RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 8 Mac 2012

NURUL IZZAH, BERANI KERANA BENAR...

PADA 17hb Mac ini, aku diberitahu KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan sekali lagi akan mengadakan program ceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Lokasi yang sama dengan tempat kejadian `bapok siam' yang cuba menyerang MP wanita iaitu YB Nurul Izzah pada 26 Feb yang lalu.

Ertinya, KEADILAN Pahang tidak pernah takut berdepan dengan ugutan puak-puak yang merasa hayat parti mereka sudah sampai ke penghujung.  Bahkan, sejurus selepas kejadian Nurul Izzah cuba diserang pada malam tersebut, keesokannya dan beberapa hari berikutnya `bapok siam' yang sudah dikenali, diketahui alamat serta no telefonnya itu mula di`buru' oleh beberapa pihak.  Malangnya, si bacul ini mernghilangkan diri dan dikatakan sehingga sekarang tiada siapa yang tahu bila `bapok siam' ini akan balik ke rumahnya.

Bukan mahu cari gaduh, puak kita cari beliau kerana mahu tahu apa masalahnya kepada beliau dan Umno jika Nurul Izzah berceramah di situ?  Umno takut apa?  Kalau berdebat pun takut, mahu siarkan di dalam TV3 kenyataan pemimpin kita untuk menjawab hujah pemimpin Umno pun takut, masakan untuk memberi ruang ceramah pun Umno takut? 

Tapi kali ini kita bersedia.  Kita bersedia untuk menentukan Nurul Izzah di dalam keadaan selamat pada 17hb ini nanti.  Kita tidak `menjemput' puak-puak samseng taik minyak itu untuk hadir sekali lagi pada 17hb ini, tetapi jika puak-puak itu datang juga kita tidak akan menghalaunya.  Baik dilayan dengan baik, buruk pula akan dilayan dengan buruk juga,

Orang ramai dijemput hadir pada 17hb Mac ini di Lepar Hilir.  Kita akan bersedia dengan puak-puak pengecut itu.  


3 ulasan:

  1. Saya rasa tak payah lah, itu hari dah buat dah ada kekecohan, ini nak buat lagi kat situ buat apa?. Pada pandangan saya PR kena fikir2 kan biarlah mereka buat kekecohan itu dahulu kita cari jalan agar rakyat semua pilih ABU masa PRU 13 nanti lagi ada faedahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan puak2 UMNGOK yang bodoh bangang tu buat kecoh..rayak terbanyak akan makin menyampah tengok perangai macam berok puak2 AMNGOK ni...teruskan perjuangan..biar UMNGOK terus mengelepar.

      Padam
  2. Ini kan negara demokrasi, ada undang2, kenapa jadi penakut, kecuh tu adalah lembu2 malaysia tak faham demokrasi tapi nak tunjuk samseng, kalau dia datang cara baik wajar kita sambut dengan baik,tapi kalau sebaliknya tindakan kita juga sebaliknya, lagi pun kita ada penyokong disana, mereka juga memerlukan kita...

    BalasPadam