RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 8 Jun 2020

PRK N23 CHINI - MESKIPUN KECEWA, SEMANGAT PENYOKONG KEADILAN PAHANG TETAP KUAT UNTUK MELAWAN UMNO

Keputusan Keadilan Pusat untuk tidak turut serta di dalam PRK N23 Chini sebenarnya banyak mengecewakan para penyokong PH khususnya Keadilan sendiri. Walaupun MPN Keadilan Pahang sejak awal lagi menyatakan kesediaan untuk bertanding, bahkan jentera telah pun disusun dengan sebaiknya dan sekurang-kurangnya 8 calon telah disenaraikan, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan parti di peringkat Pusat.

Di dalam politik, semangat sahaja tidak mencukupi tetapi strategi turut memainkan peranan penting. Apakah sesuatu yang baik buat Keadilan untuk bertanding di Chini di dalam keadaan COVID19 dan PKP yang ternyata amat menguntungkan pihak lawan? Sehingga kini SPR gagal memberikan garis panduan atau SOP yang jelas berkaitan dengan kempen di PRK Dun Chini.

Tiada kesan yang besar kepada pihak kerajaan pintu belakang yang diwakili oleh calon Umno di dalam kempen mereka waktu PKP ini. Mereka boleh gunakan seluruh jentera kerajaan dan agensi yang mereka kuasai termasuk media perdana untuk digunakan sebagai kempen mereka. Manakala di pihak Pembangkang kita pasti akan menghadapi keadaan yang amat sukar untuk menjalankan kempen dalam situasi begini. Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan parti tidak bertanding di Chini. MPN Pahang akhirnya terpaksa akur dengan ijtihad politik dari kepimpinan Pusat.

Apakah calon Umno akan menang tidak bertanding di Chini? Saya rasa tidak mungkin kerana terdapat beberapa calon telah menyuarakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon Bebas. Mungkin juga di kalangan calon Bebas itu nanti adalah dari ahli-ahli Umno yang tidak terpilih sebagai calon. Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 6 calon dari Umno disenaraikan termasuk anak Najib. Manakala terdapat juga beberapa individu dari anak tempatan yang tidak berparti akan menawarkan diri untuk menjadi calon Bebas.

Saya yakin, seluruh penyokong PH di Chini samada berparti atau tidak, tetap akan memberikan sokongan kepada calon anak tempatan yang bertanding atas tiket Bebas sebagai satu isyarat jelas kepada Umno/Bn bahawa masih banyak isu dan permasalahan di Chini yang gagal diatasi oleh kerajaan negeri sebelum ini. Contohnya, isu air yang sentiasa menjadi igauan buruk kepada masyarakat Chini setiap kali musim kemarau.

Harapan Umno untuk menang mudah pasti tidak kesampaian.

4 ulasan:

  1. Geli ketiak aku dengan tahap keyakinan korang!

    BalasPadam
  2. Umno nak bangunkan dinasti najib kembali!! Anak najib jd calon. Inikah yg org melayu mau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kurangnya tun mangkuk?
      Dah kaya raya keturunan, proksi dan kroni dia...tapi masih gila nak berkuasa!

      Padam
  3. Toksah cakap banyak, hantar jer wakil rasmi PKR untuk lawan UMNO. Jangan jadi PONDAN Tua dengan hantar calon BEBAS

    BalasPadam