RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 7 Julai 2015

LEBIH AFDHAL SERANG NAJIB DARIPADA SERANG MAHATHIR

NAJIB ternyata berada di dalam keadaan amat lemah sekarang.  Ibarat ahli tinju yang kini terhuyung-hayang dan seringkali tersandar di tali gelanggang menanti masa untuk rebah ke lantai atau menyerah dalam perlawanan sengit ini.

Siapa boleh nafikan, situasi Najib sekarang sedikit sebanyak adalah kesan daripada kesan 'tumbukan" Mahathir?  Memang benar, kita sendiri di dalam PR memang telah lama 'mengerjakan' Najib ini baik sebelum PRU 13 mahupun selepasnya.  Setiap hari kita serang kepimpinan Najib.  Tiba-tiba Mahathir yang juga musuh kita yang kita anggap Mahathir adalah salah satu faktor kewujudan reformasi, seterusnya terciptanya parti KEADILAN kini muncul sebelah kita untuk bersama 'mengerjakan' Najib.  Waktu itu juga kita teringat, kezaliman Mahathir dahulu.  Apakah bila kita teringat Mahathir itu lebih zalim dizamannya, maka kita terpaksa berhenti 'menumbuk' Najib dan halakan tumbukan pada Mahathir pula?  Najib yang terhuyung-hayang akan dapat menarik sedikit nafas dan berehat di tali gelanggang sebaik sahaja kita menukar serangan kita kepada Mahathir.

Amat tidak bijak samasekali jika kita fokus serangan kepada Mahathir hanya kerana beliau adalah punca kerosakan negara ini.  Kita lupa, kezaliman Mahathir dan kebobrokkannya telah diturunkan kepada Najib.  Najib ada 'saka' kezaliman Mahathir, cuma silap Najib kerana melanggar 'pantang' ilmu yang diturunkan oleh Mahathir, itulah puncanya Mahathir masuk gelanggang dan ingin bersama kita untuk jatuhkan Najib.  Sesiapa saja yang mahu menjatuhkan Najib, wajar kita terima tanpa kita persoalkan nawaitunya dan apakah keuntungan yang akan diperolehinya jika Najib jatuh.  Cukuplah kita yang perlu bertindak bijak, jangan sampai jatuhnya Najib akan menguntungkan pihak lain.  Kita mahu jatuhkan Najib kerana Najib itu bos Umno/Bn.  Kita mahu tentukan parti Umno/Bn ini lemah selemah-lemahnya.  Main 'chess', perlu bunuh 'king'.

Aku samasekali gembira jika ada pihak yang fokus untuk serang Mahathir.  Tapi aku tidak setuju jika mereka serang Mahathir tetapi di dalam masa yang sama mengkritik atau menyalahkan pihak lain yang lebih fokus kepada Najib selaku ketua rejim sekarang.  Biarlah mereka berkempen dan menggerakkan propaganda mereka untuk menyerang Mahathir.  Kita wajib sokong mereka, walaupun kita lebih fokus kepada menyerang Najib kerana Najib pemegang 'kunci' putrajaya sekarang.  Mahathir bukan tidak aula untuk dilawan, tetapi bagi aku Mahathir akan pupus dengan sendirinya jika kita berjaya jatuhkan Umno/Bn, bermula dengan melemahkan bos mereka iaitu Najib. 

6 ulasan:

  1. Kita kena ikut hukum lojik walaupun melakukan sesuatu yang mungkar tak perlu lojik.Dalam hal ini kita rujuk balik amanat tuang presideng.kalau umngok zaman mahadir lain dan sekarang sudah berubah.

    BalasPadam
  2. Kita kena fokus kpd najib sebab jika najib & umno tumbang maka madey akan turut tumbang macam domino. Sebab itu madey mahu najib turun sebelum umno/bn tumbang pd PRU14. Akibat umno/bn tumbang semua pemimpin umno/bn akan masuk makamah atau penjara selepas ini spt kata madey.

    Kita mesti terus bersama rakyat berjuang terus dlm pakatan yg baru utk tumbang umno/bn pd PRU14.

    abuamir

    BalasPadam
  3. Maka si macai walaun terus meroyan terpekik terlolong menyebarkan api kebencian dan fitnah sana sini akibat kecewa kerana gagal merebut kuasa yg berselindung disebalik perjuangan hak rakyat yg disaluti dgn noda serta dosa fitnah, tohmahan dan maki hamun juga agenda liberal, cauvinisme, lgbt dsbnya .....

    BalasPadam
  4. Penipu sungguh tok guru hj Najib... U turn saman wsj

    Ada lagi satu tok guru sesat... Yg samakan liwat dgn rasuah....

    Ayoh Ping Marang mahu wsj kemuka 4 saksi kes rasuah pecah amanah mencuri terhadap tok guru Najib...

    Tok guru ayoh Ping samakan rasuah dan liwat dlm siri ceramah ajaran sesatnya...

    Apa nk jadi dgn semua tok haji tok haji di Malaysia ni...?

    BalasPadam
  5. Kami bukan nak buat SERANGAN, kami cuma mahukan "KETERANGAN", kalau kamu benar silalah SAMAN,tapi yang pasti kenapa anda terDIAM? ....mana macai-macai UMNO..mana ulama-ulama PAS yg kuat menyokong...mana Sarawakian...mana Sabahan? Kenapa kalian TAK SAMAN?

    BalasPadam
  6. Mahathir juga kepanasan . . . dalam sibuk sibuk menyerang Najib . . . dirinya juga jadi sasaran . . . kebobrokan ( penipuan, salahguna kuasa, ketirisan, pembaziran, kezaliman ) lebih dahsyat lagi dari Najib. Saya sangat setuju dalam pada rakyat menganyang Najib jangan lupa untuk menganyang Mahathir sekali. Jangan pisahkan keduanya. Kita lihat sampai mana kelicikan Mahathir. Saya ingin melihat pakar yang suka ' baling batu sembunyi tangan ' boleh pergi sejauh mana.

    BalasPadam