembang kencang lah,hang mata buta kaa...tengok lah melayu senang kerje sapa....umno laa ngok...pas.dap buat apa...buat bodoh jer..lepas tuu ceramah je pandai...yang lain tak pandai termasuk lah hang sekali...duk kata kat pakngah...hang pon 3x4....ngook.
BalasPadam