RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 28 November 2010

ZAID IBRAHIM BERSALAM MESRA DENGAN ORANG YANG HINA DAN MAKI TOK GURU NIK AZIZ

Zaid jumpa Zahid…

Ada kelibat yang agak mencuri perhatian dicelah majlis makan malam Datuk Zaid Ibrahim dengan penyokongnya di rumahnya di Tropicana dekat Petaling Jaya Jumaat malam.

Orang yang dimaksudkan ialah Zahid Md Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan yang kini aktivis penceramah UMNO yang cukup vokal menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Beliau kelihatan berbual mesra dengan Zaid di majlis itu.

Apa hal beliau pun hadir sama? Ketika disapa Agendadaily,Zahid ringkas berkata,” Datuk Zaid kawan lama saya…”/Agendadaily

1 ulasan:

  1. Berkenaan Dato’ Zaid, Saya rasa agak kecewa dan terkilan kerana keluar dari PKR. ketika beliau menyertai PKR, saya anggap beliau benar-benar merupakan seorang yang boleh membawa harapan kepada rakyat untuk sama-sama berjuang demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Perletakkan jawatan Menteri demi prinsipnya, saya anggap beliau sanggup berkorban demi keadilan sejagat. Saya sanjung dan menghormati beliau ketika itu sebagai seorang yang berprinsip. Malangnya hanya setahun jagung dalam PKR, beliau tidak sabar menanti jawatan dan menawarkan diri untuk bertanding sedang ketika beliau mula-mula menyertai PKR kenyatannya," demi membawa perubahan" bukan untuk mengejar jawatan.Tapi kenyataan tersasar dan bohong. Begitulah perangai orang-orang politik yang menyertai politik bukan untuk kebaikan semua tapi kepentingan diri walaupun di war-warkan sebagai seorang yang berprisip. Yang paling malang sekali ketika beliau membuat statement dengan akhbar-akhbar arus perdana memburuk-burukkan PKR sedang pada masa yang sama beliau adalah pemimpin parti. Beliau seharusnya menyedari dimana akhbar yang sama juga highlight beliau sebagai kaki mabuk di PRK Hulu Selangor.Tapi kerana tamak kuasa dan jawatan beliau sanggup melakukan apa saja demi survival politik beliau.
    Pasal Zaid Mat Arip, tak payah hendak buat ulasan. Banyak sumpah menyumpahnya dan maki hamunnya kepada Umno ketika ceramah beliau di era reformasi sudah ditelan zaman dan merupakan seorang bekas ketua pemuda Umno yang dayus.

    BalasPadam