Bekas MPP Keadilan dan calon Angkatan Muda keluar parti
Tuesday, 30 November 2010
Bekas MPP Keadilan dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin di beritakan akan meninggalkan PKR setelah berhempas pulas memimpin parti itu dan juga menerajui gerakan reformasi. Chegubard yang lantang dalam isu-isu khususnya Altantuya dan amat agresif dalam reformasi jalanan diberitakan akan meninggalkan perjuangan PKR. Sumber mengatakan Badrul telah dijanjikan Anwar Ibrahim jawatan tinggi (merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada konvensyen PKR baru-baru ini) dalam Parti Keadilan Rakyat sungguhpun tewas dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan tetapi menolak tawaran tersebut. Badrul baru-baru ini menjadi tumpuan bila surat yang ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat mengenai kepincangan pemilihan mengakui bahawa surat itu adalah surat beliau tetapi BUKAN untuk tatapan umum, hari ini dikatakan tidak menghadiri konvensyen parti Keadilan baru-baru ini. Tindakan tidak menghadiri konvensyen itu menguarkan spekulasi bahawa Badrul Hisham akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sumber – sumber lain apabila ditanya oleh www.umno-reform2.com mengatakan bahawa hubungan dengan Badrul terputus sejak hari kedua Konvensyen. Meninggalkan perjuangan PKR juga dikatakan akan memberi impak kuat kepada gerakan reformasi jalanan PKR. Badrul begitu aktif dalam menyertai demonstrasi jalanan dan dikatakan adalah pejuang reformasi radikal jalanan. Sumber lain turut memaklumkan bahawa Badrul mendapat sokongan beberapa aktivis reformasi yang lain dan semestinya gerakan reformasi jalanan akan terganggu akibat penarikan diri Badrul dari PKR. Setakat ini masih tidak jelas sama ada Badrul akan menyertai UMNO sungguhpun desas desus itu sudah mula kedengaran. Pihak kami turut dimaklumkan Badrul yang agak rapat dengan kami sebelum ini tidak dapat dihubungi untuk tujuan memberi komen mengenai kedudukan beliau dalam PKR. Selain dari itu ramai mereka yang berada dalam PKR mengakui bahawa terdapat kepincangan dalam pemilihan untuk semua jawatan khususnya Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Presiden. Mereka mengatakan Anwar Ibrahim melanggar semua ruangan semata-mata untuk menjayakan Azmin Ali serta kumpulan mereka. Azmin yang sering mendapat perhatian emas Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca bagi mereka yang meninggalkan PKR dan keadaan ini dikatakan amat berlarutan. Ke mana Badrul Hisham Shahrin akan tuju sekiranya beliau meninggalkan PKR. Adakah UMNO pilihannya?/Umno-reform2 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan