TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Ahad, 10 April 2011

`PUTING BELIUNG' MELANDA SARAWAK, BN SEMAKIN PANIK ?


Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan

Wong Teck Chi
Apr 9, 11

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]NONE

Pada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Cakap betul-betul apa pasal kes kematian budak akibat penderaan diketepikan sedangkan kes Pegawai Kastam yang disyaki rasuah diheboh-hebohkan? Tidakkah Allah juga hendak tunjukkan kepada semua betapa double standardnya sesuatu pihak yang mengaku lebih baik dari pihak yang lain hanya semata-mata partinya berlabel Islam.Fikirkanlah..

    BalasPadam
  2. tanpa nama 10:55 ni tentu je org umno.. bodoh dan bangang tak sudah2.. hoiii bahlol, kalau pelaku/pembunuh budak tu sudah dikenalpasti dan tertangkap..nak kecoh apa lagi bahlol ! Nak Suruhanjaya bebas jugak ye.. Otak lembu la lu..

    BalasPadam
  3. Moga-moga tanda puting beliung ini menjadi tsunami yang lebih besar merubah lanskap politik tanah air... amin.

    BalasPadam
  4. Bagunlah wahai rakyat sarawak, aku telah travel ke seluruh sabah dan sarawak dari kepala naga sehingga ekor naga...banyak yg aku lihat...kita dalam negara malaysia,kenapa minyak pun masih harga kita berbeza dari semenanjung? sedangkan dari negeri kamu pengeluarnya...kenapa negeri kamu lebih mundur dari semenanjung?sedangkan balak kamu yang paling banyak dijual? aku dari buat kerja "peta malaysia" hingga cari gali minyak untuk menimba ilmu yg aku mampu...bangga dengan khazanah yg malaysia ada...tetapi aku tetap tidak percaya yg muhyiddin kata hanya 3% sahaja miskin tegar yg ada di sarawak...sedangkan harga minyak kita pun dah sama dgn harga negara jiran yg tiada minyak...harga barang turut naik mendadak...tak mungkin kadar kemiskinan menjadi semakin kurang pula sedangkan gaji pun tiada kenaikan?kenapa kerajaan BN main sebut aje statistik mcm ni?buat kajian atas meja makan ke??kamu rakyat sarawak tergolong dalam negeri termiskin..bukan kah kamu patut menjadi negeri terkaya sejak dari dahulu?aku suka adat dan budaya sarawak...semua suku bersatu padu..tetapi sayangnya hanya 3% yg menjadi kaya sbb menjual khazanah sarawak yg milik semua suku kaum sarawak...bagunlah rakyat sarawak!!!perjuangkan milik kamu semula...kamu sepatutnya lebih maju dari semenanjung yang banyak bergantung keuntungan dari negeri kamu...buatlah perubahan agar kita rakyat malaysia sama2 merasai kesenangan dari bumi kita sendiri....

    BalasPadam
  5. saya sokong hujah anda.....pangkak parti perubahan....demi masa depan yg sayangi. BUDAK SENTUL

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini