RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 8 Ogos 2010

MUHYIDDIN PUJI PRESIDEN PAS - ADA UDANG BALIK BATU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Presiden PAS telah beri peluru kepada Umno? Benarkah Presiden PAS juga turut bersetuju dengan Umno menentang langkah Kerajaan PR Selangor yang bercadang untuk menghapuskan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah? Atau, memang Muhyiddin `menyokong' pendapat Presiden PAS yang beliau sendiri tidak faham apa pendirian Presiden PAS sebenarnya semata-mata untuk mengaut untung kepada Umno?

Apa yang saya faham Presiden PAS mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Pendirian ini selari juga dengan pendirian PKR dan DAP yang tidak pernah menyanggah hak keistimewaan itu. Jadi, apa yang bezanya pendirian Presiden PAS itu dengan PKR dan DAP? Presiden PAS turut menyebut bahawa hak ini tidak menafikan juga hak lain-lain kaum yang menetap di negara ini. Maksudnya, keadilan kepada semua mesti dilaksanakan kerana itu adalah ajaran Islam. Itu yang tiada dalam kamus Umno.

Benarkah Presiden PAS ada menyebut bahawa diskaun mesti diberikan kepada Bumiputera untuk memiliki hartanah komersial dan mewah di Selangor? Benarkah Presiden PAS tidak menyokong langkah Kerajaan PR Selangor untuk menghapuskan diskaun untuk Bumiputera yang kaya itu untuk diserahkan kepada rakyat yang miskin? Ini bererti, orang kaya Bumiputera diberi diskaun untuk membeli emas dan barang berharga. Jika begini keadaannya, adakah ini adil iaitu mengkayakan orang yang sudah sedia kaya? Inikah yang Presiden PAS setuju? Saya fikir Muhyiddin silap orang untuk menuduh Presiden PAS sedemikian.

Sebenarnya, Muhyiddin ingin menunjukkan betapa Umno dan PAS itu sama dari segi perjuangan untuk orang-orang Melayu. Maka, hajatnya yang besar untuk Umno dan PAS bersatu akan terhasil dengan cara memuji Presiden PAS tersebut. Sampai begitu sekali Muhyiddin ingin memancing PAS untuk bersama Umno yang sudah reput itu. Kita pun sedar sudah beberapa kali kenyataan Presiden PAS diselewengkan untuk kepentingan mereka.

Saya secara peribadi amat bersetuju sekiranya orang-orang kaya samada Bumiputera atau tidak, tidak perlu diberi diskaun atau keistimewaan memiliki hartanah berharga. Ini bukan intipati atau objektif yang terkandung di dalam hak keistimewaan orang-orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan itu. Ini merupakan satu kerugian kepada rakyat bawahan yang semakin terhimpit dengan kesusahan akibat kenaikan harga barang sekarang ini. Mereka yang sudah kaya tidak perlu dididik dengan sifat kedekut dan tamak. Mereka mesti dididik dengan sifat suka bersedekah dan bersyukur dengan nikmat kekayaan mereka.

Masih ramai yang miskin dan susah terutamanya orang-orang Melayu. Kerajaan PR Selangor mesti tumpukan kepada golongan ini daripada memikirkan samada perlu si kaya dibantu untuk lebih kaya. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. heheheheheh.
    senang ja nak membezakan kita dengan gerombolan..
    kalau pak nuwa, haji hadis, dan pak siang malam mash nak maintain hak istimewa org melayu, takde beza lah pakatpakat rakyat dengan gerombolan!
    abolish terus hak hak istimewa aborigin kat tanah melayu nie habis cerita....ada berani?

    why special treatment utk kita melayu??
    semua yang miskin tak kira bangsat mana pun kena di bantu.
    that's the fact yang boleh bagi political mileage pada pakatpakat rakyat nie.

    kalau kita melayu masih nak special treatment nie...sama lah kita dengan yahudi..yang merasakan depa bangsa istimewa pilihan tuhan...

    BalasPadam
  2. ampu pas?...
    tak pernah dlm sejarah pas diampu....
    demi untuk tidak lemas ranting pun disangka kayu balak oleh umnok untuk berpaut...

    tak abis abis dengan melayunya.....

    biarkan umnok terjun dengan melayu melayu nya....

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam