RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 23 Mei 2010

P/RAYA KECIL - PKR, DAP DAN MUNGKIN GILIRAN PAS PULA TIDAK LAMA LAGI?

KUANTAN, 22 Mei [10.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto), dilaporkan kini kembali berada dalam keadaan kritikal. Beliau kini difahamkan tidak sedar dan berada dalam keadaan koma. Malah, jantung dan paru-paru beliau juga dikatakan berada dalam keadaan lemah dan perlu menerima rawatan rapi sekarang.

Beliau sebelum ini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sebelum ini melaporkan bahawa ADUN terbabit kian pulih.

Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Aziz Mohd Yusof pada hari yang sama menolak spekulasi mengenai keadaan beliau yang sedang dirawat selepas menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Rakyat diseluruh negara kini tertumpu ke kawasan terbabit, kerana jika kesihatan dan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku maka kemungkinan besar satu lagi pilihanraya kecil akan dapat disaksikan dalam masa terdekat ini.

Apapun, kita berharap agar beliau akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

[Jika pilihanraya kecil ditakdirkan berlaku di kawasan terbabit, sudah pasti ianya agak mencabar dan mendebarkan. Tambahan pula BN kini kurang selesa dengan pilihanraya kecil selepas mereka tewas di Parlimen Sibu baru-baru ini. Zaharudin, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini tentang perkara ini dari masa ke semasa]./Pahang Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan