RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 24 November 2011

ROYALTI MINYAK DIPERTARUHKAN JIKA PAS DAN UMNO TIDOR SEBANTAL?

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
DI DALAM lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan semalam, dijaja lagi oleh beliau soal penyatuan Umno dan PAS.  Nampaknya `gila talak' Umno kepada PAS begitu lama sekali sehingga bersilih ganti PM isu ini masih bermain di bibir pemimpin Umno.  

Parti sekular ini tiak pernah merasa tebal muka atau malu menagih simpati dari PAS kerana mereka sedar riwayat parti yang banyak menyusahkan orang-orang Melayu dan Islam yang didukungi oleh mereka akan berakhir tidak beberapa lama lagi.  Amat memalukan jika mereka waras, apabila PAS telah bersedia dan sedang berusaha dengan kempen `PAS ganti Umno', Muhyiddin datang dengan tebal muka menyarankan agar dilakukan penyatuan Umno - PAS.  Untuk apa?  Agama?  Jauh sekali.  
 
Penyatuan yang mereka mahukan hanya semata-mata untuk `perut' dan `duniawi'.  Muhyiddin jelas menyebut, "Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.  Perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri", kata beliau apabila mengulas mengapa Kelantan dinafikan hak royalti minyak. 
 
Beliau tidak sebut penyatuan itu hendaklah berasaskan Agama Islam yang maha suci.  Sedangkan, PAS dari awal lagi menyebut bahawa penyatuan Umno - PAS hendaklah berpaksikan Al-Quran dan penyatuan itu mestilah melibatkan rakan sekutu PAS di dalam PR terutamanya PKR yang juga mempunyai pemimpin Melayu dan Islam.  Jika Umno dan PAS sahaja bersatu, apa akan jadi kepada parti lain yang juga ramai ahli mereka yang berugama Islam?  
 
Jelas, Umno hanya mahu menjadikan hak royalti minyak sebagai `pertaruhan' untuk penyatuan Umno - PAS.  Adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS sanggup tidor sebantal dengan parti sekular yang menolak hukum Islam ini demi kerana `pitih' minyak?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Maka, biarkan sahaja Umno terus `gila talak' sehinggalah sampai masa parti sekutu Apco ini dikuburkan selepas PRU akan datang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Salam Perjuangan Tuan, tidor sebantal tapi mimpi lain2 tuan...kihkihkih...air liur basi pn lain Tuan...mimpi indah tentu bg PAS/PR InsyaAllah..dan mimpi buruk itu InsyaAllah jugak utk b-end...itu mimpi PRU13 nanti...InsyaAllah!kebangkitan anak muda Tuan...Takbirrrrr...

    BalasPadam
  2. Jika PAS dan UMNO bersatu maka bersatulah umat-umat Islam di negara ini dan inilah tuntutan Islam yang sebenar...

    Walhal, royalti minyak itu hanyalah duniawi semata... Realitinya pun masih samar mengapa omokkan rakyat dengan penipuan dan fitnah?

    Mengapalah sebusuk ini hati tuan kepada ulul amri. Mungkin tuan punya kepentingan politik di dalam semua penulisan blog tuan ini.

    Ikhlas dari : Legasi Tamingsari

    BalasPadam
  3. Yes yes yes. Kerajaang perpaduang masih idup lagi!

    BalasPadam
  4. Nampaknya Tamingsari kurang ilmu. Untuk makluman saudara sampai kiamatpun umat Islam takkan bersatu ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW iaitu:

    Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

    1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

    2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

    3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

    BalasPadam
  5. Menjawab komen Taming Sari;

    Mengapa anda tanya saya, mngapa hati saya busuk terhadap Ulil Amri? Mngapa tidak tanya, mengapa Ulil Amri terlalu busuk hati kpd rakyat dan Islam? Mngapa Ulil Amri tgamak mnipu rakyat? Mahukah saya buktikan segala penipuan Ulil Amri ini?

    Soal minyak bukan duniawi. Itu soal amanah dan ketelusan yg wajib buat Ulil Amri tunaikan. Adakah kewajipan itu dianggap duniawi?

    Tidak munasabah Islam hnya akan bersatu jika Umno dan PAS bersatu, kerana Islam bukan milik Umno dan PAS sahaja.

    BalasPadam
  6. Tamingsari, boleh kah iman dengan kufur ujud masa dalam yang sama atau Islam dan sekular duduk dalam suatu wadah?

    Ingin satukan bangsa, mesti punyai jatidiri yang kuat dan iman yang kukuh (beriman dengan rukun iman dengan sepenuhnya, bukan suka ikut tak suka tinggalkan). Kita patut bersatu atas nama Islam. soalan yang akan ditanya Allah nanti ialah "siapa saudara kamu?" semua orang Islam, bukannya saudara sebangsa atau Melayu)

    HENDAKLAH KAMU BERWASPADA MENERIMA BERITA DARI ORANG-ORANG FASIK DAN BERHATI-HATI BERMUAFAKAT DENGAN GOLONGAN MUNAFIK.

    BalasPadam