TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Rabu, 23 Jun 2010

SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu. Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam.

Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita. Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya. Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau. Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.

Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Salam...ana petik dari stu blog...jangan jadi seperti lalang

    NIAT JAHAT! Itu kesimpulan yang dapat diberikan apabila membaca artikel jahat Malaysiakini 22 Jun 2010 tulisan Abdul Rahman Sabri, Jimadie Hassan dan Regina Lee bertajuk Ulama sertai Umno demi perlindungan politik? (sini).

    Membaca tajuk artikel jahat berkenaan sudah cukup untuk menunjukkan Malaysiakini cuba untuk meningkatkan kebencian di kalangan penyokong Pakatan Haram terhadap UMNO, Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama yang dijangkakan akan menyertai UMNO Jumaat ini (25 Jun 2010). Tajuk artikel jahat itu juga menggambarkan seolah-olah Dr. Asri dan rakan-rakannya akan dilindungi dari suatu tindakan yang akan diambil ke atas mereka setelah menyertai UMNO.

    Penulis melihat ia sebagai usaha terdesak untuk melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua tokoh agama berkenaan sehingga akhirnya akan menyebabkan Dr. Mohd Asri tawar hati untuk menyertai UMNO. Licik sungguh Malaysiakini memainkan peranan Pakatan Haram di sini.

    Walaupun tajuk berkenaan diletakkan tanda soal di belakangnya, provokasi Malaysiakini ini telah berjaya mencapai matlamat apabila Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (Mufti Perlis) mengeluarkan kenyataan bersama bertajuk Mengapa Kerajaan BN Berbohong? (sini) hari ini untuk menafikan apa yang terkandung di dalam artikel jahat Malaysiakini itu.

    Adalah sesuatu yang malang apabila kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua mereka hanya bersandarkan kepada artikel jahat Malaysiakini yang yang telah penulis nyatakan. Ini kerana di dalam kenyataan bersama itu, ayat yang mereka gunakan di awal-awal kenyataan pada Para 2 ialah seperti berikut:

    “2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, …..”

    Jika dilihat kepada artikel jahat Malaysiakini itu, wartawan-wartawan berkenaan hanya menggunakan perkataan-perkataan berikut secara berulang kali:

    “difahamkan”, “Malaysiakini difahamkan”, “menurut sumber-sumber”, “difahamkan juga”, “menurut sumber”

    Ini bermakna, berita yang diterima wartawan Malaysiakini itu hanyalah hear say, dengar cakap orang. Ia bukan sumber yang berwibawa, bukan dari telinga mereka sendiri. Berkemungkinan berita yang disampaikan itu telah ditokok-tambah terlebih dahulu sebelum ia ditokok-tambah pula oleh mereka.

    Lanjutan dari itu, persoalan yang wujud ialah siapakah orang yang telah “memahamkan” wartawan-wartawan Malaysiakini itu?

    Jika dilihat di dalam artikel jahat itu, ada dinyatakan bahawa sumber yang memberikan maklumat kepada mereka ialah “sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut”. Soalnya ialah, siapa?

    Adakah sumber berkenaan ialah orang yang menjaga sistem audio visual di dalam program itu? Atau mungkin caterer yang menyediakan kudapan untuk mereka yang hadir? Atau mungkin pemandu yang bertugas untuk membawa salah seorang dari ahli program? Ataupun yang sebenarnya mungkinkah sumber berkenaan langsung tidak wujud? Ia hanya diada-adakan?

    Siapa sebenarnya sumber berkenaan perlu dinyatakan dengan jelas jika ia satu kebenaran. Apa yang Malaysiakini takutkan jika mereka benar?

    Bagi menggambarkan kejayaan mereka melaga-lagakan Dr. Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan, Malaysiakini melalui Jimadie Hassan dengan bangganya tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan artikel yang mengulas kenyataan bersama Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (sini). Sedihnya, ketika penulis baru hendak menyelesaikan artikel ini, Shahidan Kassim pula termakan umpan jahat dari artikel jahat berkenaan (sini). Perangkap Malaysiakini sudah mengena. Licik, memang licik.

    Penulis amat berharap agar pihak yang berkenaan tampil untuk memberikan kenyataan balas. Sekiranya ia tidak dilakukan maka orang ramai akan menaggapnya sebagai sesuatu yang benar. Jangan biarkan niat busuk mereka untuk menghalang kemasukan Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama ke dalam UMNO menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  2. Pada saya, Utusan Meloya lebih jahat lagi. Banyak kali melagakan golongan Ugama dan menyokong golongan sekular serta pertahankan judi dan Apco. Utusan Meloya byk kali terbukti penfitnah besar.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini