RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 22 Mac 2013

VIDEO TERBARU - KALI INI AKU YAKIN ITU ADALAH DS ANWAR, TETAPI......

SEKALI lagi kita dihidangkan dengan video 'episod pertama' buah tangan dari Papagomo.  Video pendek itu menunjukkan wajah yang dikatakan 'DS Anwar' seorang sedang 'berbual mesra' dengan seorang lelaki lain yang dikatakan seorang 'mahasiswa'.

Aku menonton video pendek tersebut, pertamanya watak yang kelihatan di dalam video berkenaan boleh meyakini aku wajah itu adalah DS Anwar.  Aku tidak taksub tetapi aku juga tidak lah bodoh sangat.  Aku ulang sebanyak tiga kali kerana aku ingin mendengar apa yang diperbualkan.  Setakat video yang ditunjukkan itu, pertamanya aku tidak mendengar satu patah perkataan pun yang ganjil atau mempunyai unsur-unsur pelik atau seksis.  Keduanya, aku hairan mengapa suara 'DS Anwar' tenggelam timbul dan perkataan yang keluar dari mulut beliau tidak sama dengan pergerakan bibir atau mulutnya?  Ketiga, walaupun wajahnya aku yakin itu adalah wajah DS Anwar, namun suaranya aku tidak pasti mungkin kerana kedengaran tenggelam timbul atau 'rakaman' yang tidak sempurna atau mungkin juga bukan suara DS
Anwar.



Apa pun, kita harap dengan keluarnya video ini kita mahu DS Anwar sendiri memberikan jawapan dan pengesahan siapakah 'watak' di dalam video itu dan jika beliau mengaku itu memang wajah beliau, kita juga mahu DS Anwar terangkan apakah yang berlaku sewaktu itu.  Ada rakan-rakan yang pelik mengapa kali ini tiada tarikh atau masa rakaman video itu dibuat, tetapi bagi aku itu tidak penting.  Apa yang penting adalah DS Anwar mesti menjawab persoalan utama tadi iaitu 'apakah benar itu beliau' dan JIKA BENAR, 'apakah yang berlaku ketika itu', samada satu perbualan kosong atau apa sahaja.  

Bagi aku, adalah lebih baik jika Papagomo atau sesiapa sahaja yang mahu membuktikan 'salah laku' DS Anwar untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agar ianya boleh disiasat.  Tetapi oleh kerana ianya telah disebarkan secara umum, kita mahu DS Anwar memberi penjelasan terbuka tentang video tersebut.  Beliau harus memberi respon terhadap video berkenaan dan terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kembali respon beliau kerana rakyat sekarang sudah matang untuk membuat penilaian.  

Suka kita ingatkan kepada pemimpin Umno, apa pun yang berlaku terhadap DS Anwar rakyat tetap akan menolak Umno/Bn kerana kebangkitan rakyat kini bukan kerana batang tubuh DS Anwar tetapi kerana rakyat mahukan perubahan di dalam negara ini.  Bahkan, jika DS Anwar ditakdirkan ke penjara mahu pun mati, rakyat tetap bangkit kerana Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa hari lagi.

Untuk dikongsikan bersama anda, aku copy apa yang Blogger Anak Sungai Derhaka komen tentang video tersebut:

Cuba korang ulang balik pada part Anwar kata "Daripada rumah I la" dan cuba cakap sendiri dan tengok gerak mulut Anwar, perkataan tu kalau nak disebut memerlukan kita tutup mulut dua kali, iaitu "daripada" dan "rumah", tapi anwar tutup mulut sekali saja...
Kemudia dengar betul-betul pada 0:49 "Apa bende ni semua" ... "tapi kadang kadang, walaupun akhirnya .... tweet banyak masuk tau" ...

Kah..kah.. kah.. siapa tulis skrip ni Gomo woiii?

Orang penang tak cakap macam tu la.. agak-agak le nak buat dubbing suara pun...

Kononnya kata PapaGomo "Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."

Tapi rasuah RM400 pun dia kedarah.. kah.. kah.. kah..

12 ulasan:

  1. Itu sebab kita perlu lebih teliti dlm mentafsir sesuatu rakaman video coz dlm era kecanggihan ICT, kita perlu fokos lebih kpd technicalities of the content presentation. Papagomo boleh kata dia beragama Islam tapi belum capai tahap muslim apatah lagi tahap Mukmin. Wise Man kata "ALL MUKMIN ARE MUSLIMS BUT NOT ALL MUSLIMS ARE MUKMIN".

    BalasPadam
  2. good job bro..


    dan kalu nak tgk betul2 100% mana satu anu anwar yg sebenarnya...aku boleh bgtau..


    A. Video ChinaDoll (80%)
    B. Cium dgn MatBuncit (100%)
    C. MahaSiswa(80%)
    D. Audio Mat Sabun(0%)

    para pmbaca blog kobatuk .ambil spm kan...apa jwp ANDA..A?B?C,D?


    jawapan ana yg tidak base on sokongan politik mana2 pihak..
    =B

    'pikir kuat2 bro' atleast ada 2 jwp:
    1 based on politik mana ko sokong'
    2 based on free interest of anythings

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa upah kome dapat? Padan nak bagi anak bini makan? Apa-apa hal jadilah orang beragama...nasihat! bukan marah...tak kan politik UMNO duk cerita pasal 'dubul dan qubul' je. Sdr.ymd tak kan nak pegang mazhab tu je...kesian teman. Ingatlah anakbini...tu.

      Padam
    2. mintak lah kobat tentera siar kan jwb balas ana...kurang2 blog ni lebih trfik nye..lebih menarik dan nampak ada telus k.. kobat ya..

      ....

      wahai penganut agama islam... ada pengikut pas totok soroh aku buat solat istikhorah..dia sendri xsuruh diri dia sndri buat...

      sblum istikhorah mesti kosongkan sokongan..baru minta petunjuk hidayah.sorang murid tarekat apa taktau ajar aku(ramai org kata kasyaf).. yg penting doa sekali katadia->..jika pilihan aku salah mohon Allah perlencungkan kpd yg lebih baik.. bekas pengikut pkr yg tunggu di pintu istana berasa tertipu dgn segala dongengan(carilah video ni di drMIM)..jika buat dari awal atah tadi..solat taubat dulu betui2..nak ketuk r'pintu' Allah..buat cara ini dlm nk nyokong anwar..

      sebaliknya sebelah najib.kedua kuasa tertiggi yg lebih tinggi dr semua kementerian terselamat pd org islam..
      yg ada risiko adlah pakatan...wat lah pilihan..yoop..akuvada byk kerjani.wasalam.. (pngant umno..kalu aku tulih argument aku pasal video. nnti kobat xlulusnyee)

      Padam
    3. Sdr.ymd...tak yahlah nak bagi argument pasal Anwar,UMNO ni berpolitik tak berpandukan agama.Orang Islam mesti berpandukan agama dalam apa-apa hal sekali pun.Ingat lah hari yang dijanjikan Allah swt pada 'yaumulmahsyar'.Sdr.ymd masih muda...berpolitiklah secara Islam.Jangan pegang mazhab 'qubul wa dubul' anutan UMNO tu. Istilah 'kalu' 'tulih' tu macam cang...je!

      Padam
  3. inilah akibat kebodohan lembu buat video wakakaka ,ABU saja boleh ajar lembu-lembu pemfitnah ini semua !

    BalasPadam
  4. DSAI tak perlu beri ape ulasan tentang klip VDO tu sebab die dah kemuke kan saman ke mahkamah.

    Nanti sane bole cakap..........

    BalasPadam
  5. ini teknik ambik sikit sana...ambik sikit sini....kemudian tampal dari video lain.....biasalah pemfitnah.....tentera syaitan....ada sajer syaitan beri idea...utk fitnah org.....tak kan bodoh sangat DSAI....kalu dia buat liwat 1 dan liwat 2...takkan dia tak berjaga2.....dia tahu musuh sedang memerhati dia.....jadi confirm..ini adalah idea fitnah penganut UMNO/BN parti syaitan dikenali dan juga dikenali sbg tentera2 syaitan dibumi.....

    BalasPadam
  6. stuju DSAI perlu clarify apa crite di sbalik video ni cuz cara video ni di oleha boleh myakinkan orang kampong atas pagar utk menyemarakan lagi fitnah dri melaun ini....

    BalasPadam
  7. kalaulah benar terjadi,kenapa masa tengah buat kerja tu orang yang merakamkan tak buat tangkapan maksiat?.kan lebih happening lagi gegak gempita?.nampak betul penipu pemfitnah tegar,kalau tak fitnah bukan najib/bn/umno/apco namanya.

    BalasPadam
  8. Berita Terbaru dari TV3 malam tadi!!!...sekarang ini Wan Azri tidak lagi menggunakan nama samaran sebagai Papagomo dlm blog...beliau telah menukar nama kepada 'Papakedana'...wartawan TV3 tidak dapat menghubungi beliau untuk mendapatkan ulasan dan dipercayai beliau menghilangkan diri. Ini adalah disebabkan beliau tidak tahan membayar saman yang berjumlah juta2....kini beliau balik kerja asal iaitu tonggeng bontot di Lorong Hj. Taib di Chow Kit. Kita merakamkan rasa simpati dan harap beliau bersabar menempuh musibah yang beliau cari sendiri!!

    BalasPadam
  9. tak usah buang masa laa...admiin nak suruh DSAI ulas pasal video tu tuuu...bagi aku sekarang niii kalau takdirnya betul pun dia buat ...UMNO BN mesti tukar dulu...kalau oarng percaya benda benda cam tu ...ceramah Anwar dah tinggal kerosi ngan padang ajelaaa jawab nya

    BalasPadam