TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Isnin, 28 November 2011

78 % YAKIN UMNO ADALAH PENENTANG HUKUM HUDUD

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA bulan yang lalu, saya telah mengadakan `Poll' (Undian) di dalam blog saya untuk mengetahui pendapat semua pengunjung di dalam blog saya tersebut.  Saya mahu mengetahui pendapat pengunjung berkaitan dengan isu Hukum Hudud yang pada suatu ketika hangat diperbahaskan. 

Isu Hukum Hudud ini banyak dipermainkan oleh media kawalan Umno dengan meletakkan seolah-olah hukum yang diwajibkan oleh Allah ini hanya untuk diperjuangkan oleh PAS semata-mata dan perlu disokong oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sahaja.  Umno seolah-olah lepas tangan dengan isu ini sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan sebagai parti keramat orang-orang Melayu yang mana `Melayu' yang ditafsirkan di dalam Perlembagaan itu adalah `Orang-Orang Islam'. Anehnya. sebagai bangsa Melayu yang mengaku berugama Islam, mereka tidak sensitif langsung dengan Hukum Hudud ini.


Apabila PAS membicarakan Hukum Hudud, Umno sudah pasti akan mengaitkan dengan DAP dengan persoalan adakah DAP bersetuju dengan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.  Ini agak pelik kerana Umno seolah-olah mahu laksanakan Hukum Hudud sekiranya DAP menyokong hukum tersebut.  Tidak sukar untuk memahami mengapa PAS tegas untuk melaksanakan hukum Allah ini walaupun DAP berpendirian sebaliknya kerana bagi yang memahami Islam, hukum Islam tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam apatah lagi perlu kepada persetujuan mereka.  Adakah selama ini kita berpuasa kerana puasa itu dipersetujui oleh DAP? 

Oleh yang demikian, saya mahu pengunjung blog saya menilai sendiri siapakah sebenarnya yang tidak menyokong Hukum Hudud ini dilaksanakan.  Setelah Poll ini dibuat dengan penyertaan pengunjung seramai 3, 188 orang (berakhir 28 Nob 2011) maka berikut adalah keputusan yang diperolehi;

"Hukum Hudud - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Hukum Ini?"  Pengunjung telah memilih dan percaya bahawa:-

1.   Umno (78 %)

2.  PAS (7 %)

3.  DAP (5 %)

4.  MCA (5 %)

5.  PKR (2 %)

6.  Gerakan (1 %)

7.  MIC (1 %)

8.  Lain-Lain (1 %)

Daripada jumlah tersebut, seramai 78 % pengunjung telah memilih dan yakin bahawa Umno adalah parti yang sebenarnya menentang Hukum Hudud ini.  Oleh yang demikian, Umno bukan sahaja parti yang gagal membela nasib orang-orang Melayu malahan mereka gagal untuk membela hukum Islam itu sendiri./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Dah puak pakatan yang kerumun blog ni,..
    apa nak di hairankan...

    BalasPadam
  2. Poll tu peratusan tu tak menghairankan ...ya... tapi yg kita hairan kenapa ada orang Islam tak mahu sesuatu daripada ajaran Islam yg dibawa (ditunjukkan) Rasulullah? Tu bahaya! Sebab mereka bodoh, tak paham Islam? Jahil mu-rakab? Atau jelas mereka memang musuh (Islam) dalam selimut?

    BalasPadam
  3. hukum hudud xdapat ditegakkan krn org2 berkeinginan hukum tersebut yg jahil murakkab..krn dah kehabisan idea n usaha utk fikir tetapi masih xdpt nak ditegakkan..dizaman Nabi SAW dan para sahabat ketika dahulu cerdik n pandai dlm masa yg singkat shj dpt tegakkan hukum hudud..mgkin jalan mereka xsama jalan Nabi SAW adalah jalan yg betul utk tegakkan hukum Allah dgn ihklas tetapi yg puak2 satu lagi jalan yg sesat...nauzubillah

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini