RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 23 Mei 2010

ISU JUDI DAN KILANG ARAK - BLOGGER PRO UMNO MENGAPA BEBAL SANGAT?

ISU judi nampaknya semakin menjerat leher Umno yang sering mendakwa sebagai parti yang menyelamatkan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam. Isu APCO yang semakin sinonim dengan parti kebangsaan ini pun tidak cukup lidah mereka ingin menepisnya hinggakan terpaksa guna kuasa dan undang-undang bagi menyelamatkan maruah mereka. Dan, DS Anwar menjadi mangsa kerana Ketua Pembangkang itu tidak mahu bersekongkol dengan APCO/Yahudi tersebut.

Sebelum ini isu arak, sehinggakan Blogger pro Umno terpaksa bermain silap mata untuk memperbodohkan pengunjung-pengunjung blog mereka yang sudah sememangnya dungu itu dengan menyiarkan foto tipu menggambarkan Dato' Zaid Ibrahim sedang minum arak. Kali ini, Blogger mereka yang tidak pernah cerdik itu cuba untuk bermain dengan isu judi pula. Kita tahu mereka terpaksa mengampu dan mengipas bos mereka yang sedang panas dengan isu judi bola sekarang ini. Blogger ini sekali lagi mengambil kesempatan di atas kedunguan ahli-ahli Umno dan pengunjung blog mereka dengan hujah, "mengapa negeri-negeri di bawah kerajaan PR tidak mengharamkan judi dan arak". "Mengapa kilang arak di Shah Alam tidak ditutup". Mengapa lesen judi dikeluarkan?

Mari kita mengajar mereka yang jahil ini supaya lebih cerdik dan jangan sampai jahil ke tahap gaban. Pertamanya soal lesen, mereka tahukah siapa yang berkuasa penuh untuk mengeluarkan lesen judi dan kilang arak? Kerajaan negeri atau Persekutuan? DAN, yang paling PENTING, siapa lebih berkuasa, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Mengapa Kerajaan Pusat masih mahu menambah satu lagi lesen perjudian dengan lesen judi bola ini? Kilang arak terbesar di Shah Alam dan Pusat Judi terbesar di Genting itu siapa yang luluskan lesennya beroparasi? Blogger pro Umno tidak tahukah? Ok lah, untuk memudahkan mereka mengaji ilmu ini, kita siarkan apa yang dinyatakan di dalam Blog Justice For All ini. Buat Blogger yang rendah minda itu, sila semak intisari di bawah dengan merujuk panduan dan Akta-Akta di bawah;

a) Perlembagaan Persekutuan,

b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

c) Akta Pertaruhan Pool 1967

d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..

P/S - Terima kasih buat Justice For All.

16 ulasan:

  1. sekarang malaysia mahu di satukan.
    Kalau sebahagian anggota badan sakit,satu tubuh akan menderita sakit.
    Judi dan Arak adalah kuman penyakit yang berbahaya.
    Jika dibiarkan maka satu malaysia akan sakit.

    BalasPadam
  2. Kalau Khir Toyo pun boleh cabar Kerajaan Negeri tutup premis judi (atau batalkan lesen permis judi sebanyak 4,000 lebih di Selangor (sapa luluskan dia taknak cerita pulak) apatah lagi rakyat marhaen yang tak tahu sangat fasal undang-undang nih.

    BalasPadam
  3. Contohi Kelantan, mereka tidak lanjutkan lesen-lesen premis judi dan hadkan prtemis jual arak ... gunakan kuasa tersebut. On-line tu biaq pi la ...

    BalasPadam
  4. hassan1663 had kan premis jual arak adakah sama dengan tidak membenarkan penjualan arak, karutlah tu.lesen judi kat kelantan diberikan 30 tahun sekali ke? setahu saya kerajaanpas dah memerintah 20 tahun lebih.mesti ada lesen kerajaan pas bagi approval. bayangkan kerajaan yang "dikenali" sebagai islamik dari orang lain bagi approval lesen judi lepas tu kalau orang lain bagi approval pas terpekik terlolong cari politikal gain. belum cerita selangor dan penang pas langsung tak de fungsi. tantawi jangan lah belakun macam hero hindustan hentikanlah baik kita fikir perpaduan melayu islam.wajib tu. lesen judi biar untuk cina. islam takutkan allah jangan main judi. pepaduan tak de macam mana islam nak kuat. cuba tuan hassan sokong kerana alllah jangan main nak bela je. yang salah kita kata salah.

    BalasPadam
  5. umno bijak sebab nak nasihat kerajaan selangor bahaya judi yang bermaharajalela di selangor semenjak PR take over susah, buat isu judi bola biar rakyat bersuara. satu isu judi bola yang sementara pas kecoh macam mana hal nye dengan selangor dan penang, pas/tantawi tutup mata ke takut DAP. cuba demo ade berani ka? fauzudin lu sokong berdasarkan partike atau kerana allah.

    BalasPadam
  6. saya sokong parti kerana Allah lah!! Bukan sokong parti kerana APCO!! Kerajaan Pusat ibarat ketua keluarga, tunjuklah contoh utk anak2 ikut...Jgn bapak beli dadah tapi bgtahu anak jgn hisap dadah!! Kita tak kata negeri2 bawah PR semua bersih, tapi jauh lebih bersih dari yg diperintah oleh BN walaupun baru berapa tahun. Cuba bygkan jika Kerajaan Pusat haramkan terus kelulusan judi dlm Malaysia, apa masalah? Jgn nak org lain buat baik, tapi kita lah yg beriya2 kasi masuk yg jahat. Tentang perpaduan ni, Umno hanya sebut bila masa dia dah terkangkang lemah. Bila kuat, tokey judi Cina tu la kawan yg dia pilih dan ikut.

    BalasPadam
  7. Wahai PIS. Mana ada lesen judi kat Kelantan. Jgn jadi bodoh. Yg ada lesen adalah arak yg terlalu kecil jumlahnya di Kelantan di tempat penempatan kaum Cina kerana arak dibenarkan oleh ugama mereka. Judi tidak ada langsung di Kelantan kecuali yg pandai2 main judi secara sendiri. Bukan disediakan tempat utk mereka. Jadi, kena tahu fakta dulu baru boleh berhujah ok.

    BalasPadam
  8. Ni satu lagi, Lesen judi hanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Premis sahaja di bawah kerajaan negeri. Sebab itulah negeri2 di bawah PR cuma berkuasa hadkan premis. Di Kelantan, judi langsung tiada premis. Di negeri lain bawah PR, usaha pengurangan jauh lebih baik dari negeri2 bawah Bn. Masalah yg harus kita fikir adalah, MANA LEBIH MENJANA AKTIVITI JUDI, LESEN KAH ATAU PREMIS? Kini, tambah lagi lesen iaitu lesen judi bola..bukan nak mengurangkan atau menghapuskan!!

    BalasPadam
  9. sebab puok2 umngok nie dpt hasil dari judi dan arak utk sponsor setiap kali berlakunya pilihanraye

    BalasPadam
  10. lawak fauzudin, kerajaan PR jauh lebih bersih. di kelantan mungkinlah yang lain lagi teruk adalah. baru 2 tahun kalau dah 50 tahun jadi singapura kot. pas kena lead pr baru kita boleh sokong PR, ini tak DAP tunggang PAS.

    BalasPadam
  11. PAS !

    TAKEBEER TAKEBEER TAKEBEER !

    BalasPadam
  12. wafaudzin

    takebeer !

    BalasPadam
  13. fauzudin satu lagi lawak hang kata umno terkangkang lemah? itu zaman pak lah tapi bukan zaman najib.... umno semakin kuat. walau apapun dalam soal perpaduan jangan banyak alasan selagi ada ruang gunakan. masakan dap kafir pas sanggup jadi kuda tunggangan sesama islam ukit kisah lampau. pelik paskan.

    BalasPadam
  14. pas buktikan mereka khalifah dengan menjadi pemimpin dalam pr baru majoriti melayu sokong PR. tengok india hulu selangor boleh menang sebab sokongan padu melayu. melayu tak yakin dengan pas. yakin kan melayu yang pas boleh menjadi khalifah islam dulu sebelum demo sana sini

    BalasPadam
  15. pis pas kan hampas

    BalasPadam
  16. aku rasa tantawi jangan lah buat demo lagi aku takut nanti umno naik seronok nak sponsor tantawi pulak sebab lebih banyak protes/demo oleh pemuda pas pasal judi bola lebih seronok umno bagai pucuk dicita ulam mendatang

    BalasPadam