TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Khamis, 18 Oktober 2012

PERUNTUKAN DIBERI TANPA PROJEK, MB KEDAH MESTI JAWAB

Oleh:  WFAUZDIN NS

DI DALAM membicarakan soal ketelusan, sepatutnya negeri-negeri di bawah PR mesti mendahului negeri-negeri di bawah Bn.  Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini banyak memuji prestasi negeri-negeri di bawah PR, walaupun baru sepenggal PR mentadbir nampaknya prestasi kita boleh dibanggakan.

Tetapi kita harus ingat, negeri-negeri di bawah PR tidak boleh lari dari memiliki individu-individu atau kumpulan yang pelahab, penyeleweng dan sebagainya.  Ini tugas pimpinan negeri yang mesti peka dan cepat bertindak untuk membenteras golongan perosak ini.  Inilah yang berlaku di Kedah sebuah negeri yang ditadbir oleh PR.  Mengikut laporan Malaysiakini, terdapat bayaran telah dibuat kepada kontraktor di mana tiada keperluan untuk berbuat demikian.  Di mana silapnya?

Laporan Malaysiakini yang memetik Laporan Ketua Audit Negara menyebut, " Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.  Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.  Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.  "Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.  Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap."

Jika kejadian ini benar, kita tidak mahu hipokrit dan kita mahu Kerajaan Negeri menjawab isu ini.  Bukan tugas kita untuk melindungi perbuatan yang memalukan PR ini walaupun jumlahnya sedikit namun jika dibiarkan tidak mustahil akan menjadi kebiasaan dan melibatkan jumlah yang besar satu masa nanti.  Di manakah pemantauan kerajaan negeri di atas segala projek atau peruntukan yang disalurkan?

Kerajaan Negeri Kedah mesti menyiasat, dan jika perlu jemput SPRM menyiasat kes ini dan ambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang terlibat.  Kudis yang mula mahu merebak ini perlu diubati segera.  Kita yakin MB Kedah tidak terlibat, tetapi beliau tidak boleh lepas tangan di atas teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.  

Kita tidak mahu rakyat melihat PR tiada bezanya dengan Umno/Bn memerintah kecuali berbeza dari segi angka atau jumlah yang diselewengkan.  Jika di dalam kes NFC kita tahu bahawa RM250 Juta lesap tanpa membela lembu, tetapi jumlah kecil RM 29, 800 itu dibayar untuk kerja yang tidak dibuat juga satu penyelewengan.  

Jika perkara ini tidak benar, Kerajaan Negeri Kedah perlu jelaskan kepada rakyat dan tentukan Ketua Audit Negara memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. CONTOH & TELADAN MESTI DARI PR BUKAN PARTI SEKUTU APCO KERANA JIKA KITA BERCAKAP PASAL KETELUSAN & KEBAJIKAN MAKA INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEMUA YANG DIDALAM PR ! SIASAT SAMPAI KEAKAR UMBI PENGKHIANAT-PENGKHIANAT INI JIKA BENAR ! SETUJU SANGAT SARANAN TUAN WFAUZDIN ,ABU JANGAN LUPA !

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini