RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 28 Mei 2010

SEMAKIN BANYAK EZAM BERCAKAP, SEMAKIN JELAS PUTAR BELITNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja kotak atau sesumpah yang kini ramai menggelarnya sebagai `Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah mulai belajar dari Saiful cara-cara untuk menfitnah orang lain. Jika Saiful sebelum ini bersumpah laknat junjung Al-Quran menyebut DS Anwar meliwatnya secara paksa, kemudiannya di depan wartawan mengesahkan liwat hanya berlaku sekali sahaja, kemudian pula di dalam mahkamah beliau menyebut liwat berlaku banyak kali. Pertuduhan ke atas DS Anwar adalah di bawah seksyen yang boleh diertikan sebagai perbuatan suka sama suka, tetapi Saiful menyebut perbuatan dilakukan secara paksa walaupun beliau `bersedia' dengan towelnya.

Jika cerita karut seperti ini kita anggap satu fitnah terbesar yang amat jijik dan jahat, tentunya perbuatan Ezam sesumpah juga tidak kurang jahat dan jijiknya dari Saiful. Beliau adalah orang yang akan bersama Saiful menanggung segala risiko samada di dunia mahupun di Akhirat akibat perbuatan jahatnya. Ezam sesumpah kini sudah berbelit-belit di dalam percakapannya apabila menyerang DS Anwar dan serangan itu berlanjutan pula ke atas keluarga bekas boss yang dipuja dan dipujinya dulu. Ini jenis manusia paling Munafik yang pernah wujud di dalam dunia politik negara kita.

Apabila Ezam sesumpah baru-baru ini membuat fitnah dengan menuduh DS Wan Azizah sendiri pernah memberitahunya tentang kununnya perangai buruk DS Anwar, kita sudah dapat meneka apakah tujuan Ezam berbuat demikian. Sebelum ini beliau banyak kali membuat tuduhan peribadi ke atas DS Anwar tetapi tidak berhasil untuk meyakinkan rakyat. Kelakuan buruk mamat Munafik ini tidak akan terhenti akibat dendam yang membara, maka diseretnya keluarga DS Anwar di dalam kes tersebut. Setelah bertahun beliau keluar dari KeADILan, baru kini muncul cerita DS Wan Azizah pula.

Ingatkah kita, lidah Ezam sesumpah ini banyak kali terbelit? Pada awal beliau keluar dari KeADILan, ditanya apa pandangannya tentang isu liwat, beliau berkata beliau tidak tahu dan biarlah mahkamah yang mengadilinya. Kemudian, apabila kes ini dibicarakan Ezam sesumpah berkata beliau yakin DS Anwar melakukan perbuatan tersebut setelah mendengar sendiri dari Saiful. Apabila semua cakap-cakap Ezam sesumpah ini dijadikan bangkai oleh rakyat, muncul pula idea mamat Munafik ini untuk menuduh DS Wan Azizah sendiri yang memberitahunya tentang kelakuan DS Anwar. Jika benar, bodoh benarkah DS Wan Azizah untuk bercerita masalah aib itu kepada Ezam. Dan, peliknya ketika itu mengapa Ezam tidak keluar dari parti segera? Mengapa DS Wan Azizah tidak berjumpa mana-mana ustaz atau Alim Ulamak yang ramai bersama parti KeADILan atau PAS untuk meminta nasihat jika benar DS Anwar berkelakuan buruk sedemikian? Mengapa perlu DS Wan Azizah bercerita dengan Ezam sesumpah?

Memang sudah jadi stail Ezam sesumpah, bila dia yang mulakan tuduhan dan fitnah ke atas sesiapa, dia akan minta orang yang dia fitnah itu saman atau bersumpah sepertinya untuk menjadi `sesumpah'. Untuk dia laporkan kepada pihak berkuasa, Ezam sesumpah tidak akan lakukan kerana dia bukan pejuang seperti dulu lagi. Dia kini hanya pencacai Umno sahaja yang diberi upah Senatak. Bukan Ezam tidak tahu syarat-syarat untuk bersumpah mengikut cara Islam, tetapi beliau sengaja mencabar orang lain untuk menjadi jahil sepertinya asalkan dia kelihatan sebagai hero Umno. Pernah anda dengar Ezam suruh Najib bersumpah junjung Al-Quran menyatakan tidak terlibat dengan rasuah atau komisyen kapal selam, APCO, dan berbagai lagi kemungkaran Najib? Pernah kita dengar Ezam sesumpah mencabar Khir Toyo menjunjung Al-Quran tidak terlibat dengan rasuah? Mungkin kita tidak akan mendengar Ezam sesumpah ini mencabar Hishamuddin menjunjung Al-Quran kerana tidak minum arak? Ezam sesumpah tidak akan berbuat demikian. Kerana apa? Kerana jiwanya kini terlalu lemah akibat badi Umno yang disertainya.

Perjuangan Ezam sesumpah kini hanya satu iaitu tentukan DS Anwar terpenjara dan keluarganya diaibkan walaupun DS Anwar tidak pernah mengaibkan keluarga Ezam sesumpah. Bagi saya yang pernah menderma sedikit wang untuk membela keluarga Ezam sesumpah sewaktu beliau terpenjara dahulu, Wallahi, saya tidak akan halalkan. Mudah-mudahan Allah akan selamatkan kita dan masyarakat dari manusia yang diutuskan oleh Iblis untuk merosakkan kita semua. Suatu hari nanti, Allah akan balas perbuatan manusia durjana ini dan tidak mustahil keluarga atau anak cucu mereka akan menerima kesan dari perbuatan insan terkutuk ini
./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Kita tunggu Senatak ni londeh seluar di Dewan Negara dan tunjuk lubang duburnya sambil menyatakan "APA KAU ORANG INGAT SAIFUL SAHAJA KE KENA LIWAT....AKU PUN PERNAH KENA LIWAT JUGAK DENGAN DSAI".

    BalasPadam
  2. aku antara orang2 yang acapkali mendengar ceramah2 dulu, terasa sangat bodoh dan diperbodohkan budak ni. Cukuplah dasar munafik berkali-kali tipu semua orang, satu perkataan ezamni satu sumpahan munafik utk kau sebab PENIPU

    BalasPadam
  3. Tahniah Zam. Biarlah bdk2 penjilat lubang dubur PKR ngan PAS ni melalak.
    Depa tak perasan ke LAMBANG PKR TU SERUPA LUBANG DUBUR..sendiri mau igt la.
    PAS ni sikit2 munafik sikit2 munafik mcm dapat wahyu.

    BalasPadam
  4. kalau nak komen pakai kepala otak.jgn pakai kepala lutut.cari fakta bukan auta.senatak tu muka tak malu.anak anak dia sendiri akan malu dengan kelaku dia.la ni berapa kerat orang dengar ceramah dia kalau nak dibandingkan dulu. cuba fikirkan.tak payah buat komen utk nampak bodoh sendiri

    BalasPadam
  5. kalau hatinya bersih, dia tidak akan memburukkan pihak yg menaikan namanya dan tempat beliau cari makan walaupun tidak sehaluan. SIAPALAH EZAM TANPA DSAI.

    BalasPadam
  6. pelik sgt2 umat Islam sekarang..
    semua nak tolong malukan org lain
    semoga Allah melindungi org2 yang benar dan beriman

    BalasPadam
  7. senatak katak kotak tersentak...

    manusia paling hipokrit yang pernah dilahirkan abad ini....

    BalasPadam