RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 17 Mac 2013

BERMULA DARI LUCAH, MATINYA PUN AKAN BERAKHIR DENGAN LUCAH

DARI lucah kembali kepada lucah juga akhirnya.  Memang itulah saja modal yang ada buat parti lucah bernama Umporno untuk berhadapan dengan DS Anwar Ibrahim.  Dari awal mereka menendang Ketua Pembangkang itu dari parti lucah tersebut, rakyat sudah faham dan mengerti bahawa insan yang bernama Anwar Ibrahim memang tidak layak berada di dalam parti sekutu APCO tersebut.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah menasihatkan Anwar agar tidak masuk di dalam 'tong najis' walaupun nawaitunya untuk mencuci segala najis yang ada kerana pasti kelak jasad Anwar akan dilumuri Najis jua.  Terbukti benar apa yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor.  Anwar akhirnya diterajang oleh mamak kutty dari parti baru yang beliau tubuhkan itu setelah parti asal yang wujud tahun 1946 itu di'haram'kannya kerana mahu menjadi Presiden seberapa lama yang boleh.

Alhamdulillah, itu 'Kifarah' buat Anwar kerana tersilap masuk gerombolan dan beliau telah 'membayar' kesilapannya dengan 6 tahun merengkok di dalam penjara angkara fitnah jijik dan kotor oleh mamak kutty.  Mamak kutty kini masih bernyawa walaupun sudah nyanyuk kerana Almarhum Us Fadzil Noor pernah berdoa agar umur Mamak Kutty dipanjangkan agar beliau boleh bertaubat dari segala dosa fitnah dan kezalimannya jika pun tidak beliau boleh melihat sendiri bagaimana hasil kerja tangan kotornya itu mengakibatkan parti peninggalan penjajah tersebut dikuburkan di hadapan matanya.

Bermula dengan fitnah Seks ianya pasti akan berakhir dengan benda yang sama sebelum kita melengkapkan jangka hayat parti Umporno ini.  Kini, seks dimainkan lagi setelah berbagai-bagai cara dicuba untuk meyakinkan rakyat agar menolak DS Anwar Ibrahim.  Bermula dengan fitnah Liwat, ejen Amerika, ejen Israel, Liwat II, Video Seks Eskay, Ejen penceroboh Lahad Datu dan berbagai ejen lagi yang belum disebut hanyalah ejen Insuran, kini kembali pada asal iaitu Seks.  Fitnah terbaru adalah video/gambar Seks aktiviti Gay pula. Apakah ianya terhenti setakat ini?  Tidak.  Selagi Umporno wujud, fitnah tidak akan mati.  

Alhamdulillah, semakin difitnah kita dapat lihat semakin kuat sokongan rakyat terhadap DS Anwar Ibrahim.  Rakyat menyokong beliau bukan kerana taksub tetapi rakyat boleh menilai sendiri dengan akal yang sihat, bagaimana DS Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pemimpin Umporno siang malam melalui media berlidah syaitan seperti TV3 Suku dan Utusan Meloya itu boleh berani mencabar Najib Altantuya berdebat?  Pada akal kita, masakan orang yang berbuat salah berani mencabar orang yang dikatakan punyai cukup bukti dan fakta berkaitan salah laku dirinya?  Mustahil orang yang 'bersih' takut untuk berdepan dengan orang yang dikatakannya 'kotor' itu?  Berani kerana benar, takut kerana salah!! 

3 ulasan:

  1. kedang naik kesian jugak kat pembaca berita TV 3 suku tu, rupa lawa dan ada yang bertudung pula tapi dok asyik sebut, seks... liwat, gay dan ntah apa apa lagi...keluarga hangpa tak rasa malu ke....

    BalasPadam
  2. Kepada semua kaum Melayu Islam... janganlah mudah percaya dengan gambar2 bodoh tu... semuanya itu mainan photoshop... semakin Anwar diserang & diaibkan, semakin teguh rakyat berdiri menyokongnya... ABU

    BalasPadam
  3. Ketua penerangan UMNO inilah yang Mufti Haruss jumpa tempoh hari, kemudian kejutkan fitnah yang sudah tidur. Kali ini, bolehlah jumpa sekali lagi untuk memfatwakan...hukumnya HARUSSSSSSS!

    Tiada UMNO tiadalah video lucah politik. Semoga Allah swt hancurkan UMNO dan Barisan Nasional. Amin...

    BalasPadam