RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 19 November 2009

SPRM tak boleh siasat saksi 'over time'

19 Nov 2009 4:14PM

KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.

Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.

Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. / Bernama, Utusan


Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga

4 ulasan:

  1. Terima kasih kita kepada Mahkamah Tinggi yang masih menjuarai menegakkan keadilan di bumi bertuah ini.Ini pengajaran kepada penguasa-penguasa SPRM khususnya, janganlah anda semua berlagak dengan pakaian seragam yang kamu pakai itu.Negara ini masih ada undang-undang.Jangan kamu fikir kamu hebat dan berkuasa sepenuhnya....ini negara demokrasi...sendiri mau pikir...lu tau ka.

    BalasPadam
  2. Lokman Hakim disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kibas kemudian meminta bahagian daging yang paling kotor sekali, lalu diberikannya hati dan otak. Sekali lagi disuruh sembelih kibas yang lain dan diminta pula bahagian yang terbaik sekali, lalu diberinya hati dan otak juga.Maka fahamlah tuannya HATI dan OTAK mempunyai dua sifat, MULIA dan HINA. Maka Lokman digelar HAKIM bijaksana.

    BalasPadam
  3. Thursday, November 19, 2009
    TG Nik Aziz Sebagai Mudalilul Am?

    Akhbar Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


    Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.



    “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di Tumpat.



    Sebagai guru agama pondok, Tuan Haji Abdullah Sa'amah tentunya amat arif dengan segala kekeliruan yang telah dituturkan oleh TG Nik Aziz selama ini. Marilah sama-sama kita sorot kembali sebahagian omongan yang pernah beliau ucapkan di akhbar-akbar:

    “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Berita Harian, 12 Mei 1999.

    “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

    "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan takapa ..." - Berita Harian, 25 Jun 1999.

    "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit darimana?" - Utusan Malaysia, 26 November 1994.

    "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya." - Utusan Malaysia, 28 April 1999.

    "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

    "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    BalasPadam
  4. ish ish ish......... Tuan Is, tahniah atas komen tuan tu. Betul ke rujukan yang Tuan Is buat tu.

    Al Terlebih bukan nya apa sumber rujukan Tuan Is tu Utusan Malaysia, ni yang buatkan ambo kurang confident sikit. Selama ni pun banyak dah berita yang telah diputingbeliungkan. Jadi kalau boleh tu petiklah berita dari sumber lain sama. biarlah seimbang sikit maklumat tu.

    BalasPadam