Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.
------------------------------------------------------------ (Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III) ----------------------------------------------------------- Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini. Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian. Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003. Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar. |
Rabu, 30 Disember 2009
CELAKA BLOG ITU....- NIK AZIZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan