RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 2 Februari 2010

AKIBAT CELUPAR MULUT, 1 MALAYSIA DI MELAKA DI PULAU ?

'India pelampau', 'Cina jual tubuh' - 1Malaysia dipulau
Feb 2, 10


Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka, baru-baru ini menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Kenapelah sengkek sangat otak pegawai khas PM ni, ish...ish...ish....sabotaj kut????

    BalasPadam
  2. macam bos dia pendek akal. kalau kat perak orang macamni ialah hamidah osman

    BalasPadam
  3. SIAPA PERBESARKAN ISU..??..SIAPA MAINKAN ISU..??...KALAU CERITA BENAR TAKUT APA...CAKAP JE LAH...BERANI BIAR BERTEMPAT..TAKUT BERWASPADA..

    BalasPadam