RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 28 Disember 2009

PENYOKONG UMNO MASUK PAS DI SELANGOR?

Lembik je.....maklumlah `orang PAS' baru masuk...

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO Selangor sekali lagi buat kejutan. Kali ini tanpa dihulurkan borang atau tanpa dipengaruhi sesiapa, tiba-tiba segerombolan `pencacai' ini mengaku `orang PAS' Selangor. Wah, hebat sungguh sokongan terhadap PAS di Selangor dan ini semua adalah kerana kekuatan PR di Selangor. Mereka mengaku orang-orang PAS walaupun pemimpin PAS tempatan sendiri tidak kenal mereka. Mungkin Umno kini sudah wujud kumpulan `Halimunan' yang bila-bila masa sahaja muncul.

Itulah kehebatan Najib selaku Bos Umno di Selangor. Mungkin itu lah idea paling `cerdik' oleh pemimpin Umno Selangor untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Perhimpunan yang diadakan untuk menyerahkan memorandum kepada PJ PAS Selangor untuk mendesak PAS keluar dari PR nampaknya menunjukkan Umno semakin hilang akal dan arah tuju mereka di Selangor. Mereka bertakbir walaupun sumbang bunyinya, maklumlah, manalah mereka biasa menyebut kalimah suci itu. Lakonan mereka berjaya sekurang-kurang untuk mara ke pertandingan akhir Raja Lawak.

Setakat ini, syabas buat PJ PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang tidak melibatkan diri memegang sebarang watak dalam lakonan bodoh mereka. Saya amat bimbang jika Dr Hassan Ali yang begitu bijak dan tinggi ilmunya sebagai Pakar Motivasi terkenal akan turut terpedaya dan tergolong dalam pemegang watak sebuah drama lawak sebodoh itu. Syabas juga buat PR di Selangor kerana kekuatan PR keseluruhannya telah memaksa Umno mengaku mereka `orang-orang PAS' walaupun tanda di dahi mereka masih ternampak lambang `keris telanjang'./Kembali ke laman asal di sini.

9 ulasan:

  1. Apo2 je lah Jang oiii..... Ekau je yg handal dlm ilmu mengenali org2 nih.... Terserah la pd Allah...

    Den maleh nak beriyo bona dlm memberi pendapat nih.... Suko ekau lahhh....

    BalasPadam
  2. Fauzdin, boleh ke percaya Hassan Ali ni... sbb saya dah tak percaya dah...

    Sori...

    BalasPadam
  3. Wa tengok yang depan tu macam warga Myanmar aje..Kuah3

    BalasPadam
  4. Berapalah sangat upahnya! Sanggup jadi pecacai buat kerja fitnah!

    BalasPadam
  5. cam orang GILA TALAK jaaa...........

    BalasPadam
  6. klau takat muka cam ni la haku rase upahnya topap hanpon RM3 mee mamak sepinggan rokok sekotak....

    BalasPadam
  7. Kemungkinan UMNO lah yg menjadi dalang dalam
    demonstrasi itu. Ini disebabkan pihak polis
    tidak ambil apa2 tindakan. Pihak polis takut
    pada pemimpin2 UMNO dan dibiarkan demonstrasi
    itu diteruskan.
    Sebenarnya pemimpin2 UMNO tidak ada cara lain
    lagi utk merampas Selangor dari PR, kecuali
    dgn cara demonstrasi jalanan atau membeli adun2
    dari PR. Inilah kualiti pemimpin2 UMNO yg ada
    pada hari ini. Mereka tidak mahu menerima realiti politik yg mereka hari ini ditolak
    oleh rakyat.Mereka akan buat apa saja 'by hook
    or by crook' asalkan mereka dapat berkuasa di
    Selangor.

    BalasPadam
  8. caya tak? kalaulah PAS atau PR buat demo, mesti polis kacau, tak sampai tempat demo dah kena perambat atau kena pancut. Ni abuk pun taraak!! heran ye!! bukan salah ibu ngandung ye!! tuu le! jangan dok pandang belakang je!!

    BalasPadam
  9. saya agak lah dulu sebelum PR 12 umno dah janji ngan pas bila pas dapat kursi kene bagi kat umno sebab umno telah banyak membantu Pas lagi pun umno yg ini adelah puak puak yg bukan penyokong khir Toyo nak jugak kuasa jadi ..maknenye ade pemimpin umno lain yg gila kuasa di selangor.nak rampas kuasa dari Khir tak mampu ..jadi dengan cara ini lah agak cara terbaik. sebab orang Pas pun beriya iya nak jadi ketua kampung langsung tak hormat dengan PKR.

    BalasPadam