RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 7 Jun 2020

ANWAR TIADA MASALAH, TETAPI KAMI ADA MASALAH DENGAN KAMU, TUN


Anwar pun takde masalah dgn kamu Tun. Buktinya, Anwar sanggup mengalah dan langgar perjanjian, beri kamu laluan terus jadi PM selepas APEC seperti yang kamu idamkan bahkan bonus lagi iaitu tiada tarikh ditetapkan, terpulang kpd kamu bila mahu letak jawatan sbg PM. Ertinya, Anwar tiada masalah dengan kamu sejak kamu sertai PH.

Habis tu, siapa yg bermasalah?

Saya nak jawab, yang ada masalah dengan kamu sekarang ini adalah kami di kalangan penyokong PH. Kami dah lama menunggu kamu tunaikan janji kamu iaitu untuk beri laluan kpd Anwar. Sewaktu PH jadi kerajaan, kamu sayangkan kuasa kamu dan tidak mahu serah kepada Anwar, ok lah, kami faham. Tetapi, setelah PH dikhianati dan dijatuhkan, dan kini PH telah jadi Pembangkang, takkan kamu masih segan dan berat untuk nyatakan bahawa kini tiba giliran Anwar untuk calon PH sebagai PM sekiranya kerajaan yang dirampas itu dapat dikembalikan? Sampai bila kamu mahu orang lain sentiasa berkorban untuk kamu sedangkan kamu mahu terus menongkat langit?

Bagi kami di dalam Keadilan, kami tiada masalah untuk terus jadi Pembangkang sehingga PRU15. Kami sudah biasa dan lama susah. Apakah kamu bersedia ?

9 ulasan:

  1. Dia nak pengganti yang boleh dicucuk hidung. Malangnya semua adalah pengkhianat kepadanya. Masa sudah tamat Tun.

    BalasPadam
  2. Tak akan mungkin mamak kerala tu sedia menyerah penguasaannya. Dia dikelilingi oleh legasinya yang berpengaruh yang telah lama menguasai negara ini. Strateginya licik dan penuh sandiwara. Hanya mereka yang mampu menjaga legasinya sahaja akan diterima.

    BalasPadam
  3. Muhyiddin bukan nak selamat Bersatu. Muhyiddin nak haram Bersatu.

    BalasPadam
  4. Mahathir walaupun secara haram dipecat masih belum ada parti. Tak sesuai nak tawar diri jadi PM.

    BalasPadam
  5. Kalau ahli Bersatu kekal bodoh dan terus sokong abah diktator... memang haram macam Umno dan Pas mahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa diktator? Adakah gaya pemerintahan muhyiden sama dgn gaya madey? Madey lbh diktator. Buktinya...dia nak tubuh kerajaan tanpa parti. Dia nk kuasai semua. Ini lg diktator. Nasib baik PN ambil kerajaan. Klu tidak, jadilah negara ini diperintah oleh seorg diktator. Muhyiden x prnh menekan sapa2 tp madey, dah lah hipokrit, munafik dan yg lbh teruk lg ego

      Padam
  6. Sudah sampai masanya Tun bertindak jujur & AMANAH. Yang mengkhianati Tun adalah MY & PPBM bukan Anwar & PKR dengan itu zahirkan kejujuran Tun

    BalasPadam
  7. Siapa yang rampas kuasa siapa?.bila ada kekosongan harus disi dengan segera sesiapa yang layak dan berminat berumur 18tahun(boleh undi)hingga 100 tahun.memandangkan ada kekosongan pihak istana terutama tuanku YDPA menjalankan tugasnya mencari penganti jawatan PM yang dilepaskan.(Dimana ayat atau perkataan RAMPAS KUASA boleh timbul?.

    BalasPadam
  8. Coup de etat sudah berlaku di Sheraton. Lu tertinggal bas. Check Wikipedia mereka list nama Malaysia bawah coup de etat. Tak ada siapa boleh edit dah table tu.

    BalasPadam