RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 12 Ogos 2010

RAJA SESUMPAH EZAM MAHU WAN AZIZAH MENJADI SESUMPAH SEPERTINYA

Perbualan telefon: Wan Azizah selar Ezam
Ogos 11, 10

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya “sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

“Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua,” kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.” katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Aku dan kawan-kawan telah mengikat satu perjanjian dimana jika BN tewas PRU13 nanti...Ada 15 pengkhianat dan keluarganya yang keterlaluan kepada bangsa melayu yang dalam senarai akan kami cari...dan....tunggulah nanti hasilnya...jangan terperanjat

    BalasPadam