RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 12 Oktober 2009

UMNO MENANG, SEMAKIN SUKAR UNTUK HAPUSKAN RASUAH

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah
Dzulfikar Mashoor
Sun | Oct 11, 09
TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah. Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan. Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu. Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih. Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman./Harakahdaily

5 ulasan:

  1. Pengundi bagan pinang memberi kemenangan kepada Isa samad samalah seperti memberi kekayaan kepada BE END,lepas nie isa samad boleh tidur lena bertilam dan berselimutkan duit.....manakala pengundi bagan pinang tidurlah atas tilam buruk dengan selimut lusuh mimpi je kira duit....(hampeh)
    Lepas nie isa samad boleh tukar kerta baru....pengundi bagan pinang tetap naik motor buruk yang mana insuran makin mahal.....kemenangan Isa samad juga akan menggugat kedudukan MB mat hassan,kerana Najib lebih kamcing dengan isa samad lagi pun segala rahsia kemungkaran najib ada pada isa samad.....
    Apa yang saya risaukan lepas ini ialah bala apakah yang ALLAH SWT akan turunkan "satu malaysia"
    akan kena kerana sebahgian penduduk @ pengundi yang memilih pemimpin mereka dari golongan orang yang melakukan mungkar,fasik dan maksiat.....pengundi Bagan pinang dan rakyat satu malaysia insaf dan taubatlah kepada ALLAH SWT.....
    Apa yang telah berlaku di bagan pinang menunjukkan Ramadhan tidak memberi kesan dan mendidik umat islam untuk bertakwa....

    BalasPadam
  2. Cerita rasuah penguasa melayu bukan cerita baru. Kaji sejarah kejatuhan negeri Melayu ke tangan penjajah. Kaji sejarah sogok menyogok suap menyuap sehingga tergadai kampung-kampung halaman melayu kepada bukan melayu. Budaya rasuah menjadi darah daging. Selagi orang melayu beragama melayu tidak mahu beragama islam, selama itu budaya rasuah, fitnah, khianat, penipu, putar alam dan macam-macam putar akan berterusan.

    BalasPadam
  3. Memang UMNOlah yg melahirkan pemimpin2 rasuah.
    Contohnya diBagan Pinang, pemimpin rasuah bolih
    menang. Tak cerdiknya pengundi2 Bagan Pinang.
    Tapi begitulah realiti hidup yg penuh persoalan, yang rasuah menang dan yg tidak
    mempunyai rekod rasuah tewas. Mungkin pengundi2 disitu memerlukan perasuah jadi
    pemimpin mereka.Segala2nya sudah belalu dan
    pengundi2 disitu telah pun memilih Isa Samad
    sebagai wakil mereka.

    BalasPadam
  4. Kita kasihan melihat pemimpin-pemimpin zaman sekarang yang menghalalkan segala cara demi untuk berkuasa dan begitu juga mereka yang mencalon dan mengundi mereka.Hidup didunia ini tak sampai 100 tahunpun. Esok atau lusa mati.Kalau beginilah keadaannya, kita amat takut negara kita akan dilanda bermacam-macam musibah..Nauzubillah. Untung kita punya ulama yang sentiasa bertasbih, berdoa, beristagfar menjauhkan bala bencana bukan dengan cakap-cakap kosong pemimpin-pemimpin kita yang memerintah sekarang ini. Pemimpin ini tidak sedar dengan menghalalkan segala cara saperti korupsi, putar belit dsb mereka tidak akan terlepas dengan hukum Tuhan. Mereka ingat dengan bertaubat sudah cukup...bukan semudah itu

    BalasPadam
  5. Selagi UMNO berkuasa, rasuah tidak kemana2.
    Dizaman pemeritahan UMNOlah wujudnya rasuah.
    Terang2 Isa Samad Telibat dgn rasuah, tapi
    masih lagi dpileh olih Najib sebagai Calun.
    Ini menunjjukkan Najib lebih suka perasuah
    menjadi pemimpin.Kalau nak dikira diantara
    Najib dgn Isa 2 kali 5 saja. Olih itu apa yg
    hendak dihairankan. Nak mencari calun yg
    bersih dlm UMNO susah didapati, kebanyakannya
    semua kaki rasuah. Olih itu apabila perasuah
    jadi pemimpin, maka rasuah sukar dihapuskan.
    Aku nak tanya, kalau betul2 kerajaan BN nak
    hapuskan rasuah, ambil satu saja contohnya..
    kenapa tidak disiasat bekas menteri besar
    Selangor Khir Toyo yg memileki rumah sebesar
    istana. Kenapa SPRM tak siasat beliau. Panggil
    pun tidak, apa tah nak siasat, habuk pun tidak
    ada. Begitulah Khir Toyo yg mempunyai kekuatan
    sebagai org UMNO. Selagi UMNO memegang tampok
    pemerintahan, selagi itulah rasuah kekal buat
    selama2nya. Percayalah...

    BalasPadam