RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 Disember 2010

PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN

OLEH: WFAUZDIN NS

MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk Justify Fullmendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini.

Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS.

Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, “Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu,” katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam?

Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat.

Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka.

Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Inilah padahnya kalau pemimpin (Melayu khususnya) tak reti bangsa sendiri dan tak reti sejarah sendiri. Tahu tak apa istimewanya Melayu yang ramai orang x sedar? Melayu itu sama unieversalnya seperti Islam 1 masa dahulu. Islam agama untuk semua bangsa. Tetapi Melayu dahulu era KMM lagi, sesiapa yang masuk ISLAM akan digelar masuk JAWI dan digelar MELAYU. Tahu kenapa? Hidup MELAYU bersendi adat, hidup adat bersendi syarak, hidup syarak bersendi Kitabullah. Itulah pepeatah orang tua-tua.

    Jadi kalau kita faham, orang zaman dahulu berbangsa melayu itu bukan semuanya berketurunan darah melayu sama seperti Islam juga. Bezannya, Islam itu agama samawi yang membawa kepada Allah, dan Melayu itu adat-adat berbangsa yang menghiaskan lagi diri seseorang.

    Tapi sekarang, apabila politik sekular diagungkan, para kapitalis negara memisahkan jiwa Melayu dengan Roh Islam. Melayu itu hanya berketurunankan darah sahaja. Betapa jahilnya pemimpin sekarang (x semua kut) tentang budaya dan sejarah Tuan Tanah. Apabila Jiwa dan Roh itu dipolitikkan, habis tercemar lah ia hingga tak dapat dibeza kaca dan permata. Seharusnya, Ketuanan Melayu berideologikan politik di tinggalkan dan Ketuanan Melayu yang hakiki diterapkan semula.

    Sangat-sangat setuju bahawa Malaysia bukan negara Islam tetapi negara sekular kerana Islamnya pada segala hal tudak tertunjul jecuali pada ruku Islam yang lima sahaja dan ibadah2 lain yang bermusim.

    Sekadar pendapat. Wallahu a'lam

    BalasPadam
  2. Ikut lah pesan Nabi S.A.W. Islam berkembang 7 abad(700 tahun) 7 abad lagi Islam lemah (700 tahun. dan 7 abad kemudian Islam berkembang balik. Adakah anda ikut sejarah . Sejak Portugius (700 hijarah)landa kepulauan Melayu sampai 1400 hijrah Islam itu lemah. Lihat Melaya dijajah sampai ke pentadbiran British ke hari ini. Lihat Islam mula berkembang dimasa ini. Pas tak pernah menang selama ini tetapi sekrang sudah berkembang. MNaseh ada saki baki yang sayang Islam diakhir zaman ini. Fikir fikirkan lah...

    BalasPadam