RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 14 April 2015

MAHATHIR AKAN SUJUD KEPADA BIK MAMA AKHIRNYA

MAHATHIR lebih galak menyerang Najib sekarang ini.  Orang tua ini yang sepatutnya waktu-waktu menjelang maghrib ini semakin insaf dan patut mendekatkan diri kepada Allah nampaknya tidak habis-habis mahu menunjukkan apa yang ada di dalam hatinya yang semakin membusuk ini.

Mahathir rasa negara ini bapak dia yang punya yang diwarisi dari Karala.  Dia rasa tiada orang lain yang lebih layak menjadi PM Tanah Melayu ini.  Sejarah menunjukkan Mahathir tidak pernah suka orang lain jadi PM negara ini semenjak zaman Tunku lagi.  Beliau kerap mengganggu mana-mana PM semenjak lepas merdeka lagi.  Bahkan, beliau pernah keluar Umno dua kali kerana tidak bersetuju dan merajuk kepada PM.

Pak Lah menjadi sasaran Mahathir.  Kalau "Mr Clean" seperti Pak Lah pun Mahathir rasa tak layak menjadi PM, tentulah lebih teruk lagi dengan Najib.  Antara Pak Lah dengan Najib, mahu bandingkan kedua-dua mereka ini cukuplah bandingkan bini kedua-dua nya.  Lihat bini Pak Lah samada Hendon, Jean berbanding dengan Rosmah bik mama.  

Mahathir sekarang hentam Najib dengan berbagai isu.  Isu BRIM, GST, 1MDB dan kini semakin kuat merepek pasal Altantuya.  Mahathir kata, beliau harus bela Sirul (pegawai UTK yang disabitkan dengan membunuh Altantuya yang kini lari ke Australia).  Persoalan Mahathir kepada Najib, "Siapa arah Altantuya dibunuh dan kenapa bekas pegawai keselamatan Najib itu terlibat?".  Sampai sekarang Najib tidak jawab selain dari hanya menjawab dia pernah bersumpah dia tidak kenal Altantuya.  Lain ditanya, lain yang dijawab.

Betulkah Sirul teraniaya maka Mahathir pun sibuk membelanya?  Betulkah Mahathir ini insan yang memperjuangkan keadilan dan melawan kezaliman?  Jika bukan itu, apa agenda Mahathir sebenarnya?  Rakyat tidak lupa peristiwa Memali di zaman Mahathir.  Rakyat tidak lupa berbagai operasi menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang telah berlaku di zaman mamak kutty ini.  Siapa pula yang menzalimi Anwar tahun 1998 sehingga berterusan kezaliman itu diwariskan kepada anak-anak didiknya sekarang?  

Memang tepat gelaran 'Mahafiraun" atau "Mahazalim" diberi nama.  Sayangnya, kini bukan zaman Mahathir untuk menunjukkan taringnya.  Dia lupa giginya sudah reput.  Najib bukan Pak Lah.  Pak Lah mudah dijatuhkan oleh Mahathir kerana Pak Lah berseorangan.  Najib ada bik mama.  Mahathir akan sujud kepada bik mama dalam perlawanan ini.

12 ulasan:

  1. Bik mama pojaan hatiku

    BalasPadam
  2. sy setuju mahdey lawan najip sekarang. kerana dia terpaksa dedahkan salah laku dia yg dianggap 'tidak seteruk' najip.

    tak perlu kita dedahkan.

    najip memang wajar turun kerana membebankan negara. big mama sudah jadi very big mama. umpama monster yg bertengek dileher najip.

    bagaimanapun kita tk setuju mahdey dn suku sakat ambil alih pemerintahan. rakyat perlu perubahan besar tanpa umno.

    setiap pemimpin umno berpenyakit, bukan kelemahan manusia biasa tp barah yg meratap daging rakyat kerana umno itu sendiri adalah parasit.

    anggaplah mahdey memudahkan jalan PR utk meemrintah. biar anwar berehat dulu.

    BalasPadam
  3. Ini semua ketentuan Allah ke atas pemimpin yang zalim kepada sesama manusia. Walaupun DS Anwar dah masuk penjaya namun mereka tetap tidak merasa aman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn pak Asri. Rakyat islam didalam negara Malaysia tidak merasa aman dgn pengkianatan puak melayu liberal PKR bersama tuan mrk DAPig yg tidak henti2 tanpa mengenali penat lelah menabur fitnah dan penipuan. Semoga Allah swt membinasakn puak2 munafik dan kafir ini. Takbir. Allahuakbar!

      Padam
  4. Kebenaran akan menjelma jua untuk jadi peringatan kpd kita yg menjadi hamba kpd Pencipta. Semuanya telah diaturkan begitu agar kita benar2 mengEsakan Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebenaran telah pun menjelma. Anwar bersalah dan masuk jel. Syukur Alhamdullilah kebenaran mengatasi kebathilan. Sekian terima kasih dan wassalam.

      Padam
    2. Lebih byk kebenaran akan menjelma bersama kesedaran dan keinsafan melayu mukmin. Hati2 lah kita dgn mainan lidah bercabang kafirun dapigs yg didokong oleh puak Pkr al'munafik sebagai tanda akhir zaman dan kemunculan alDajjal.
      Bersatu lah umat islam sekalian! Bersatulah bangsa ku Melayu. Bergabung la kita wahai melayu umno dan PAS. TAKBIR! !!

      Padam
  5. Terdapat ciri-ciri orng yg diistidrajkan oleh Allah kpd sebahagian pemimpin2 UMNO BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus juga diingatkan bahawa istidraj juga boleh berlaku kpd pemimpin2 PKR dan PAS. Lebih2 lagi mereka yg mendapat kuasa namun lupa akan perjuangan asal dan mengkhianati agama islam dan bangsa sendiri. Jadi jgn cuba nak mendahului ketentuan Allah swt wahai 8.53.

      Padam
    2. Oii tak habis2 kau ni parasite......

      Padam
    3. Mmg benar begitu wahai shbt ku 11.33. Parasit didlm Pas dikenali sebagai Pasma. Parasit dlm Pkr dikenali sebagai keluarga 69. Parasit dlm umno dikenali sebagai flipflopper. Bersatu la wahai bangsaku sakalian...!

      Padam
  6. kenapa nak marah pada TDM? Dia lawan najib dgn cara org PR sendiri tak buat.

    Patut sokong lah, sebab jatuh najib, umno makin mengecil walaupun y naik nanti orang TDM.

    Anwar keluar gelanggang diganti TDM, okey la tu.

    BalasPadam