RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 April 2015

PKR SEBAGAI 'PEMAIN SIMPANAN' DI PRK ROMPIN

PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 05 Mei ini berikutan kematian Allahyarham Jamaludin Jarjis.  Di dalam PR, Kerusi tersebut sebelum ini diperuntukkan kepada PAS untuk berdepan dengan Umno/Bn dan tentunya kali ini kemungkinan besar PAS tetap akan dipertaruhkan di kawasan kubu kuat Umno/Bn itu.

Setakat ini, belum ada keputusan resmi dari PAS samada akan terus berdepan dengan Umno.  Tiada mana-mana pihak samada Umno/Bn atau PR yang mengesahkan siapa calon mereka.  Terdapat khabar angin yang agak sukar untuk dipercayai bahawa PAS mungkin tidak meletakkan calonnya.  Secara peribadi, aku sendiri 100% tidak percaya bahawa PAS akan menolak peluang kali ini untuk menebus kekalahan mereka di dalam beberapa penggal Pilihanraya sebelum ini.
 
Namun begitu, kita di dalam PR harus sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.  Bukan prinsip kita untuk memberikan keselesaan Umno/Bn untuk menang mudah di mana-mana Pilihanraya.  PR tidak harus jadi bacul seperti mereka di PRK Dun Chempaka baru-baru ini.  Prinsip "Lawan Tetap Lawan" mesti kita pertahankan.
 
Sehubungan itu, PKR harus menjadi 'pemain simpanan' di Rompin.  Sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, PKR telah bersedia menjadi 'seteru' Umno/Bn di Rompin.  Aku yakin, PKR telah ada calonnya untuk dipertaruhkan sekiranya PAS tidak bersedia untuk bertarung dengan Umno/Bn di kerusi tersebut.
 
 


10 ulasan:

  1. Din...ko ingat PRK ni mcm main bola ke...

    BalasPadam
  2. Tanpa nama 2.46 ,kau fikir PRK ni mcm main takraw ke.kalau tak macam main bola.atau macm main pingpong.apa al kau ni.Orang tahulah bahawa ni PRK bukan sukan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Din...ko baca komen 3.33. PRK ini bkn sukan...apa hal pulak ada pemain simpanan apa jadahnya..

      Padam
    2. TN3 33PTG. Lu haprak la...mana ping pong ada pemain simpanan yang bole tukar masok masa player tgh main.

      Padam
  3. Pudin...pudin...kau tolakla hudud tu selagi kau mampu...nanti dh masuk kubur...xleh nk tolak dah...mudah2an lks dan lge dtg selamatkan kau waktu tu.

    Aku tau kau mungkin igt...sabar tggu menang pru14 dulu...apa kau igt lps pru14 nnt dap tetiba jadi islamik plak...jgn harapla...skrg ni pun kau mcm mana mereka maki2 tghh hanya krn nk hudud...ada tak kau baca diaorg tulis...sabar...tggu kita menang pru14? Sbb apa xder? Sbb smpi kiamat dap xkan setuju...lgpin xke bodoh...sblm pru14..dap nk bgtau org2 cina...hudid xkan berlaku....pastu lps pru14..dap nk tukar tajuk? Biar betul...

    Kalau dap diam psl hudud...umno ngan mca akan jaja satu malaya dap bersekongkol dgn pas psl hudud!
    Habis tu...kita org islam nk buat hdudu kene mintak izin kapir ke? Atau kau pun xyakin hudud sesuai utk org islam? Sepatutnya dap yg gah kononnya menjunjug perlembagaan msia...tp nama marah btul pd pas yg mengikut lunas perlembagaan utk jlnkan ekjs? Nak berug dgn umno..come on pudin...tuhan dh tunjuk don mata sapa yg kemaruk jawatan tpm? Sapa yg kemudian ajak dap n umno bergabung? X mcm org gila ke sifat dap skrg?

    So sbb tu bkn soal pas masuk perangkap umno...dap n pkr yg sbnrnya masuk perangkap umno. Itupun klu hati kau belim buta. Belum bwk mesyuarat pr la...belum waktu sesuai la...tlg mangsa banjirla...hudud ni hudud pas la...semua tu xcuse jer pudin...dari musuh2 yg mmg xnk tgk islam tertegak atas bumi malaya.
    Jadi igtlah...kau merancang...allah pun merancang..klu tghh kalah...dia kalah atas ijtihad ilmu dia bersandarkan sumber2 yg muktabar...kalau kau kalah...kau bersandarkan atas apa? Ulamak dap? Ulamak liberal?

    Insaf la pudin...sbb maut pasti menjemput kita jugak akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bang. Kami setuju 100% pandangan abg tu. Hidup PAS & UMNO BN. Unity Govt!
      Hapuskn pengkhianat agama dan bangsa!

      PKR dan FITNAH BERPISAH TIADA!!

      Padam
  4. Dalam pemilihan PAS Kampar semalam, Nizar kehilangan jawatan yang disandangnya selama bertahun-tahun. Kekalahan tersebut cukup memalukan memandangkan dia kalah di tempatnya sendiri dengan imej sebagai bekas Menteri Besar dan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.

    Situasi ini jelas membuktikan bahawa kumpulan Ulama dan kumpulan pro-Hadi di dalam PAS amat berkuasa dan sebarang cubaan untuk menggulingkan mereka, akan menghasilkan kekalahan yang memalukan. Amat malang bagi Mat Sabu, Lim Guan Eng, Husam Musa, PASMA-DAP, dan terlebih-lebih lagi malang kepada Pakatan Rakyat dan pembenci Hadi. 

    Lebih malang penyokong PKR yang mengharapkan liberalisma dapat bertapak diMalaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hapuskan pkr, dapigs dan segala jebon2 samada yang tersembunyi dan nyata. pkr dan dapigs selepas ni akan mengemis untuk undi Islam melayu.

      Padam
  5. Kalau PAS enggan bertanding, saya setuju sangat PKR bertanding. Beri kemenangan percuma tanpa sebab adalah DAYUS. NO WAY.

    BalasPadam
  6. Get lost pkr, budak suruhan dapigs

    BalasPadam