RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 3 Disember 2010

PKR LEBIH `JANTAN' DARIPADA UMNO

Oleh Suara Keadilan

SNI18KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata Najib bimbang pemilihan yang bakal diadakan itu menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," kata saifuddin.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang menghormati hak anggota dan kita tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti seperti mana yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul Umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, Beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding pemilihan KEADILAN pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Ujar Saifuddin, walaupun cuma segelintir sahaja ahli Umno yang terlibat, itu pun Najib tidak ada keyakinan bahawa perjalanan pemilihan itu boleh diadakan dengan baik.

Rekod Umno mengada pemilihan juga jauh lebih buruk apabila dalam mesyuarat sebuah bahagian Umno di Kelantan sebelum ini hanya boleh dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

"Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Saifuddin lagi.

6 ulasan:

  1. kahkahkahkahkah............. Lawak antarabangsa

    BalasPadam
  2. YANG SENTIASA TURUN... BIASALAH BUAH DADA MAKIN LAMA MAKIN TURUN...

    BERSYUKUR SANGAT2 SEMUA BARANG NAIK...
    BAGI NAIK LAGI...
    GUA TAK KISAH...
    GUA BANYAK DUIT...
    GUA MAKIN KAYA BEB...
    NEGARA MAJU KATAKAN..

    MAMPUSLAH KORANG MISKIN...
    SAPA SURUH JADI MISKIN..

    HIDUP BN... PENYOKONG SETIA BN SELAMANYA... CAYALAH BN... 9897

    BalasPadam
  3. Saifuddin, Saifuddin.....Orang nak jadi lelaki, dia nak jadi jantan........

    Jantan macam Al-juburi!

    BalasPadam
  4. setuju pkr terlebih jantan dari umno.org guna depan saja pkr guna depan belakang.bermakna pkr terlebih jantan.maaf beeb ! ini reality yang lu kena terima.

    BalasPadam
  5. Sapa pecaya DSAI kaki jubuq tu lagi jantan kot? Mana bukti sah bila DSAI liwat orang, ni? Takat tuduhan & sumpah tu sapa pun boleh aih! Pakal la akal jika kamu beriman kpd Allah. Dah macam orang tak ada agama saja.

    BalasPadam
  6. Hanz Newman,

    Jika kamu beriman kpd Allah, kamu tolong pucuk Al-juburi bersumpah, kan lebih senang dan cepat untuk mengetahui kebenarannya!!

    Kami pun tertunggu-tunggu juga nak tahu kebenarannya. Tetapi kalau asyik bertangguh-tangguh, sampai bila nak dapat tahu.

    mengapa dia takut sangat. Mungkin kau tahu rahsianya kerana kau seworang yang beriman kepada Allah!!!

    BalasPadam