RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 24 November 2011

HARIMAU MUDA - PASUKAN KITA BAGUS, STRIKER MASIH TUMPUL

Oleh:  WFAUZDIN NS

TEWAS dengan jaringan 0 - 2, begitulah keputusan perlawanan bolasepak Pra Kelayakan Olimpik di antara pasukan Malaysia (Harimau Muda) bertemu pasukan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.   

Skuad Harimau Muda di Sukan Sea Jakarta baru-baru ini yang berjaya mempertahankan Pingat Emas

Bagi saya, kekalahan malam tadi tidak lah mengecewakan dan ia terbukti dengan tepukan serta kibaran Jalur Gemilang dari para penonton sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.  Mungkin ramai di antara kita yang menonton tidak merasa marah atau kecewa dengan kekalahan tersebut malahan kita merasa simpati dengan semua pemain yang telah `dipaksa' bertarung tidak sampai 48 jam selepas berhempas pulas di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini di mana skuad bimbingan Ong Kim Swee ini mematahkan sayap garuda untuk mendapatkan Pingat Emas di Sukan Sea.

Ong Kim Swee, Jurulatih yang penuh strategi

Mengulas perlawanan malam tadi, secara keseluruhannya Harimau Muda bermain dengan baik walaupun tidak sepantas sewaktu bertarung dengan Indonesia baru-baru ini.  Ini mudah difaham mengapa berlaku sedemikian, apatah lagi beberapa pemain tunggak kita yang cemerlang di Jakarta tidak turun bermain malam tadi.  Namun, itu bukan alasan buat Harimau Muda untuk tewas malam tadi.

Striker, Thamil Arasu dan Ahmad Fakri masih mengecewakan
Apa yang dapat dilihat, Harimau Muda malam tadi bermain seolah-olah tidak mempunyai striker.  Striker yang diturunkan malam tadi gagal menyerlah dan banyak menghampakan peluang yang terhidang di depan mata.  Ahmad Fakri Saarani dan Thamil Arasu masih gugup berada di hadapan dan masalah ini juga berlaku di Sukan Sea baru-baru ini.  Syria bukanlah pasukan yang hebat sangat, cuma mereka dapat menandingi bola hantaran tinggi yang sering dilakukan oleh pemain Malaysia.  Kedua-dua gol yang mereka jaringkan itu adalah kesilapan benteng pertahanan kita yang mungkin di separuh masa kedua kebanyakan dari mereka berada di dalam keletihan.  Berbeza di separuh masa pertama, benteng kita berperanan dengan efisyen sekali. 

Pemain Tengah, Baddrol Bakhtiar cemerlang

Kehilangan Baddrol Bakhtiar yang tidak layak menyertai pertandingan ini di atas faktor umur amat dirasai.  Jentera tengah Harimau Muda banyak bergantung kepada kreativiti yang ada pada pemain berasal dari Kedah ini.  Tiadanya Baddrol Bakhtiar, kegugupan yang masih ada pada kedua-dua striker kita, dan faktor keletihan mungkin menjadi faktor kita tewas malam tadi.  Penjaga gawang Harimau Muda, Khairul Fahmi (Apex) ternyata masih hebat.  

Penjaga Gol Utama Kebangsaan, Khairul Fahmi masih kebal

Saya memuji sikap ribuan penyokong yang hadir di Stadium malam tadi yang tetap bersemangat memberikan sokongan kepada skuad Harimau Muda sehingga ke wisel penamat.  Tiada cacian, makian atau ejekan yang kedengaran dari bangku penonton.  

Harus diingat, perjuangan belum berakhir.  Perlawanan timbal balik belum menjanjikan keputusan yang sama.  Pertemuan akan datang iaitu pada 27 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda akan berdepan dengan Bahrain pula.  Diharapkan kali ini, segala kelemahan yang dikenalpasti dapat diperbaiki segera oleh Ong Kim Swee.  Syabas, Harimau Muda./wfauzdin.blogspot.com


1 ulasan:

  1. salam saudara wfauzdin..sy mmg benar2 tertatik ngan tulisan saudara..walau cm ne pon.pasukan kita memang mantap..syabas buat pasukan HARIMAU MUDA d atas tunjuk ajar yang baik dari jurulatih ONG KIM SWEE

    BalasPadam