RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 14 Mei 2011

DEBAT ANWAR - SABRI DI FELDA PURUN AHAD INI?

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR tiba ke peringkat menjadi `musuh' nombor wahid buat golongan pemimpin yang tidak pernah puas mencekik darah rakyat. Rakyat kini dibelenggu dengan berbagai masalah yang berpunca dari sikap beberapa pemimpin yang masih merasa begitu berkuasa dan ingin memperhambakan rakyat sebangsanya sendiri.

Semalam akhbar Sinar melaporkan lebih kurang 100 orang menyertai demontrasi menghalang kehadiran Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim untuk program ceramah di kawasan felda di Purun, iaitu kawasan yang terletak di Parlimen Bera. Program ceramah tersebut akan diadakan pada 15 Mei 2011 jam 9 malam selepas sesi petangnya DS Anwar dijadualkan menjadi ahli panel Wacana Muqasid Syariah Peringkat Negeri Pahang anjuran Gabungan NGO Islam Pahang bertempat di Sekilau Seafood Restoren (Restoren Tanjung), Jalan Hj Ahmad, Kuantan mulai jam 2 petang.

Nampaknya tindakan menggantung Ketua Pembangkang itu selama 6 bulan dari menghadiri Persidangan Parlimen tidak menguntungkan Umno kerana sepanjang tempoh tersebut DS Anwar mengambil kesempatan menjelajah ke seluruh pelosok tanahair untuk mendekati rakyat yang selama ini sering diperbodohkan. Mereka tiada pilihan lain, kecuali mengenakan sekatan dengan berbagai cara seperti tidak memberikan permit, sekatan jalanraya, menghalang ceramah termasuk juga dengan cara paling tidak demokratik iaitu berdemontrasi.

Di Felda Purun, alasan puak yang menjadi pak turut pemimpin yang takut hilang kuasa itu adalah kununnya tidak mahu warga felda diracuni oleh Ketua Pembangkang yang didakwa mereka sebagai `pengkhianat'. Kita tahu siapa Ahli Parlimen Bera, dan tokoh ini lah sepatutnya menjawab kepada rakyat mengapa ketika harga minyak dunia turun, harga minyak di negara ini dinaikkan. Pemimpin ini juga gagal meyakinkan rakyat mengapa harga gula dinaikkan baru-baru ini dan tidak mustahil selepas ini akan ada lagi beberapa pengumuman kenaikan harga yang berterusan menyusahkan rakyat.

Sewajarnya kumpulan yang berdemontrasi itu bukan berdemo untuk menghalang kehadiran DS Anwar tetapi sepatutnya mereka berdemo agar Ahli Parlimen Bera yang juga seorang Menteri yang terlibat di dalam kenaikan harga barang sedia berdebat dengan DS Anwar di gelanggangnya sendiri. Biar rakyat dan warga felda saksikan sendiri di pihak mana yang ikhlas berjuang untuk rakyat dengan hujah masing-masing. Sekiranya Ahli Parlimen Bera takut untuk berdebat, wajarlah warga felda dan seluruh rakyat di kawasan itu menolak Umno/Bn di dalam pilihanraya umum akan datang./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. MP BERA HEH...merangkap menteri penuh yang bertanggungjawab ke atas harga barangan keperluan rakyat.
    Tak mau komen banyak-banyak cuma nak kata bahawa menteri ini mungkin matanya buta atau hati ini telah begitu gelap untuk melihat penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan harian dan MERUDUMNYA HARGA GETAH HINGGA KE PARASA 4 RINGGIT LEBIH SEKILO.
    Mungkin menteri ini menteri yang makan GAJI BUTA.

    BalasPadam
  2. kata 8 ringgit sekilo dah hilang separuh.Nak buat duit sekjap pun tak boleh.

    BalasPadam
  3. tak apa semuanya masih rendah berbanding negara jiran.....heee......alasan kerajaan dulu kini dan selama2nya......dan kehendak rakyat dari dulu kini dan selama2nya,kain pelekat dan kain batik sehelai nilai undi orang2 melayu.

    BalasPadam