RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 5 Februari 2010

LAPORAN POLIS DAN PEMERIKSAAN DOKTOR DIBUAT DUA HARI SELEPAS DILIWAT - SAIFUL

“Saya diarah ke unit kecemasan”

KUALA LUMPUR – Bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Justify FullIbrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam dirinya membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor selepas dua hari kejadian liwat.

Saiful dalam keterangannya memberitahu, dia mendapatkan pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Dia juga menyatakan laporan polis turut dilakukan di hospital berkenaan pada hari yang sama.

Menjawab pertanyaan ketua pendakwaan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah pada prosiding pemeriksaan utama berhubung berapa banyak hospital terlibat sebelum melakukan pemeriksaan di HKL, Saiful memberitahu dua hospital iaitu Hospital Tawakal di Jalan Pahang dan Hospital Pusrawi di Jalan Maktab.

“Saya pergi ditemani pakcik iaitu Tuah Mohd Halim. Dia adalah adik kepada arwah ibu saya.. Saya tidak mendapatkan pemeriksaan di Hopital Tawakal kerana setelah sampai di sana, saya dimaklumkan kaunter pertanyaan bahawa ia hanya beroperasi setengah hari pada hari tersebut.

“Kerana itu, saya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Maktab. Di sana saya ada mendapatkan pemeriksaan daripada seorang doktor yang saya kenali kini sebagai Doktor Muhammad Rosman Shamsul Amin,” katanya.

Sebelum pemeriksaan, Saiful berkata, dia memberitahu kepada doktor berkenaan dirinya mengalami sakit perut dan di bahagian dubur. Namun, menjelaskan pemeriksaan lanjut tidak dapat dilakukan sebaik dia memaklumkan doktor berkenaan dirinya telah diliwat.

“Saya disuruh membuka seluar dan berbaring secara meniarap di atas katil. Doktor itu ada memasukkan sesuatu (ke dubur). Namun, ketika benda itu dimasukkan saya terus berterus terang saya telah diliwat.

“Doktor itu kemudian menghentikan pemeriksaan kerana menurutnya hospital tersebut tidak mempunyai kelengkapan forensik selain memberitahu laporan daripada hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti. Beliau juga menasihati saya membuat laporan polis dan pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan yang mana pada ketika itu paling dekat adalah HKL,” katanya.

Mohamed Yusof:: Kamu ikut nasihat beliau?

Saiful: :Ya.

Mohamed Yusof:: Selepas itu?

Saiful:: Selepas tiba di HKL, saya tidak tahu hendak buat apa. Secara logiknya saya terus ke kaunter pendaftaran pesakit luar dan mendaftarkan diri. Saya berjumpa dengan seorang doktor wanita India. Bagaimanapun, saya segan sebab doktor itu seorang wanita. Selepas itu, doktor tersebut menyuruh saya ke bilik sebelahnya iaitu bilik seorang doktor lelaki India. Saya ingat namanya, iaitu Doktor Daniel.

Mohamed Yusof: :Apa berlaku selepas itu?

Saiful: :Kerana saya sudah penat sebab sebelum itu telah pergi ke dua hospital, saya terus berterus terang tujuan saya datang adalah untuk melakukan pemeriksaan kerana telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terus menyebut namanya (Anwar Ibrahim).

Mohamed Yusof: :Kemudian?

Saiful: :Doktor itu terkejut dan terus menulis satu nota dan arahkan saya ke unit kecemasan OACC (One Stop Crisis Center). Saya sampai di wad berkenaan setengah jam kemudian kerana saya tidak tahu dan perlu mencarinya.

Mohamed Yusof:: Dapat berjumpa dengan doktor?

Saiful:: Selepas setengah jam menunggu, seorang doktor lelaki India datang. Tetapi, beliau hanya melakukan pemeriksaan tekanan darah dan beredar. Selepas sete- ngah jam, beliau datang balik iaitu pada jam 4.30 petang. Beliau nasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu kerana tanpa laporan berkenaan pemeriksaan tidak boleh dibuat.

Mohamed Yusof:: Bila kamu buat laporan polis?

Saiful:: Memang hasrat saya nak membuat laporan polis selepas pemeriksaan, jadi saya buat laporan polis di wad tersebut.

Mohamed Yusof:: Bagaimana kamu dapatkan borang (buat laporan polis)?

Saiful: :Ada dua anggota polis datang ke wad. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka datang dari pondok polis dekat hospital berkenaan. Tetapi, bukan saya yang memanggil mereka.

Mohamed Yusof:: Ada doktor periksa?

Saiful:: Tidak ada. Sehinggalah malam iaitu selepas (solat) Isyak lebih kurang jam 9 malam barulah doktor datang.

Mohamed Yusof:: Berapa orang doktor?

Saiful:: Ramai. Ada seorang doktor lelaki Cina, dua doktor lelaki Melayu dan seorang doktor perempuan Melayu sedang mengandung serta beberapa jururawat.

Mohamed Yusof:: Selain doktor ada orang lain datang?

Saiful:: Ada. Iaitu pegawai penyiasat kes ini.

Mohamed Yusof:: Ada doktor bertanyakan apa-apa kepada kamu semasa pemeriksaan dilakukan?

Saiful:: Ada. Saya ceritakan semuanya dari awal. Kemudian mereka melakukan pemeriksaan. Mereka bertanya sama ada saya mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Mohamed Yusof: :Ada mereka menggunakan apa-apa alat pemeriksaan?

Saiful: :Ada.

Mohamed Yusof:: Ada kamu berkesempatan melihat alat-alat itu?

Saiful: :Ada banyak. Tetapi, yang saya ingat putik kapas.

Mohamed Yusof:: Ada apa-apa sampel diambil dari kamu?

Saiful:: Ada. Ada banyak, tapi yang saya ingat mereka gunakan putik kapas untuk mengambil sampel pada bahagian leher, badan, dan dubur.

Mohamed Yusof:: Selepas mereka mengambil sampel-sampel ini, ada mereka minta kamu berbuat apa-apa?

Saiful: :Ada. Saya diminta menandatangani sampel-sampel berkenaan yang diletakkan di dalam bekas yang telah dilabelkan..

Mohamed Yusof: :Berapa banyak kamu tandatangan?

Saiful: :Ada banyak, saya tidak pasti.

Sumber: Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan