RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 27 Mei 2010

MIC - RETAK MENANTI BELAH

Nampaknya, ramalan dan spekulasi yang kami buat sebelum ini bagaikan menjadi kenyataan. kami menjangka bahawa MIC pasti akan mengambil keputusan untuk meninggalkan BN jika isu berkaitan dengan Samy Vellu vs Mugilan tidak dapat diselesaikan secara profesional.

Telahan kami itu bagai menjadi kenyataan apabila Ketua Pemuda MIC Pusat, T.Mohan juga dilihat telah mengeluarkan kenyataan meminta parti itu mengkaji semula keanggotaan mereka dalam pakatan BN (Barisan Nazak). Biarpun kenyataan itu mungkin bersifat peribadi, namun ternyata ia lahir dari perasaan kesal dengan tindakan bekas pemimpin pemuda S.Mugilan yang dipecat baru-baru ini cuba menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini. Biarpun ada pemimpin pemuda MIC yang mendesak Mohan menarik balik kenyataan itu, namun kemungkinan besar beliau tidak akan berbuat demikian. Ini kerana Mohan mengambil ketetapan demikian ekoran pendedahan yang dibuat oleh anak Samy Vellu sendiri iaitu Vell Paari yang mengatakan UMNO bertanggungjawab memecah belahkan MIC dengan menyokong kumpulan anti presiden parti itu.

Nampaknya, pakatan karat BN semakin rapuh sekarang ini. Selepas MCA didesak keluar parti kerana kononnya gagal menarik pengaruh kaum Cina supaya menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Kini MIC pula yang bakal menjadi mangsa. Makanya, ini menampakkan lagi kepada kita bahawa BN sudah semakin menghampiri ke penghujung hayatnya. Kapal BN bakal karam bila-bila masa dari sekarang. Malah, kekalahan di Sibu baru-baru ini juga membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan jelek melihat BN.

Mereka mahukan perubahan dan tidak mahu terus ditipu dengan projek "mee segera" lagi. Semoga pemimpin UMNO dapat mengambil ikhtibar akan perkara ini. Jika tidak sudah pasti harapan besar untuk rakyat melihat parti pembangkang merampas Putrajaya pasti bakal terlaksana dalam pilihanraya umum akan datang.

[Sudah jatuh ditimpa tangga, inilah yang berlaku kepada pakatan dacing karat ini sebenarnya. Selama ini mereka berbangga kononnya hubungan antara komponen BN itu kukuh dulu, kini san selamanya. Malah mereka sering memomok-momok berita dalam media arus perdana kononnya Pakatan Rakyat semakin goyah dan sering berbalah sesama sendiri. Namun, akhirnya kini perkara itu terkena atas batang hidung mereka. Inilah yang dikatakan takdir sebenarnya. Semoga pemimpin UMNO BN dapat bermuhasabah diri, sebelum jangka hayat malah talian hayat mereka di Sabah dan Sarawak itu tumbang satu persatu ditangan rakyat. Insaflah dan kembali ke pangkal jalan. Apa yang pasti, pilihanraya umum akan datang pastinya lebih mendebarkan dan akan menyaksikan satu lagi gelombang Tsunami yang lebih besar buat rakyat. Angin perubahan kian terasa dimana-mana sekarang ini, maka puak-puak UMNO BN tidak boleh lagi mendabik dada kononnya mereka sukar untuk dikalahkan kali ini!]./Pahang Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan