RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 21 Julai 2012

PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir Pilihanraya Umum, semakin gila kerja puak-puak ini.  Tidak puas dengan berita fitnah terhadap pimpinan PR, puak-puak sekutu APCO ini berterusan mencari jalan untuk memper'lembu'kan rakyat agar terus menyokong parti yang sedang nazak itu sekarang.

Memeranjatkan juga, sampai ke tahap mempergunakan pihak keselamatan untuk cuba memperbodohkan rakyat.  Kisah bagaimana seorang Pegawai dari Bukit Aman, Datuk Mohd  Sofian dengan selambanya melaporkan "Terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan Komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam PRU akan datang.  Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan Komunis cuba meresapi DAP.  Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana." (Bernama).

Kalau sudah PAS diresapi oleh JI (ajaran sesat), PKR dan DAP pula oleh Komunis maka parti yang paling `bersih' tanpa diresapi oleh sesiapa ini hanya Umno/Bn sahaja?  Jika mahu membodohkan rakyat sekalipun jangan sampai nampak kamu itu lebih bodoh.  Peliknya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin apabila diminta mengulas dakwaan dari Pegawai Bukit Aman ini, beliau hanya menjawab beliau tidak tahu kerana tiada maklumat diberi kepadanya.  Pelik bukan?

Bagaimana seorang Pegawai dari PDRM boleh memberikan maklumat kepada pihak media dengan membelakangkan Menteri Dalam Negeri?  Siapa memperbodohkan siapa?  Mengapa Hishamuddin terlalu lembik di dalam hal ini sehinggakan pegawai di bawah kementerian beliau pun boleh membelakangkan nya?

Hakikatnya, ini semua cerita karut marut menjelang PRU, tidak lebih dari itu.  Oleh kerana Umno sudah kekeringan idea disaat hayat Umno dihujung tanduk maka tiada pilihan lain kecuali untuk mencipta apa jua cerita asalkan ianya memburukkan PR.  Nasib parti ini tidak lagi boleh bergantung kepada dubur Sepol kerana `koyak' di dubur Sepol semakin luas dan hampir rabak.  Fitnah terhadap DS Anwar dan Azmin langsung tidak berkesan, malahan sambutan terhadap kedua-dua tokoh tersebut tidak pernah berkurangan.

Najib benar-benar hampir melanggar dinding sekarang.  Tiada sesiapa di dalam Umno yang boleh bantu beliau melainkan semuanya seolah-olah mahu melihat Najib terlentang macam Pak Lah selepas PRU nanti.  Jadi tidak pelik jika kita lihat Muhyiddin hentam MCA dan MIC sedangkan Umno teramat pentingkan sokongan kedua-dua parti tersebut.  Pening Najib dibuatnya dengan perangai si lembam ini.  Kini, Hishamuddin pula buat kerja bodoh buat tidak tahu apa yang pegawai beliau sendiri laporkan.

Nampaknya, semangat kita di dalam PR bertambah kuat dengan perkembangan ini.  Sudah pasti kaum Cina majoritinya pasti akan merasa marah dan jijik dengan perangai puak mereka yang tidak habis-habis bermain dengan isu Komunis, sedangkan puak itulah yang membawa Komunis masuk ke negara ini sehingga ke dalam felda.  Tuduhan terhadap PAS juga amat meloyakan.  Bagi PAS, tuduhan terhadap parti tersebut diresapi oleh ajaran sesat bukan baru.  Namun, lagi kuat PAS diserang lagi meningkat sokongan terhadap Parti Islam ini.  Bagi menghadapi PKR, ternyata Umno tidak mampu.  Umno sebenarnya malu kerana Presiden mereka sekarang seorang yang terlalu penakut untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR.  Memang layak Najib melantik dirinya menjadi Menteri Wanita...Awwwwww..../wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Kalau polis di resapi MAFIA dan GANGSTER pula tak kata apa noh....

    Kalau polis mengacu pistol pada pekerja hotel, pandai pulak si ketua polis tu bulat2 menipu rakyat. Macam la rakyat ni tak dak mata nak tengok vedio tu>


    Haiiiiii....
    Sampai bila polis2 ni nak menipu rakyat.
    Sampai bila polis2 ni nak jadi taliberut BN ni hah???

    BalasPadam
  2. Syabas bang, depa serang, kita patahkan. Serang balik dengan fakta. Dah takde modal lah tu, kenyataan bertaraf sampah dari mulut seorang yang perasan profesional...

    BalasPadam
  3. FITNAH GILA BABI...

    Nasruddin Tantawi MENIPU ketika Debat PRU13 : Orang Muda Pilih Siapa...???

    Kenyataan Nasruddin : "Saya mintak...saya mintak jasa baik kawan saya Ust. Fathul Bari update maklumat dia berkait dgn Karpal Singh. Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Skrg, dlm Konvensyen PR di Pulau Pinang baru2 ni..saya (dia?) kata, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula...." [di sambut dgn sorakan dr penonton fanatik]

    NST telah tolong 'UPDATE' kan untuk kita semua menerusi perbualan telefon bersama Karpal Singh semalam...

    Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for the country during a political debate.

    >>> “I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times. “I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mat..buat letih jaa..
      umat pas mana kata fitnah ka.. memunafik diri sendri ka..

      depa kata buhung sunat ja..

      -kwn bomoh siam-

      Padam
  4. Pencacai umno bukit aman.

    BalasPadam
  5. As salam Saudara WFauzdin,

    selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam